Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 22, 2014

Tragedi MH17: PMku Yang Power!

Bapa angkat pemisah - Putin tak leh nak gerenti
Tapi mereka akur pada Najib!

MH17: Puak Pemisah Setuju Serah Kotak Hitam Selepas Bercakap Dengan Najib
Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 2:29 AM
PUTRAJAYA: Malaysia telah berjaya mencapai persetujuan dengan kumpulan pemisah Ukraine pro-Rusia untuk memperolehi semula kotak hitam yang dipercayai berada dalam tangan mereka buat masa ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, persetujuan itu termasuklah akses untuk memasuki ke kawasan nahas pesawat MH17 itu.
"Pada lebih kurang jam 9 malam Isnin, waktu Ukraine (Selasa, 2 pagi waktu Malaysia), dua buah kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia yang kini telah berada di Donetsk," kata perdana menteri dalam satu kenyataan di Seri Perdana.
Najib berkata, beliau sendiri telah bercakap dengan pemimpin pemberontak itu, Alexander Borodai pada awal petang Isnin berhubung persetujuan tersebut.
Borodai adalah pegawai pemberontak yang memimpin wilayah bergolak itu di mana nahas tersebut berlaku.
Perdana Menteri juga menambah yang badan penyiasat bebas antarabangsa telah diberi jaminan akses untuk ke kawasan nahas untuk membolehkan mereka memulakan siasatan.
Sementara itu kesemua 282 mayat yang telah ditemui dan ditempatkan di dalam gerabak-gerabak kereta api berhawa dingin dan kini sedang berada di pekan Torez berhampiran tempat kejadian akan bergerak ke Kharkiv, di mana kesemuanya akan diserahkan kepada wakil daripada negeri Belanda.
"Kereta api tersebut akan bertolak pada petang ini dan akan diiringi oleh enam wakil dari Malaysia. Kesemua mayat mangsa akan diterbangkan ke Amsterdam menggunakan pesawat Hercules C130 milik Belanda bersama-sama pasukan kita," jelas Najib lagi.
Selepas melalui proses forensik, mayat-mayat warganegara Malaysia akan terus dibawa pulang ke tanah air dengan segera.
Menurut Najib, Borodai dan para pengikutnya telah memberikan kerjasama mereka setakat ini.
Najib berkata, walaupun tiada apa yang dapat mengembalikan kesemua 298 nyawa yang terkorban dalam nahas itu tetapi beliau berharap persetujuan yang telah dicapai dengan kumpulan pemisah itu akan membantu negara membawa pulang jenazah dan juga warganegara yang terkorban untuk disemadikan oleh keluarga masing-masing.
"Kadang-kala kita perlu bekerja secara senyap dan diam-diam dengan harapan ia akan membawa hasil yang lebih baik kepada kita. Hati dan jiwa tetap bersama-sama sanak keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini," kata Najib.

4 comments:

  1. Roswah yang telefon Ketua Pemberontak tu sebenarnya. Setelah makan nasi kangkang Roswah, maka Ketua Pemberontak pun setuju menyerahkan mayat-mayat tersebut dan dibayar pula sebanyak 4 Bilion sebagai balasan.....

    ReplyDelete
  2. Apa jenis PM lah yg Msia ada. Buat kerja sikit dah mendabik dada, kerja lebih sikit mengungkit. Setuju atau tidak itu memang kerja kau lah buat deal tak payah nak bangga konon kau tu berpengaruh sgt call aja semua peminpin dunia sampai ketua pemberontak yg ganas pun melutut. Semua org tau pemimpin2 dunia lain campurtangan spt Britain, Belanda. Mereka yg kerja lebih dari kau lah Najib.

    ReplyDelete
  3. sememang nya ORANG MELAYU BER ADAB SOPAN SANTUN , apabila ber bincang dalam baik sopan dan santun sesiapa pun akan lemah dan mengalah.

    itu adab dan sifat MELAYU...

    akhirnya balik ke pangkal jalan.

    Alhamdullillah , menongkat langit tak ke mana pun.

    AL QURAN itu petunjuk yang benar , ketahui lah.

    ReplyDelete
  4. Nak puji apa? MH370 pun smpi skrg senyap. Byk lg masalah negara tak setel2 lg Jibon oiii..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa