Tak bolehkah dibawa berbincang?
Logikkah kecil hati seorang pemimpin membawa huru hara satu negeri?
Berjiwa besarkah pemimpin yang bersikap begini?
Kecil hati dengan Anwar punca Hadi beza pendirian, kata perwakilan Pemuda PAS
Published: 17 September 2014
Perwakilan Pemuda PAS Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 September, 2014.
perlakuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan yang tidak selari dengan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), kata perwakilan Pemuda PAS.
Perwakilan Pemuda PAS dari Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi berkata, sebagai ahli, dan penyokong, keputusan Hadi itu seharusnya disokong kerana presiden PAS itu lebih mengenali Anwar.
Nur Azariza berkata keputusan dibuat Hadi adalah disebabkan reaksi kepada beberapa keputusan Anwar yang membelakangkan konsensus PR.
"Hadi kenal Anwar berpuluh tahun dulu, siapa kita hendak persoalkan," katanya, ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Kota Tinggi, Johor hari ini.
"Hadi kecil hati banyak dengan Anwar apabila Anwar umum perkara yang tidak menerima konsensus PR.
"Anwar lakukan beberapa keputusan seperti Langkah Kajang tanpa konsensus PR," katanya di depan perwakilan dan pemerhati muktamar tahunan ke-55 sayap parti Islam itu.
"Reaksi Hadi adalah hasil perbuatan rakan kita,” katanya.
Beliau berkata, PAS Kelantan mempertahankan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kini ditadbir PR.
"Kelantan bersama presiden dan kepimpinan ulama," katanya.
Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim menyuarakan kekecewaan kepada kepimpinan Suhaizan yang dilihat tidak menyatakan sokongan secara terbuka kepada Hadi.
Polisi "politik budiman" yang dianjurkan Suhaizan juga turut dikritik apabila beliau sering bersama kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR).
"Kami setuju tetapi kami bimbang PAS saja yang budiman tetapi rakan kita yang lain tidak.
"Ini terbukti apabila Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad langsung tidak budiman dengan Hadi," katanya.
Beliau berkata, meskipun mengadakan pertemuan dengan Hadi baru-baru ini bersama Suhaizan dan Ketua Pemuda Sosialis Kebangsaan (Dapsy) Teo Kok Seong, pemimpin PKR itu masih lagi mengkritik Hadi.
"Apa budi beliau buat bertemu dengan presiden sedangkan melontarkan kata-kata nista yang mengguris perasaan Pemuda," katanya.
Beliau mengharapkan Suhaizan untuk melihat dengan lebih lanjut berhubung perkara itu kerana khuatir dalam mereka berbudiman bersama rakan dalam PR, mereka meminggirkan Hadi.
"Saya harap ketua Pemuda PAS melihat ke depan, dalam keadaan kita fikir budiman ini, tiba-tiba kita tidak budiman dengan presiden sendiri.
"Saya menunggu kenyataan rasmi ketua Pemuda untuk mendukung kenyataan presiden secara terbuka," katanya. – 17 September, 2014.
kalau kecil hati dgn satu orang apasal satu negeri/a disusahkannya?
ReplyDeleteMcm Kedi si Hadi.Kalau org lain di suruh kpd Quran dan Hadit.Kalau PAS kena beri kuasa veto kpd Hadi Kedi yg kuat merajuk
DeleteAwak dok nampak TGHH kecil hati sama anwar...awak tak nampak anwar kecil hati dengan TGHH... isteri beliau diperlekehkan... kumpul ahli sendiri pastu kutuk Wan Azizah... tak layak, tak... tak.... dan sebagainya....Ayat al Quran dan al Hadis mana yang membenarkan memperkecil dan memperlekehkan seseorang? Apatah lagi sesama muslim.
ReplyDeleteKalau nak ikut membelakangkan rakan dalam PR...anwar patut kecil hati dulu lagi sama TGHH...Nak buat UG, senyap-senyap bertemu UMNO dan tak libatkan anwar sedangkan masa tu PAS dalam PR.. nak lantik Ku Li jadi PM kalau PRU13 PR menang....sedangkan Ku Li tu UMNO.... dalam dialog di Rusila baru-baru ni.. ada peserta tanya tentang hal ini tapi yang dijawab oleh TGHH nya lain...Dia jawab fasal pergi meminang Ku Li ... orang tanya fasal PAS nak menikah dengan Ku Li tapi dia jawab fasal pergi meminang Ku Li... ini semua politik kampungan! Politik nak salahkan orang lain!!!
Abe,
ReplyDeleteCari la alasan lain yang lebih matang dan besar implikasinya kepada ugama, bangsa dan negara. Politik kepartian bukan permainan budak-budak tadika. Boleh bergaduh, terguris diatas perkara-perkara yang remeh temeh.
Tak payahlah nak menudung masaalah yang ditimbulkan oleh puak UG dengan meletakkan tindakan gila kita kepada orang lain dengan alasan kebudak-budakan.
Sabotaj UG kepada Pakatan bukan kecik bukan tahap budak-budak tadika. Bukan sekali. Kerap disepanjang 6 tahun PAS bersama Pakatan.
Memang pun betul langkah kajang untuk tidak memberitahu PAS sedangkan DAP telah diberi penerangan lengkap. Kini kita sudah nampak bahawa sokongan TGHH kepada TSKI bukan sekadar kejujuran TSKI semata2. Ia berkait rapat dengan kedudukan menantu dan orangnya didalam GLC Selangor.
Tak payah la penyokong tegar TGHH hendak berkain wayang cina dengan langkah kajang.
Abe,abe......berjaya ker langkah kajang?naper hingga kini cik wan masih lagi sekadar adun kajang.kenaper cik wan kalut pujuk TSKI sertai pkr semula.abe,abe.....nyokong hingga tahap pencacai amat melecehkan.mcm admin.
DeleteLangkah Kajang memang berjaya. Ia berjaya mendedahkan k3munafikan segelintir kecil p3mimpin-pemimpin PAS yang tergila-gila hendak bekerjasama dengan UMNO.
DeleteKalau tidak boleh menerima kesan lain dari Langkah Kajang tak apa. Pendedahan atau penelanjangan sikap munafik golongan minoriti didalam PAS ini kepada orang melayu dan rakyat Malaysia sudah cukup untuk membuktikan kejayaan Langkah Kajang kepada p3nyokong2 wala m3mbabi buta.
Sekarang acara pendedahan tersebut sedang be4jalan dengan rancak. Langkah Kajang m3ndedahkan identiti parasit-parasit ini didalm PAS. Sekarang parasit-parasit ini sedang berpesta di Muktamar PAS ke 60 dengan mempamerkan watak seb3nar mereka.
Percayalah kepala2 UG ini hanya b3berapa kerat sahaja. P3ngaruh mereka k3cil jika kita ambil jumlah perwakilan Pemuda ke Muktamar Pemuda yang k3luar s3masa Mat Sabu berucap. 50 orang dari 547 orang perwakilan. Tak sampai 10%. Tetapi mereka telah mendedahkan kebodohan mereka hampir ke tahap 90%.
Kita t3ngok siapa yang terkena nanti. Yang pasti kerugian dipihak parasit-parasit sudah semakin membesar!
Bila berkwn tp tak hormat kwn dlm membuat keputusan...jgnlah expect kwn nk hormat lagi.
ReplyDeleteSo siapa yg besar kepala mcm tgna ckp...budak manja.
Mcm kedi ane main merajuk merajuk.Blk duduk celah ketiak istri minta di pujuk.
DeletePAS dah serupa UMNO bnyk penjilat dan pengampu
Konsensus PR langkah kajang yg tempang.permainan tamak pkr/anwar mulai gagal.atas kegagalan langkah kajang,team force dibayar utk memblog dgn meletakan kegagalan pada pihak lain
ReplyDeleteTak gagal kalau pas tak munafik
DeleteTak payah bising.jagalah Hj.hadi tu elok2.Cuba fikir mengapa selama ini tidak ada seseipa pun yang sanggup menghina ulamak.tapi di sebabkan ulamak sendiri yang tidak menunjukan contoh tauladan yang baik iatulah sebabnya secara tersendirinya kecaman dan kejian bertimpa2 datang menimpa ulamak.
ReplyDeleteKalau PAS di bawah pimpinan ulama hj hadi diterima sebelum kebangkitan semula Anwar , dah lama PAS menang..dan sudah tidak mengharapkan sumbangan ahli.... tak payahlah rasa gagah.... dan megah. Akhir2 ini nampak ada kuasa sudah kabur mata..... kalau masih seperti dulu...yang tidak menang2 maaflah umno mau pakat UG dengan PAS.... Ini nak pakat UG UMNO dengan PAS pun semata mata untuk UMNO mudah menyekat pengaaruh Anwar.
ReplyDeleteAnwar meninggal.. pas pun dah tak brrharga buat umno
DeleteKomen MSO berikutan keluar dewan segelintir Pemuda PAS yang memakai ves Sokong Presideng dan MSU...."Apa yang berlaku itu tidak berlaku dalam parti lain. Sesamseng pemuda Umno yang mengocak pagar, angkat sepanduk, tungging punggung, buat simbol sex dan sebagainya, tetapi mereka tidak pernah bertindak keluar dewan semasa Timbalan Presiden Umno berucap merasmikan persidangan. Apabila ia berlaku kepada Dewan Pemuda pati agama, ia adalah sangat dikesalkan. Betullah pendapat seorang mengatakan kalau orang agama menjadi jahat, ia lebih huduh rupanya daripada kejahatan dilakukan oleh si jahil. Dalam hal ini pemuda Umno lebih beradab daripada segelintir "ansrollah" itu". Nampak dah kematunya jubur-jubur beruk dalam PAS, sampai siap pakai ves yang ditempah khas (mungkin sponsor dari Trengganu atau Nasruddin Badak-wi Vellfire kot?)
ReplyDeleteSeparuh kempenlah tu... kaedah taik kucing...puak nii nak bagi tau kononnya ada puak lain yang mengencam president...style angkat bakul sendiri ....kalau dah pakai vest bertulis begitu nak mengampu tuang president lah tu supaya buat apa saja hal... tidak siapa berani buat tindakan. ...org president lah katakan
ReplyDeleteLangkah kajang baru permulaan untuk takluk putrajaya sudah kena sabotaj oleh puak ug...macammana nak berjaya. Hang duduk terangganu pi kacau siapi hantar nama lagi utk meminta jawatan mb nasib baiklah ada 2 orang adun yang pintar.... kalau tak mb sudah tentu dari pas+umno....porno
ReplyDelete