Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 22, 2010

Zalimkah Mereka Atau Kita Yang Zalim?

Ada sesiapa yang berani berkata dan tegaskan ini adalah zalim?

UMNO jika nak sangat bersatu dengan PAS. Tolong pinda Perlembagaan, buangkan hukuman 356 (hukuman tak lebihi 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebatan) di mahkamah Syariah. Dan laksanakan hukum islam terhadap umat islam. Masa itulah baru boleh ajak PAS bersatu. Tak kisahlah guna lambang UMNO ke, 4 segi ke..yang penting islam..

Ini foto hukuman hudud Allah bagi kesalahan zina libatkan lelaki yang dah kahwin di Somalia.

Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna "hanya Allah yang SATU" (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz "Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah".

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat" (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

"Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-Maidah:38 – 39)

Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.

Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar "Muflis" dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.

Copy N paste tanpa pindaan dari sini

8 comments:

  1. Salam,

    Bilakah negara kita akan ada hukum hudud seperti itu...

    ReplyDelete
  2. W'salam Man Kuchai

    Tunggulah sehingga Pemimpin Islam yang sebenar-benarnya memerintah negara kita. Peranannya adalah kita sebagai Pengundi yang memilih dan menaikkan mereka dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Mohon Share entri ini diblog wordpress saya.saya edit sedikit perenggan pertama.dan letakkan sumber link uncle.

    ReplyDelete
  4. W'salam Man

    Tidak ada masalah Man, silakan.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...saya kagum dengan tulisan dan komen saudara tentang hudud dan bab2 lain tetapi kenapa anak saudara tidak menutup aurat???

    ReplyDelete
  6. adam rafael

    Terima kasih adam rafael di atas komen dan peringatan tentang itu.

    Terus terang saya katakan itu adalah salah satu kelemahan yang ada pada saya.

    Anak saya bukannya tidak bertudung langsung, tetapi tidak 'istiqamah'. Di tempat kerja, bertudung. Tiba di rumah tudung melayang!

    Nasihat sudah, marah pun sudah. Hanya di hatinya mungkin belum terbuka. "Wahai Muhammad, tugasmu hanya menyampai dan Hidayah itu adalah hak Aku"

    ReplyDelete
  7. Hey there just wanted to give you a quick heads up and let you know a
    few plenty of fish dating site of free dating the pictures aren't
    loading correctly. I'm not sure why but I think its a linking issue.
    I've tried it in two different web browsers and both show the same results.

    ReplyDelete
  8. Hello, i believe that i noticed you visited my web site thus i
    came to return the want?.I am attempting to to find issues to enhance my
    site!I guess its adequate to make use of some plenty of fish dating site of free dating your ideas!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa