Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 3, 2010

Baguslah Tu, Dah Tak Setia Buat Apa Tunggu!

Memang bagus kalau keluar ramai-ramai macam ini. Untuk apa manusia yang belot berada di dalam saf PAS?

Kalau memang mereka keluar kerana tidak percayakan perjuangan untuk Agama Allah dan keadilan sejagat, amatlah malang golongan Abdullah Bin Ubai ini!

756 Ahli Pas Di Parlimen Larut Sertai Umno

SELAMA: Seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian UMNO secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di negeri itu. - BERNAMA dari mStar

8 comments:

  1. kena pikir jugak cik..ini pasal sapa yang mereka ngundi...

    diorang mngundi mmglah bukan skadar nk pejuangkan agama Islam itu dan ini..diorang pun mngundi nk parti bela diorang..

    sapa2 pun...kalau dah penat menyokong..tapi mungkin diorang rasa mcm kurang diperhatikan..diorang msti berfikir..camna nk sabar..

    ntah2 leader PAS kat sana pun buat tak faham je ngn diorang..well

    ini suma subjektif

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,
    Beraya sakan la depa nampaknya raya nih... haha...

    ReplyDelete
  3. salam ....

    depa berjuang untuk perut bukan berjuang untuk Islam dan keadilan.

    Biarkan biarkan biarkan

    dah habis duit nanti baliklah kepada Allah semula

    dunia dunia dunia

    ReplyDelete
  4. Wah teman pun ilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PAS ni ..camna boleh ke teman isi borang UMNO? Hehehe

    Walaupun bengkek dgn orang tertentu dalam PAS teman percaya PAS lagi drp UMNO ..end of... isi borang boleh saja, tapi kena la ada ganjarannya..jaminan...undi tetap hok tu la deh...hehe

    ReplyDelete
  5. Azam Mohd Nor

    Saudara mungkin ada benarnya.

    ReplyDelete
  6. W'salam Pak Long.

    Mungkin ada ganjarannya! Tapi berapa lama dapat bertahan?

    ReplyDelete
  7. W'salam moneyads4u @ abalzai

    Itulah adat manusia yang meletakkan dunia di atas segalanya!

    ReplyDelete
  8. Hanz

    Bukan saja Hanz tetapi uncle juga meluat dengan sesetengah Pemimpin PAS yang agak ghairah berpolitik dengan membelakangkan prinsip perjuangan dan mandat Ahli.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa