Termenung panjang saya bila buka blog Pak Bakaq dan baca tajuk ini Berapa penjenayah terlepas kerana hubungan dengan orang kenamaan?
Seandainya benar maka Malaysia sudah tentu menjadi "Negara Syurga" kepada semua malaun yang tidak berhati perut. Malaun dan setan-setan ini pula dilindungi oleh segala Bapak-bapak setan yang mempunyai kuku yang panjang dan bergayut pada kuasa di negara ini.
Kalau dihitung memang tidak terkira segala bentuk jenayah dan Penjenayah yang kejam bermaharaja lela di negara 1Malaysia ini. Daripada bunuh-letup, bunuh-kerat, bunuh-bakar, ugut-bunuh dan sebagainya.
Kes rompak-bunuh, ragut-bunuh, culik-bunuh, buang bayi dan orang hilang. Dadah dan pecah rumah tak payahlah nak disenaraikan.
Dan di manakah silap kita?
Adakah masyarakat sendiri yang menternak segala penjenayah ini dengan mengambil sikap tidak peduli?
Adakah sebab kelemahan di dalam siasatan pihak Polis dengan mengambil kes sambil lewa? Contohnya kes orang hilang
Bagaimana Penjenayah kejam seperti Dato' beli ini boleh terlepas dengan kes bunuh dan ugut dengan menggunakan anjing dan sebagainya? Adakah yang kena ugut tidak membuat laporan atau dia sendiri diugut supaya jangan buat laporan polis sebab ada kaitan dengan Orang Kenamaan?
Selamatkah kita dan keluarga kita di bumi Tanah Tumpah Darah ini?
Pada siapakah yang kita boleh harapkan untuk menjaga Rakyat dan Keamanan negara tercinta ini?
1 comments:
uncle, yg peliknya kalau bukan org ternama yg menjadi mangsa, adakah kejahatan setan2 ini akan terus berterusan..kena siasat juga siapa yg terlibat melindungi setan2 ini sebelum ini..mesti rmai yg terlibat dlm komplot ni.jgn nanti yg 4 ekor je digantung dan kes selesai...
Post a Comment