Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 9, 2010

Ramadhan : Ada Menang dan Kecundang

Menjelang pagi, Syawal akan muncul dan Ramadhan yang berkat akan pergi sehinggalah tahun hadapan. Cuma kita sahaja entah ada entahkan tidak.

Ramadhan tetap akan pergi. Namun keberkatanya tetap ditinggalkan. Cuma kita ada yang menang dan ada yang kecundang. Berbahagialah yang menang, dan terimalah balasannya kepada yang kecundang!

Bagi Pak Din ada puas dan ada kecewa. Puas bila bekerja Amal dengan segar dan ikhlas. Kesal bila dilakukan dengan nafsu. Inilah yang membawa kekecewaan. Bila tidak mampu lakukan apa yang boleh dilakukan sebanarnya. Perkara yang memang di dalam kemampuan tetapi dibuat dengan paksa diri. Paksa rela yang sudah semestinya tidak ada ihsan di dalamnya!

Apa yang diharapkan ada Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
Dari Mountdweller & Keluarga

Kepada

Topeng_Perak - Ada kerja nak minta tolong..
Pink Turtle
Aduka Untaruna
Asrol Kelantan
Tok Ggawa
melur
Ann
Kittun
ijooks
Insan di belakang Kelantan Insider

Dan yang lain-lain jemputlah ke rumah Pak Din terutama pada 13 Sept. 2010, tengahari.

1 comment:

  1. Salam Pak Din,
    baru berkesempatan membuka komputer.Terimakasih atas jemputan, insyaALLAH kami akan cuba sampai di lain hari.

    SELAMAT HARI RAYA ADILIFITRI UNTUK PAK DIN SEKELUARGA.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa