Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 6, 2010

Mamak Bengong Ni Tak Ada Kerja Lain ke?

Terlalu sukakan isu perkauman, Mamak sekor tak habis-habis mendendangkan isu yang menyakitkan telinga dan sememangnya berdendang di keliling kawah yang panas. Aku rasa dia pun dah terasa bahang Melayu Celupnya tu!

Kalau benar ada fakta sila kemukan. Tetapi kalau sekadar sedap cakap ajer, cakap Mamak sape nak percaya.

Pihak Polis pun satu kalau dah repot dibuat, tak kiralah sape yang repot ambilah tindakan. Kau orang ni kerja untuk Rakyat bukan untuk UMNO saja.

PAS cabar Zainuddin dedah nama

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS yakin kedegilan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menarik balik tuduhannya adalah kerana sikap dendam mendalam sejak sekian lama terhadap parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sebenarnya sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkitkan mereka terkubur dan tidak mendapat sambutan rakyat.

"Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas syarak, ini yang menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati.," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas pendirian Zainuddin yang tetap mempertahankan tudahan bahawa PAS pernah berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman dan menyuruh Tunku merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

Menurutnya, adalah satu perkara yang mustahil perkara yang sebesar itu, tidak diambil serius oleh Tunku.

Sehubungan itu, beliau mencabar Zainuddin mendedahkan siapakah nama pemimpin PAS yang didakwa berjumpa dengan Tunku tersebut.

"PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

"Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Syura dan Muktamar. Contohnya ketika Pas hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional," jelasnya.

Hujah Zainuddin itu jelasnya bukan sahaja dangkal, malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.

Ekoran kenyataan itu juga, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh PAS meminta Zainuddin disiasat

2 comments:

  1. Hanz pun perasan dah hal ni ... Tetapi selalunya saya agak open soal race/bangsa ni ... tak suka kutuk bangsa lain = seperti tak suka kutuk bangsa kita sendiri ...

    TAPI ada orang ambik kesempatan main sentimen perkauman untuk kepentingan mereka nampaknya ...Dah tu sentiasa cuba melagakan antara sesama Melayu & juga kaum lain supaya bergaduh pula tu.. Perasaan tak, khasnya kat M'sia ni sejak 2, 3 dekad ni kaum mamak dah terajui kepimpinan UMNO & negara ... nampak lain macam saja timing depa (agak egoistik) & kepuraan. Ya, tak semua 'jahat' ada jugak yg nampak 'ikhlas berkhidmat'.

    Entah la mungkin hanya sangka buruk saya. Tapi ...

    ReplyDelete
  2. Hanz

    Agak-agak dah jadi macam Kesultanan Melaka zaman dulu kot?

    Kejatuhan Melaka pun disebabkan oleh mereka yang belot.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa