Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 5, 2010

Besar Kepala Pulak!

Sudah pastinya bukan orang kita bila sebut bahan baja yang digunakan. Inilah masalahnya bila berlembut Tocang pula naik, kalau berkeras kata tidak ada hati perut. Kalau kata bangsa menumpang tak sedar dirikan dikatakan racial.

Melayu sememangnya susah dan tersepit di tanah air sendiri. Sudahlah sesama bangsa pun bercakaran hanya kerana politik dan fahaman sempit agama. Kerajaan pula seakan takut untuk bertindak kalau bangsa yang belah sana buat hal. Contohnya penyelesaian Babi yang kena wabak virus nipah dulu. Lembu Melayu Kelantan yang terkena Wabak Kuku dan Mulut satu masa dulu ditembak begitu saja tanpa apa-apa pampasan pun!

Tak pula Melayu Kelantan mengamuk. Tapi isu Babi kat Melaka dulu sudah pun diacah parang yang peliknya tak pula pihak berkuasa berkasar..... bahkan setuju bayar pampasan pula.

Kalau diungkitkan nanti akan dituduh Otak Perkauman Sempit. Tetapi ini bukanya mengungkit tetapi memperingati tentang apa yang telah terjadi. Ini adalah sejarah!

Ladang Guna Najis Babi Sebagai Baja, 800 Penduduk Terpaksa Hidu Bau Busuk

KUALA NERANG, 5 Sept (Bernama) -- Kira-kira 800 penduduk Kampung Baru Padang Sanai dekat ini berhadapan dengan bau busuk dan risiko kesihatan berikutan tindakan sebuah ladang berhampiran rumah mereka menggunakan najis babi sebagai baja untuk projek tanaman tembikai.

Penduduk kampung mendakwa bau busuk dan masalah lalat akibat penggunaan najis babi sebagai baja telah berlarutan selama seminggu dan mereka terpaksa menanggung masalah itu.

Seorang penduduk kampung, Sulaiman Che Endut, 44, berkata projek penanaman tembikai itu baru hendak diusahakan oleh sebuah syarikat yang memajak tanah seluas 80 hektar itu daripada pemilik tanah itu tetapi ia telah mula menyusahkan penduduk kampung.

Katanya bau busuk itu semakin kuat apabila hari hujan dan bilangan lalat semakin banyak yang ditakuti boleh memberi kesan kepada kesihatan penduduk kampung terutama kanak-kanak.

"Paling membimbangkan berhampiran kawasan itu terdapat Loji Air Padang Sanai yang membekalkan air kepada 85 peratus penduduk di daerah Padang Terap. Apabila hujan, air najis itu akan mengalir ke Sungai Padang Terap sedangkan loji itu mendapat air daripada sungai itu. Najis itu juga menjejaskan alam sekitar," katanya ketika ditemui di ladang itu.

Seorang lagi penduduk kampung, Mahmud Samaun, 65, berkata kesihatan penduduk kampung mula terjejas berikutan masalah bau busuk dan lalat dengan ramai yang mula merasa loya selain demam kerana tidak tahan dengan bau memualkan itu.

"Walaupun baru seminggu tetapi kesannya sudah mulai dirasai oleh orang kampung. Jadi saya berharap pihak-pihak bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini daripada berlarutan," katanya.

Zaharah Ramli, 26, berkata anak lelakinya yang berusia enam bulan sudah mula tidak sihat dan mengalami demam serta selesema berikutan kedudukan rumahnya yang kira-kira 200 meter dari ladang itu.

"Memang bau busuk sangat. Kalau hujan atau angin kuat lagi teruk. Lalat memang tak boleh katalah. Masa masak kena tutup selalu. Sekarang ini bulan puasa lagilah teruk," katanya.

Siti Aishah Mat Diah, 57, berkata dia sudah seminggu sakit kepala sejak bau busuk dan masalah lalat itu bermula sehingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Bau memang busuk. Lalat penuh sampaikan tutup pintu pun boleh masuk. Harap pihak yang bertanggungjawab datanglah tengok masalah kami," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Padang Sanai mengenai perkara itu.

Katanya selain itu laporan juga akan dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana ladang itu melakukan aktiviti yang boleh mencemar alam sekitar sedangkan ramai penduduk tinggal berhampiran ladang itu.

Beliau berkata masalah itu melibatkan kira-kira 200 keluarga yang 99 peratus adalah Melayu yang sedang menyambut bulan puasa dan akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.

"Lagi satu, loji air yang ada itu ditakuti akan tercemar sedangkan ramai penduduk sekitar mendapat bekalan air daripada loji itu. Ini yang kita bimbangkan dan mahu tindakan segera," katanya.

4 comments:

  1. Salam Pak Din. Pada hemat saya, inilah kegagalan paling besar BN salaku peneraju negara sejak pilihan raya 1951. Isu perkauman masih menjadi perkara sensitif. Kegagalan menyatukan penduduk yang ditakdirkan pelbagai kaum merupakan kelemahan yang tidak boleh dimaafkan. Inilah akibatnya pemerintahan yang tidak berlandaskan AlQuran dan Assunah.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,
    Depa main dalam diam, memang politik hangpa pegang takpa tapi undi penentu kami punya...

    Kita ternganga...

    ReplyDelete
  3. W'salam Nazri MZ

    Sebenarnya survival politik mereka bergantung kepada sentimen perkauman. Mereka sengaja membiarkan keadaan begitu sehingga hidup lebih 50 tahun.

    ReplyDelete
  4. Pak Long

    Betul Pak Long. Politik api dalam sekam yang bijak!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa