Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 23, 2010

Cekapnya Polis Kita

Aduusy..... lembabnya Polis kita. Seorang manusia Warga Negara Asing yang dilaporkan hilang di bumi Malaysia, selepas 8 bulan baru disahkan telah dibunuh!

Mana Rakyat Negara ini nak letak muka? Bagi para Pemimpin memang tak kisah sebab mereka memang bermuka tebal. Kulit muka berlapis-lapis. Kepada rakyat yang undi mereka lagi mereka tidak malu inikan pula rakyat asing yang langsung tidak ada sangkut paut dengan mereka.

Kes ini berlaku semasa Musa Hassan menerajui Jabatan Polis. Tak payah cakap, seluruh rakyat malaysia kenal dan tahu tahap kecekapan Musa melaksanakan kerja!


Polis Sahkan Ahli Perniagaan India Dibunuh

Ahli perniagaan warga India, Allal Kathan Muthuraja disahkan mati dibunuh.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan ahli perniagaan warga India Allal Kathan Muthuraja yang dilapor hilang sejak awaltahun ini telah dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis kini menyiasat kes kehilangan lelaki berusia 34 tahun yang tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya sahkan mangsa dibunuh hasil daripada petunjuk dan keterangan-keterangan yang telah dikumpul. Berdasarkan dari itu kita telah "upgrade" kertas siasatan daripada orang hilang kepada kes bunuh," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes kehilangan ahli perniagaan hartanah, restoran dan barang kemas dari Chennai, India itu.

Kehilangan ahli perniagaan itu dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain apabila dia dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, yang juga merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lepas.

Isteri ahli perniagaan itu, S.Usharani, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lepas.

Pada Rabu, Usharani menemui polis di Banting berhubung kes kehilangan suaminyaitu.

Dan di bawah pula adalah hasil kerja yang direject oleh Jabatan Peguam Negara. Adakah ini sengaja dibuat atau memang disiapkan di dalam keadaan tergesa-gesa?

Peguam Negara Kembalikan Kertas Siasatan Kes Sosilawati Kepada Polis

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara, Rabu, memaklumkan bahawa mereka telah mengembalikan laporan kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kepada polis untuk diperincikan lagi.

Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada pukul 11 pagi menyebut:

"Kertas siasatan berkaitan dengan kes Datuk Sosilawati dan tiga yang lain telahpun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September (Selasa) dan Peguam Negara telah mendapati banyak lagi perkara yang perlu dibuat siasatan lanjut."

Sehubungan dengan itu, katanya, Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan oleh pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-suspek berkenaan.

Menurut Tun Abd Majid lagi, kertas siasatan tersebut telahpun dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama (Selasa).

- mStar

2 comments:

  1. Kes-kes yang besar macam ni pun polis gagal dapat bantu dan selesaikan apalagi kes-kes yang ada campurtangan jerung,buaya dan naga.

    Belum lagi laporan polis oleh rakyat biasa mengenai orang yang hilang, bibik yang lari dari majikan, penipuan jual beli kereta terpakai dan macam-macam lagi. Kalaulah tidak kerana arwah Datuk Sosilawati adalah 'seseorang', mungkin 'Datuk' durjana itu masih bermaharajalela.

    Suami saya kata polis Malaysia memang cekap dan ada seorang bekas polis pangkat biasa dengan BANGGANYA memberitahu MALAYSIAN POLICE THE BEST IN THE WORLD! Cuma nak buat kerja ke tidak...itu je.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa