Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 3, 2012

Bodoh Sangatkah Melayu Johor?

November 03, 2012

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Walaupun Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita tinggi di Johor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, pemimpin-pemimpin tempatan pembangkang persekutuan meramalkan tentang kesukaran untuk membuka undi orang Melayu, yang dilihat sebagai kunci untuk memecah masuk ke dalam kubu kuat Umno di negeri selatan itu.

Orang Melayu membentuk hampir 60 peratus daripada tiga juta penduduk kuat Johor, yang juga merupakan rumah kepada 74 penempatan FELDA yang tersebar di seluruh 21 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Undi Melayu FELDA sering dimainkan oleh BN sebagai muslihat semasa pertempuran pilihan raya, dan juga telah dikreditkan sebagai antara salah satu sebab utama di sebalik kekebalan gabungan pemerintah semasa tsunami politik 2008, khususnya di Johor.

Dalam Pilihan Raya 2008, BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang lima negeri kepada pembangkang, bertahan berkuasa hanya melalui kejayaan di Johor dan Malaysia Timur.

Tetapi pemimpin tempatan PR percaya perubahan sedikit 35 per peratus undi di kalangan Melayu di Johor itu mencukupi untuk menjatuhkan BN di Johor dalam PRU akan datang, dengan syarat PR berjaya memastikan semua pengundi bukan Melayu Johor menolak BN.

Ketika ditemui dalam temuramah baru-baru ini, beberapa pemimpin memberitahu The Malaysian Insider bahawa masing-masing mempunyai tempat ditetapkan di kerusi negeri bercampur dan bandar, di mana pengundi bukan Melayu membentuk peratusan yang besar.

“Bagi pengundi Cina kita memang tidak bimbang,” kata Pesuruhjaya  PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara baru-baru ini.

“Sama ada DAP, atau PKR, malah PAS kalau bertanding di kawasan Cina sekalipun mereka akan pilih PR.

“Kawasan campuran, dengan peratusan 50-50 atau 60-40 kita ada potensi nak menang ... itu fokus kita.”

Beliau turut menjelaskan, di kawasan kerusi majoriti dihuni masyarakat Melayu, ia adalah talian hayat buat Umno dan sukar untuk pakatan pembangkang menembusi kawasan berkenaan.

“Kalau kerusi majoriti Melayu, seperti kampung, FELDA, dan FELCRA, itu talian hayat Umno ... memang sukar kita nak tembus, mungkin ada pertambahan sokongan, namun untuk menang memang susah.

“Itu kawasan selamat (Umno), dan telah diberi macam-macam oleh Umno, mereka terima kasih sangat kepada Umno ... generasi kedua mungkin berubah, tapi generasi pertama memang sukar,” katanya menjelaskan kesukaran PR untuk merobohkan kubu kuat Umno di kawasan Melayu di Johor.

Ketua Pemuda PAS Johor, Shuhaizan Kaiat, pula menegaskan, dalam perkiraan parti berkenaan, kerusi di kawasan yang memiliki perkampunyan dan FELDA akan diletakkan di kedudukan paling bawah untuk sasaran mendapatkan undi disebabkan kesukaran pembangkang menerobos zon selamat Umno itu.

“FELDA berada di kedudukan paling bawah dalam sasaran untuk dapatkan undi, malah lebih bawah dari kedudukan kampung sebab peneroka FELDA memang susah Pakatan Rakyat nak masuk.

“Kami tidak perlukan sokongan Melayu yang banyak, hanya peningkatan 35 peratus untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya memberikan sasaran sebanyak 70 peratus sokongan daripada masyarakat Cina di negeri berkenaan.

“Kami tidak khuatir dengan sokongan mereka kepada PR,” katanya merujuk kepada komuniti Tionghua itu di Johor.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Sambul Bari Jamali, dan menegaskan Melayu Johor akan tetap mempertahankan Umno.

“Saya tidak akan menggelar mereka batu penghalang kepada PR, tetapi Melayu Johor setia kepada parti, kepada Umno.

“Mungkin PR mempunyai banyak sokongan daripada bukan Melayu di kawasan bandar, namun mereka perlu melihat kepada indikator mudah, Melayu adalah majoriti di Johor,” tegasnya.

Dalam Pilihan Raya 2008, BN kekal sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Johor apabila ia mengalahkan pembangkang di 25 daripada 26 kerusi Parlimen dan 50 daripada 56 kerusi DUN.

Tanpa kemenangan di Johor, BN akan kalah dalam pertempuran di Semenanjung kepada PR, dengan hanya 60 kerusi persekutuan, perbandingan PR 79.

Termasuk kerusi Johor, kerusi BN dengan PR dicatatkan pada 85-80.

2 comments:

  1. kalau masih sokong umporno memang le bodoh.Sokong parti rasuah memang le bodoh...

    ReplyDelete
  2. sokong parti rasuah mmg ler bodoh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa