Semuanya menjurus ke arah itu.....
Jeritan siamang tanda mati
3 November 2012
KUALA KRAI - “Petanda ada orang nak mati ni mak,” kata Amyrul Hafize Abdullah, 19, kepada ibunya, Sharmawati Abdul Manaf bila terdengar bunyi jeritan siamang berhampiran di rumah mereka di Paloh Rawa, Machang, kelmarin.
Kata-kata akhir Allahyarham itu membuatkan Sharmawati marah kerana risau anak sulungnya itu akan menempuh perjalanan jauh untuk pulang ke kampung halaman mereka di Felda Jenderak Utara, Pahang, pagi semalam.
Kebimbangan ibu tiga anak itu akhirnya bertukar igauan ngeri apabila Amyrul Hafize maut selepas motosikal ditunggang bersama adiknya, Amyzul Haqime bertembung sebuah kereta di Manek Urai, dekat sini, semalam.
Pada kejadian berhampiran sebuah stesen minyak di Kampung Lepan Jenut, Amyzul Haqime, 17, cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu manakala motosikal ‘scrambler’ Nimota ditunggangi mereka terbakar.
Ibu risau
SHARMAWATI ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Kuala Krai (HKK) berkata, dia sendiri tidak menyangka bunyi siamang itu jadi petanda sesuatu perkara buruk akan berlaku.
“Sebelum ini, saya tak pernah dengar bunyi siamang dekat rumah dan bila dia (Amyrul Hafize) kata, ada orang nak mati, saya marah sebab dia nak berjalan jauh,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia setahun.
Menurut Sharmawati, dua anak lelakinya itu bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Balakong, Selangor dan pulang ke rumahnya di Machang sempena Hari Raya Aidiladha, Isnin lalu.
“Mereka berdua keluar rumah kira-kira jam 9 pagi untuk pulang ke kampung di Felda Jenderak Utara sebab nak jumpa nenek mereka dulu sebelum ke tempat kerja.
“Motosikal itu pun arwah baru beli sebulan lalu dan ini kali pertama, mereka balik ke sini dengan motosikal kerana sebelum ini, mereka naik bas atau kereta api,” katanya.
Permintaan arwah
DITANYA mungkin ada perubahan ditunjukkan Allahyarham, Sharmawati berkata, anak sulungnya itu beria-ia memintanya memasak nasi ayam kegemarannya dan nasi kerabu sebaik sahaja tiba di rumahnya, Isnin lalu.
“Dia kata, sudah lama tak makan nasi ayam yang saya buat. Kali ini katanya, dia nak makan puas-puas sebab selepas ini, sudah tak dapat makan lagi.
“Esoknya (Selasa), saya masak nasi ayam yang arwah minta, cuma nasi kerabu sahaja saya tak sempat nak masakkan untuk dia,” katanya memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Felda Jenderak Utara, Pahang.
Pemandu kereta tersepit
PEGAWAI Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Inspektor Low Jo Han pula berkata, nahas membabitkan motosikal dua beradik itu dan sebuah Perodua Viva berlaku di Kilometer 84.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini.
Katanya, kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dinaiki tiga penuntut sebuah politeknik cuba memotong kenderaan hadapan sebelum bertembung motosikal mangsa.
“Pemandu kereta cedera parah selepas tersepit di tempat duduk manakala dua lagi penumpang termasuk seorang perempuan cedera ringan. Ketiga-tiga penumpang kereta berusia 18 tahun dan belajar di sebuah politeknik di Kota Bharu,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi polis atau tampil bagi membantu siasatan.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa