Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 27, 2013

Kalau Betul Najib Peka Terhadap Isu Gaza , Kenapa Memberi Peluang Perniagaan Kepada Yahudi Di Sini?

Sama ada Pemimpin Malaysia berpura-pura
Atau mempunyai mata yang celik tetapi mempunyai hati yang buta!
NGO gesa pengundi Tamil boikot BN
FMT Staff April 26, 2013
Angkatan Kemajuan Tamil Malaysia akan mengadakan satu himpunan pemuda-pemuda Tamil Malaysia di Kulim, Ahad ini.

PETALING JAYA: Pengundi masyarakat India keturunan Tamil digesa memboikot Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 5 Mei depan.
Berhubungan dengan itu, Angkatan Kemajuan Tamil Malaysia akan mengadakan satu himpunan pemuda-pemuda Tamil Malaysia di Kulim, Ahad ini.
Presidennya, A Kalaimughilan berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi dan memorandum dengan empat tuntutan supaya mengisythiarkan sekatan ekonomi ke atas kerajaan Sri Lanka.
NGO itu mendakwa kerajaan Sri Lanka telah membunuh beribu-ribu orang Tamil yang tidak berdosa dan bersalah.
“Tetapi kerajaan BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak  tidak memandang isu ini lebih serius.
“Jadi perhimpunan ini akan menjadi satu pengajaran kepada kerajaan BN yang tidak menghormati perasaan masyarakat Tamil Malaysia,” tambahnya.
Kata Kalaimughilan,  ceramah khas juga akan diadakan dengan mengetengahkan isu Gaza (pembunuhan kejam orang Islam di Palestin).
Beliau berkata,  kerajaan BN tidak memberi begitu tumpuan dan kepentingan malah mereka hanya menggunakan isu Palestin untuk menarik perhatian pengundi Islam.
Kalau betul Perdana Menteri peka terhadap isu Gaza , kenapa pula kerajaan memberi peluang perniagaan kepada orang Yahudi di sini, tanya Kalaimughilan

1 comment:

  1. Kita tunggu dah lihat keputusan selepas 5 Mei. Tamparan hebat juga ni..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa