Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 24, 2013

Penyakit Akibat Dari Mulut Tempayan?

Dah puas nak komen....
UMNO akan tersengih mendapat senjata tanpa diduga!
Pemuda Umno gesa dedah calon PKR yang didakwa jual pil kuda

KUALA TERENGGANU - Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan calon PKR yang didakwa terlibat dalam pengedaran pil kuda ketika beliau berucap pada ceramah Pas di Kampung Tebakang Mukim Alor Limbat, Marang semalam.

Ketua Pemuda Umno Negeri Saiful Bahri Baharudin berkata pemimpin Pas itu perlu mengemukakan bukti yang sahih berhubung dakwaan berkenaan.

"Jika benar terdapat calon PKR yang sebegitu, kita minta Presiden Pas kemukakan bukti yang sahih berdasarkan kenyataan yang dibuat itu, dan jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu dan tertanya berita itu.

"Jika dakwaan itu tidak berasas, ini menunjukkan pakatan pembangkang tidak bersatu dan mereka mempunyai masalah dalaman," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung kenyataan Abdul Hadi yang tersebar luas di akhbar hari ini.

Dalam ceramahnya, Abdul Hadi mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

"Ada calon-calon yang kita khuatir, berdasarkan maklumat, adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya. - Bernama

4 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Lepas PRU, kita tukar Presiden lah

    ReplyDelete
  2. Bhai MountDweller...

    Sori aaa... pada gua... Hadi Awang nih jenis takmo nak jadi Pemerintah.... dier seronok duduk kat level pembangkang jer sampai akhir.... mmmm... susah ader pemimpin macam nih..

    ReplyDelete
  3. bukan mulut tempayan tapi lonkang....

    ReplyDelete
  4. team paduang ke apa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa