Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 29, 2013

Waw....Beraninya Pendeta Melayu Berdarah Keling Ni!

Apa yang aku nampak selama ni, dia ni berani pada mulut jer
Masa dia jadi PM dulu pun kawalan keselamatannya mengalahkan seorang Diktator 
Aku harap kalau ditakdirkan BN kalah kali ini, jangan pula dia hilang sebelum penyerahan kuasa
'Tangkaplah Saya, Heretlah Saya Ke Mahkamah' - Dr Mahathir
KUALA PILAH: "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".
Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.
"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.
"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini, Isnin.
Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu PAS juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.
"Dulu PAS kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.
Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol Abu Samah Mahat. - mstar

3 comments:

  1. si rasis memanggil org lain rasis. konpius konpius. Tapi yg lebeh konpius bila si rasis ni rasis x kena dgn asal usulnya...

    ReplyDelete
  2. Betul ke Bohong Tun cakap tu..Nanti kita jemput Tun ke Program Betul Ke Bohong..!

    ReplyDelete
  3. Betul ke Bohong Tun..!Di pelawa Tun ke rancangan betul ke bohong..!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa