Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)

Tuesday, October 22, 2013

Selepas Nik Aziz, PAS Kelantan Dah 'Buang Tabiat'?

Adakah sudah parah menunggu rebah?
Inilah sebabnya Nik Aziz ragu-ragu nak lepaskan jawatan agaknya!

Pemimpin PAS Pusat ke Kelantan selesaikan kemelut
MI - OCTOBER 22, 2013
Pucuk pimpinan utama PAS berkumpul di Kota Bharu, Kelantan hari ini untuk berbincang dengan pimpinan parti negeri itu ekoran suasana yang tidak berapa baik di negeri itu selepas berlakunya perubahan dalam pimpinan negeri.
Pertemuan antara Dewan Harian PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Lajnah Politik PAS Kelantan yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 bermula jam 2 petang ini.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah Nik Aziz akan menyertai pertemuan ini kerana semalam beliau masih di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana mendapat rawatan.
Dalam mesyuarat itu, ada AJK PAS Pusat yang membangkitkan peristiwa di DUN Kelantan. Namun oleh kerana ketiadaan wakil kerajaan Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, pertemuan ini terpaksa diadakan.Pertemuan ini diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang 10 Oktober lalu berikutan kejadian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan 8 dan 9 Oktober sebelum itu yang menyaksikan bekas Exco, Datuk Husam Musa (gambar) menyerang dasar kerajaan negeri.
Ekoran itu, ada pimpinan PAS tidak senang dengannya kerana Husam seolah-olah mengambil tugas sebagai ketua pembangkang bagi DUN Kelantan.
Namun bagi sesetengah pihak, ia satu langkah yang betul kerana Husam hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) biasa selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Husam yang juga Naib Presiden PAS, tidak tersenarai sebagai Exco Kelantan semasa pembentukan kerajaan negeri pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Sehingga hari ini kes itu masih belum selesai.
Dalam ceramahnya di Madrasah As-Sa'adah, Kampung Razali, Kuantan, Pahang 19 Oktober lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah masih lagi terpaksa menjelaskan isu ini.
"Ada yang bertanya mengapa terlalu cepat, hari ni mengundi esok terus bentuk kerajaan, negeri lain tunggu sampai seminggu atau dua minggu?
"Sebabnya istana yang minta dibuat esoknya. Kira-kira seminggu sebelum pilihan raya, istana sudah beritahu, siapa pun yang menangi di Kelantan, PAS atau BN, 6 Mei jam 5 petang mesti angkat sumpah kerajaan baru.
"Itu arahan daripada istana, titah Tuanku. “Kalau tidak angkat sumpah 6 Mei jam 5 petang”, istana kata: ‘Kita akan tutup pintu istana, tidak ada kerajaan yang boleh dibentuk’. Itu arahan," kata Nik Amar dalam ceramah itu.

Sehubungan itu, katanya, perjumpaan khas diadakan di Kota Bharu hari ini bagi memberi peluang mereka yang berkenaan membuat penjelasan sewajarnya. – 22 Oktober, 2013.

3 comments:

  1. Abe,

    Amat dukacita membaca berita diatas. MSO juga mengulas perkara yang sama.

    Satu perkara yang terlintas di fikiran saya, apakah keupayaan TGNA memegang tampuk pemerintahan selama 23 tahun itu adalah anugerah Allah kepada beliau aka karamah yang Allah kurniakan kepada beliau? Satu lagi kejayaan TGNA yang takk boleh ditand8ngi oleh mana-mana pemimpin PAS termasuk TG Haji Hadi sendiri ialah kejayaannya meroboh phobia orang bukan Islam kepada Islam khasnya dan PAS secara amnya.

    K3m3lut yang melanda PAS Kelantan hari ini sudah lama dijangkakan akan berlaku pasca TGNA.

    MSO meny3but tentang k3gagalan MB untuk bertindak s3bagai p3mimpin utama kerajaan menyelesaikan isu ini dengan mengadakan pert3muan de gan pihak-pihak terlibat untuk m3ncari jalan damai.

    Dalam isu ini ambo bersetuju d3ngan MSO. MB adalah orang yang baik. Tetapi sifat baik peribadinya tidak ada kena mengena dengan tanggungjawab m3nunjukkan kepimpinan untuk m3nyelsesaikan isu yang timbul.

    Memimpin sebuah negeri yang diperintah oleh pembangkang yang sentiasa dihimpit oleh lawan 25jam sehari s3perti Kelantan memerlukan keupayaan kepimpinan yang ti nggi. Tidak cukup dengan baik dan faqih bidang agama sahaja. Memimpin Kelantan bukan seperti mem8mpin persatuan belia di kampong atau pondok kerana ancaman yang dihadapi adalah getir.

    Yang l3bih menyedihkan lagi faham ke tak faham betapa pentingnya mempertahankan kerajaan PAS Kelantan dan signifikannya kepada perjuangan Islam dan PAS sejak ditubuhkan?

    Kejatuhan Kerajaan PAS K3lantan terlalu besar kesannya kepada pe4juaangan PAS sejak dulu dan halatuju PAS dalam percaturan politik n3gara yang sudah berubah. Impaknya terlalu besar jika dibandingkan dengan kejatuhan Kerajaan PAS Kedah dan Kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Presiden PAS sendiri!

    Kalau mereka faham saya rasa tidak timbul pergolakan yang sedang berlaku di dalam PAS sekarang : k3m ulamak dan prof3sional yang sudah m3njangkiti PAS Kelantan.

    Pada saya orang luar isu kem ini l3bih banyak dimainkan/dipanaskan ol3h puak-puak ulamak. Dari sudut saikologi, isu ini ditimbulkan kerana wujud perasaan ins3curity dipihak ters3but. Kes klasik jika kita lihat dari sudut saikologi.....lihat saja tindakan-tindakan p3mimpin utama mereka seperti Ustaz Harun Taib, Dato Haron Din,Din Ayam dll.

    Sebenarnya PAS kuat kerana paduan kedua-dua belah pihak ini yang saling l3ngkap mel3ngkapi untuk m3ndokong kepimpinan ulamak pasca Dato Asri.

    Geng ulamak kena faham realiti ini. Keupayaan manusia sekarang bukan seperti zaman silam dimana seorang ilmuan itu mempunyai kepakaran pelbagai bidang. T3ngok tokoh-tokoh Islam zaman lampau seperti Ibnu Sina dll.

    Cendiakawan hari ini lazimnya mempunyai kepakaran daalam bidangnya sahaja. Maknanya yang berpendid8kan ugama l3bih arif dalam urusan ugamanya. Jarang ada yang m3mpunyai kebol3han seperti TGNA. Begitu juga puak profesional.

    Jadi kedua pihak saling memerlukan antara satu sama lain. PERJUANGAN ISLAM MEMERLUKAN KEDUA-DUANYA.....

    Perjuangan nak isi tembolok sendiri je yang saling nak m3njatuhkan satu sama lain seperti Umno.APAKAH PAS KELANTAN DAN PARTI PAS SUDAH DIJANGKITI P3NYAKIT UMNO?

    bat8

    ReplyDelete
  2. Abe,

  3. bat8

    Abe cukup sakit hati bila mula-mula membaca pendedahan Husam. Perangai mereka dan jadi mirip UMNO.

    Kalau Husam dikenakan tindakan bermakna puak-puak Tok Lebai ni memang benok untuk belajar dari kesilapan PAS negeri lain (Terengganu dan Kedah) dan tidak boleh ditegur dan dikritik. Sedangkan kritikan Husam itu pada abelah, itu adalah kritik membina dan membantu sedarkan PAS Kelantan dari kelenaan.

    Betul kata bat8, alim dalam agama tidak semestinya alim dalam segala hal terutama pentadbiran dan menagani hasutan!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa