Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 6, 2009

Ayat Alqur'an Di Pentas Politik

Saya bukanya nak komen tetapi nak bercerita. Saya terpanggil untuk postkan n3 ini bila ada pihak riuh rendah sehinggakan buat repot polis kerana orang bukan Islam membaca petikan ayat-ayat Alqur'an kononya menghina Alqur'an. Dan tuan empunya badan yang marah sangat tu, setinggi manakah dia menjunjung Alqur'an? Bagaimana melaksanakan perintahNya melalui Alqur'an. Beriman sepenuhnyakah dengan Alqur'an yang tidak boleh disentuh oleh orang lain itu.

Mana lebih menghina di antara manusia yang belum Islam menyanjungi dengan membaca petikan yang diterima baik oleh mereka dengan manusia yang mengaku sudah Islam tetapi Alqur'an dijadikan hiasan dengan tidak memahami dan tidak juga mengikut perintah yang terkandung di dalam Alqur'an itu sepenuhnya sedangkan Alqur'an itu merupakan perintah Allah kepada orang Islam yang mesti dilaksanakan. Bukan saja politik tetapi juga cara hidup keseluruhannya.

Maafkan saya, selama ini saya cuba menahan diri dari mencampuri urusan politik kepartian. Namun apa bila rasakan perasaan saya seolah-olah sentiasa dijolok-jolok maka saya perturunkan hujah mengikut fahaman saya berlandaskan apa yang telah saya pelajari, membaca dan lalui.

Semasa Pilihanraya tahun 80'an, seorang calon dari MCA mendiang Dato' Foo Chow Yong(saya juga kenal rapat dengan mendiang) yang bertanding di kerusi DUN Sungai Keladi telah menggunakan ayat Alqur'an untuk berkempen. Ayat yang selalu dibacanya ialah "Wak tacimubihablillah" (memang tidak betul sebutanya) dan diterjemahkan kepada hadirin. Ketika itu tidak ada siapa pun yang mempertikaikannya sebab mungkin kami orang Kelantan faham tiada larangan di dalam mana-mana Nas yang melarang orang bukan Islam membaca ayat-ayat dari Alqur'an. UMNO memang tidak membantah sebab yang membaca itu dari komponen BN dan orang-orang PAS pun tiada yang membantah. Kami gelarkan YB berkenaan dengan panggilan "Ustaz Yong". Ustaz Yong ini memang mesra rakyat. YBM Tengku Li pasti ingat tokoh ini.

Tapi kenapa bila orang DAP membaca petikan dari ayat Alqur'an di Bukit Gantang orang-orang UMNOlah yang bising dan buat laporan polis? Saya cukup setuju dengan pendapat cyberboron, sekiranya orang bukan islam dilarang membaca qur'an bagaimana mereka nak faham Islam? Kalau dah orang Islam/Melayu sendiri membaca qur'an lintang pukang dan fahaman Islam tonggang terbalik, tak payahlah marahkan orang bukan Islam memetik ayat-ayat alqur'an dan mempelajarinya.

Bagi PAS pula, sudah tentu untuk memberikan fahaman tentang Islam dan Politik Islam maka ayat-ayat Alqur'an yang menjadi sandaran hujah mereka. Dan di Kelantan juga pada masa itu UMNO juga berhujah menggunakan ayat Alqur'an di pentas politik melalui Usatz-Ustaz mereka. Pada masa itu tidak timbul pun isu mempolitikkan ayat Alqur'an baik dari suara UMNO atau pun PAS. Isu mempolitikkan ayat Alqur'an ini timbul hanya di akhir-akhir ini bila mana di pihak UMNO sudah ketandusan/kekurangan manusia yang fasih membaca dan mentafsirkan alqur'an agaknya. Ini bermakna UMNO marahkan orang membaca petikan ayat dari Alqur'an di pentas politik bukannya ikhlas tetapi juga strategy politik kerana mereka tidak mampu lagi berhujah berdasarkan Nas.

Sesiapa yang nak marah, marahlah. Itu adalah hakikat. Manusia yang enggan menerima hakikat adalah manusia yang telah dibutakan mata hatinya.

33 comments:

  1. saya melihat dan membuat tafsiran sendiri berdasarkan apa yg berlaku hari ini - politik kita tidak damai -
    semua sistem media seakan mencari ruang untuk menyatakan kami betul kau salah...

    terbaiknya.
    saya sudah mematikan TV3 ( terutamanya ) - kerana dihujung semua yg berlaku tidak banyak membantu kita.

    mengenai ayat al quran dan politik - sekiranya ianya berlandaskan keperluan dan tepat kesasaran : kenapa tidak.
    sebab Al Quran ditinggal untuk kita jadikan panduan...

    hanya orang buta mata.buta hati sahaja nak nafikan...

    ReplyDelete
  2. salam uncle;

    Ya Allah, kalo gitulah perangai segelintir orang Melayu memang tak heran coz mereka bertindak atas nama Melayu dan bukan Islam. Kalo mereka paham dan hayati Islam tentu tak jadi masalah bg mereka.
    harap isu ini menjadi 'point' tuk tunjukkan kedangkalan pikiran ahli parti tu sendiri. Mgkn uncle leh site visit blog Muhamad Azli Shukri antara cadangan dan tuntutan Islam kepada UMNO

    ReplyDelete
  3. saya tak mahir bab hukumhakam, tapi setakat baca quran, dah ramai orang bukan islam kita tengok dok study quran.. kat tempat saya cari makan ni pun ada, dia siap bacakan kat orang islam bab-bab financial yang ada disebut dalam quran. saya cuma terfikir, engkau baca quran untuk mendapatkan ilmut yang kau mahu, tapi bukan dengan hati kau utk mencari redha Allah, itu sajalah yang kau dapat, dan orang islam yg tidak mendalami ilmu2 dalam quran adalah sangat rugi lagi merugikan.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji.Saya cukup sutuju dengan pandangan tuan haji.Itulah orang politik. Dia melihat siapa yang bercakap.Kalau orang dia,walaupun SALAH,tetap dia mengatakan BETUL. Tetapi kalau bukan dari golongan dia,walaupun BETUL,tetap dia mengatakan SALAH

    ReplyDelete
  5. Sdr.jinggo

    Itu memang adat politk barat. Tujuan menghalalkan cara. Di fikiran mereka, mereka tahu sebenarnya tetapi demi tujuan politik, mereka membutakan fikiran mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. W'salam Shitsurei shimashita.

    Kita perlukan keterbuaan fikiran dan berlapang dada untuk kembangkan agama Islam kepada orang lain. Kita kena ingat Islam adalah untuk manusia sejagat bukannya dikhaskan untuk kaum tertentu sahaja.

    Kita harus bijak menilai di antara menghina dan mengahrgai Alqur'an. kenapa bila puak-puak punk memijak dan menajiskan Alqur'an tidak ada siapa yang bising? Pejabat Agama diam, Polis diam bahkan kerajaan pun diam, kenapa? Sebab tidak ada kepentingan kan?

    ReplyDelete
  7. Oh ya! blog Sdr. Azli Shukri memang selalu uncle lawati. Memang mengandungi isi dan pemikiran yang bernas.

    ReplyDelete
  8. Mak Su.

    Itulah salah satu cara orang bukan Islam mengenal Islam di samping menghayati kehidupan dan perangai Penganut Islam.

    Tapi kalau di dalam jiwa kita sendiri cacamarba, bagaimana kita mengislamkan keseluruhan jiwa kita dan mengembangkan kepada orang lain.

    ReplyDelete
  9. W'salam sdr. ahmad.

    Terima kasih kerana sudi ke sini dan titipkan pula apa yang patut.

    Untuk membersihkan diri dan menjadi manusia ikhlas hendaklah berani berkata benar walau pun pahit di telan. Yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

    Kita harus ingat tempat Allah pandang ialah HATI. Kita boleh tipu orang tetapi bolehkah kita tipu Allah?

    Sebelum ini saya memang mengelak dari komen yang melibatkan sentimen politik kepartian, tetapi oleh kerana isu Alqur'an adalah melibatkan akidah dan perkembangan Islam itu sendiri, maka tunduk kepada rontaran hati saya. Terpaksa mencelah juga.

    Sdr. Ahmad,

    Terima kasih di atas panggilan yang hormat untuk saya sebagai Tuan Haji tetapi sebenarnya saya lebih rasa mesra dengan panggilan Pak Cik, Saudara, Abang atau kalau muda-muda ni mereka bahasakan Uncle.

    Bila digunakan bahasa "Tuan" rasanya macam ada jurang atau gap di antara kita. Maafkan saya.

    ReplyDelete
  10. Salam Ayahanda,

    Mana boleh...., Quran itu untuk orang melayu, melayu itu islam dan islam itu melayu. selain dari melayu jangan cuba untuk permainkan ayat Quran.

    Maaf ayahanda, sekadar gurauan, malas nak layan makhluk akal pendek dalam UBN. Setuju dgn n3 ini.

    ReplyDelete
  11. W'salam anakanda Isa.

    Niat ayahanda postkan n3 ini bertujuan membuka minda kepada yang mahu berfikir dengan relatekan dengan kerja-kerja dakwah yang berkesan. Bukan tujuan politik. Tapi fikir-fikirkanlah dengan minda yang terbuka.

    ReplyDelete
  12. Dear Sir,

    Dalam beberapa bulan ini saya cuba mengenali agama Islam. Menambahkan ilmu (sebab Islamic Law) dan juga memahami apa yang orang-orang politik kita selalu telagah mengenai kandungan dan intipati Al-Quran itu sendiri.

    Walaupun saya hanya membaca translation dalam bahasa Inggeris, banyak kekeliruan saya dan persoalan tentang Islam terjawab. Maklumlah bila buat rujukan sendiri, pemahaman itu lebih baik. Saya sedar bahawa banyak kekeliruan bukan Muslim seperti saya disebabkan Islam itu sendiri dipolitikkan oleh org politik.

    Apa yang mengejutkan saya apabila bukan Islam dikatakan tidak boleh membaca dan memakai guna ayat-ayat Al-Quran. Saya rasa perangai keexclusiveness inilah yang menjadi penghalang kepada orang bukan Muslim lebih memahami agama Islam dan menghilangkan prasangka buruk terhadap agama itu sendiri.

    Bukankah Islam itu sendiri mengajar umatnya hidup bersatu padu dengan masyarakat bukan Islam; asalkan bukan Islam itu tidak memerangi agama Islam? Bukankah itu pendekatan agar kita hidup bersatu, aman dan damai? Al-Quran yang diturunkan ribuan tahun dulu mempunyai modern relevance dalam konteks Malaysia moden.

    Dalam hal ini sebenarnya, siapa yang mempolitikkan agama Islam?

    ReplyDelete
  13. Che Eduardo.

    Pada fahaman saya alqur'an bukan exclusive bagi orang Islam sahaja. Alqur'an adalah diturunkan untuk manusia sejagat. Cuba cari berapa banyak ayat yang menyebut "Ya ayyuhannas".

    Banyak fahaman Islam telah dirusakkan oleh orang politik yang juga mengaku islam. Sepatutnya mereka memperbetulkan fahaman orang ramai tetapi merekalah yang merusakkan fahaman terhadap alqur'an.

    Bila kita sebut alqur'an, ianya menyeluruh merangkumi semua bidang. Kehidupan, ekonomi, politik, Ibadah, Sosial dan sebagainya. Jadi untuk apa saja tujuan untuk menguatkan apa yang kita perkatakan, memang alqur'anlah sumbernya bagi orang yang benar-benar Islam.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya tak de orang Islam yang akan marah kalau orang bukan Islam membaca al-Quran untuk memahami makna, malah untuk suka-suka.

    Yang menjadi kemarahan ialah bila ia dibacakan untuk memancing undi, seolah-olah al-Quran ini satu barang perdagangan murah yang digunakan untuk mencari keuntungan dunia.

    Kita tidak mahu pentas politik Malaysia diwarnai dengan individu-individu (sama ada Islam ataupun bukan Islam) yang sewenang-wenangnya membacakan ayat-ayat al-Quran (tak kira baca secara betul atau tidak betul) untuk memperolehi mileage politik.

    Lebih malang, bila ia dibaca oleh seorang non-Muslim yang mendokong parti yang paling anti sekali dengan segala-gala yang dinamakan Islam.

    Lagi satu, didalam solat, kalau imam salah baca, makmum kena betulkan. Tetapi kita tidak lihat para pendengar ceramah tersebut membetulkan salah baca dan salah cipta nama surah pun. Ini sangat mengaibkan. Kalau ini tidak dibetulkan, kelak akan ada orang yang ingat dalam al-Quran ada surah Aura. Sampai sekarang pun saya tak pasti surah apakah dan ayat manakah yang dia baca.

    Kalau ini tidak dihentikan, nanti akan ada ramai lagi yang akan tokok tambah al-Quran. Baca sesuatu yang bunyi arabic sikit dan dakwa ini dari surah bla-bla-bla. Para penyokong bukan tau apa pun. Main sorak aje.

    Kesimpulan, kita tidak melarang mereka nak baca al-Quran, tapi bacalah dalam erti untuk mencari kebenaran, bukan mencari sokongan politik.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  15. Salam Grand Marquis.

    Saya tidak menolak apa yang perkatakan.

    Cuma bagi saya, baik DAP, baik MCA, baik MIC semuanya tolak Islam dan PKR juga mungkin tidak berapa minat juga. Ini termasuklah UMNO juga yang tolak separuh dan terima separuh.

    Walau pun kata saudara untuk mileage politik tetapi sekurang-kurangnya dia tahu erti dan menerimanya.

    Walau apa pun saya rasa ramai lagi para pengomen akan komen. Kita akan nilai. Bagi saya pandangan saudara juga betul.

    ReplyDelete
  16. kah kah kah pak din oii...saya pun bikin entry ni dan kita sehaluan kah kah

    ReplyDelete
  17. kulupSakah.

    Baru sekejap tadi saya singgah melabun.

    ReplyDelete
  18. Salam,

    SIKAP KETERBUKAAN TUAN MENGULAS ORANG KAFIR MEMBACA AL QURAN SAYA ANGGAP TUAN ADALAH SEORANG YANG FAHAN KEHENDAK DAN TUJUAN ALLAH UNTUK APA QURAN ITU DI TURUNKAN, SEBENARNYA AL QURAN ITU ADALAH UNTUK SEMUA MANUSIA DI MUKA BUMI INI TIDAK KIRA APA FAHAMAN MEREKA, SAYA BERSETUJU APABILA AL QURAN ITU DI BACA MAKA SETIDAK-TIDAKNYA MEREKA MEMAHAMI APA KEHENDAK ALLAH, TIDAK MUSTAHIL DI SATU HARI NANTI ATAUPUN BILA-BILA MAKA MEREKA AKAN TERDORONG UNTUK MENGETAHUI APAKAH HIKMAH AL QURAN ITU

    ReplyDelete
  19. W'salam singamaraja.

    Hanya setakat itulah saja yang Allah hidayahkan kepada saya fahaman berkenaan tujuan Alqur'an di turunkan. Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum uncle..
    terima kasih sudi wishkan bday t ari tu.. t amat2 menghargainya..
    makin berapi2lah org umno buat kenyataan balas pasal hal ini.. kat tv3 pun bukan main liputannya.. kalau benda salah dtgnya drpd mereka senyap tak berlagu gitu!! :(

    ReplyDelete
  21. Salam sdra MountDweller,
    Tak tahan juga saudara bila ada yang melarang non-muslim cuba berpandukan al-Qur^an.
    Ye, benar dan tepat. Al-Qur^an adalah panduan untuk semua orang dalam semua bidang.
    Hanya al-Qur^an membawa petunjuk yang maha suci lagi maha tepat. Non-muslim yang menjadikan al-Qur^an sebagai dalil, insya Allah akan menerima hidayat Allah, cepat atau lambat. Sama-samalah kita doakannya.

    ReplyDelete
  22. Wa laikumussalam T.

    Uncle wish pun agak terlambat. Tapi tak apa jangan langsung tidak.

    Kerana tidak elok beginilah uncle selalu tekankan sikap keterbukaan. Uncle sendiri amalkan uncle tekankan juga kepada anak-anak.

    Kalau kita silap, mengaku jer silap dan mohon maaf. Kita belajarlah dari kesilapan. Itulah pengalaman namanya.

    Kerana inilah juga anak-anak uncle dari kecil lagi berani menegur uncle sekiranya tindakan uncle tidak betul dari pandangan mereka. Dan sekiranya uncle rasakan mereka betul, uncle mengakuinya dan ubah.

    Bukannya susah kan?

    ReplyDelete
  23. W'salam Dr.

    Ialah Dr, pada mulanya rasa malas nak campur bagi mengelakkan rasa tidak senang orang lain. Saya berpegang pada prinsip mengelakkan 3 perkara dari dibincangkan untuk mengekalkan silaturrahim. Pertama elakkan bercakap berkenaan politik, kedua elakkan dari berbincang tentang kaum dan ketiga elakkan perbincangan hal agama dengan yang bukan ahlinya.

    Tetapi saya rasa terpanggil untuk campur bila perkara ini dah jadi besar. Islam dan Alqur'an bukanya exclusive untuk kita saja.

    Alqur'an juga adalah panduan di dalam semua hal mengenai kehidupan dan ketuhanan. Politik adalah salah satu yang terkandung di dalamnya.

    ReplyDelete
  24. Salam uncle..

    first time dtg ke blog ni.. pasal posting ni, setuju sgt dgn ulasan uncle. malah diselitkan lagi dgn pglmn sendiri.

    Tak patut ada kecoh2 pasal isu ni. Malalh kalau btl nak bising2 psl hina Islam, nape tak saman je ilmuwan barat yg kaji dan fahami Al-quran? hehe

    Hbs tu bila org Islam terutama pakar2 agama Islam sendiri memetik ayat dalam Bible, tak de pulak orang kristian nak saman ke apa.. aish..

    Sekali lagi agama dipergunakan...

    ReplyDelete
  25. Salam Pakcik Din,
    Hujah dan nukilan hati pakcik ni memang merumuskan bahawa AlQuran ni mmg utk manusia sejagat..Sepatutnya isi kandungan AlQuran dibahaskan secara terbuka di malaysia supaya kita(org islam) dan bukan islam memahami dgn mendalami akan setiap tuntutan isi AlQuran yang terpelihara oleh Yang Maha Zat itu..Keindahan isi AlQuran itu sendiri dpt menarik hati yang kotor menemui satu Nur yang diperlukan oleh roh.Bukan hanya bacaan sedap tapi gagal memahami kehendak maksud ayat yang dibaca.Sesungguhnya AlQuran diturunkan untuk pedoman dan panduan hidup untuk semua makhluk termasuk jin (makhluk ghaib)..AlQuran bukan hakmilik mutlak sesorang atau kaum tapi amalan yang diamalkan yang menjadi modal keakhirat..wallahuallam

    ReplyDelete
  26. Salam tuan,

    persoalannya yang mempertikai perkara tersebut adakah dia menjunjung Al-Quran sepenuhnya..semuanya nak dipolitikan untuk kepentingan diri sendiri..

    wassalam

    ReplyDelete
  27. W'salam Basuh Baju.

    Terima kasih kerana bertandang dan sudi pula titipkan pandangan di dalam isu ini.

    Sebenarnya masih ramai yang tidak mengenal Alqur'an itu sendiri tetapi cuba untuk mengada-ngada.

    Uncle setuju dengan pandangan Che Eduardo di atas. Kalau alqur'an dijadikan exclusive bagi kita/Islam sahaja bagaimana yang bukan Muslim mengenalinya. Sudahlah perangai dan tindak tanduk kita/Melayu tidak boleh dijadikan contoh yang terbaik.

    Bagi uncle tidak kiralah orang agama lain mengkaji, membaca dan mempelajarinya untuk apa tujuan sekali pun. Walau pun untuk mencari kelemahan kita melalui Alqur'an. Setidak-tidaknya mereka tahu sedikit sebanyak isi kandungan Alqur'an itu sendiri.

    Mudah-mudahan mereka menemui hidayah.

    ReplyDelete
  28. W'salam anakanda UXOP.

    Yang penting mereka tahu apa itu Alqur'an. Itulah sebabnya bila orang yang digelar Muallaf itu lebih baik dari kita. Sebenarnya kitalah yang muallaf. Dilahirkan dengan Islam ketapi berapa ramai daripada menghayati dan mengamalkan apa yang diperintahkan melalui Alqur'an.

    Betul kata UXOP, Alqur'an untuk manusia sejagat dan juga Jin.

    "Tidak Aku jadikan manusia dan Jin melainkan untuk beribadat kepadaKU"

    ReplyDelete
  29. W'salam manns'gor.

    Itulah apa yang saya pertikaikan di perenggan atas n3 saya ini.

    Kalau kita tidak kenal dan tidak mahu kenal Alqur'an janganlah marahkan orang lain cuba mengenalinya.

    Kesimpulannya. Kalau kita tidak sedar kita jahil janganlah pula cuba menjahilkan orang lain.

    ReplyDelete
  30. Sepatutnya kita bangga kerana pemimpin DAP tersebut telah mula berjinak dengan Al Quran.Mudah2an Allah akan membuka pintu hatinya mempelajari, mendekati dan memeluk Islam. Bayangkan lah kalau kalau separuh dari orang Cina atau India dapat mengenali dan menghayati Al Quran Insya Allah mereka akan menjadi saudara kita. Penyanyi Cat Steven @ Yusuf Islam mula mengenali Islam apabila dihadiahkan oleh abangnya senaskah tafsir AlQuran.

    ReplyDelete
  31. Salam sdr.fital.

    Perkara yang pelik berlaku bila orang bukan Islam membaca dan menterjemahkan Alqur'an tetapi manusia yang marah itu sendiri mengenepikan Alqur'an dengan mengabaikan perintahnya.

    Dan satu lagi orang yang marah itu tahukah erti yang terkandung didalamnya?. Berapa kali sebulan dia sentuh alqur'an?

    Kalau tidak tak payahlah tuduh orang lain hina alqur'an kerana sememangnya dia sendiri lebih dahulu menghinanya.

    Satu perkara lagi tidakkah menghina Alqur'an namanya bila tahu apa yang diperintahkan di dalam alqur'an tetapi kita tidak ikut malah mempersendakannya dengan magatakan hudud ketinggalan zaman dan zalim.

    Para Mufti pun punya fikiran terbalik. Cuba saudara baca laporan persidangan Mufti. Ada perenggan yang menyatakan orang Islam tidak boleh baca ayat qur'an bagi tujuan politik tetapi di perenggan yang lain pula menyatakan alqur'an diturunkan kepada semua umat manusia.

    Mufti pun berfahaman kristian dengan letakkan agama berasingan dengan politik. Atau pun Mufti takut hilang ribuan RM setiap bulan sekiranya menyatakan yang benar?

    Lantak kamulah labuuu....

    ReplyDelete
  32. Tuan,

    Minta izin untuk mengeluarkan entri ini sebagai sisipan di blog saya sekali dengan link tuan.

    Saya dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian,
    Che

    ReplyDelete
  33. Che Eduardo.

    Silakan, dengan besar hati saya menghargainya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa