Gambar-gambar yang Along hantar dari Pekan Manado, Sulawesi
Indonesia
Sambutan Tiba Di Pengkalan Manado
Indonesia
Sambutan Tiba Di Pengkalan Manado
Satey Ria di Manado
Makam Pahlawan Nasional Maria Walanda
Along on board
Rumah Tradisional
Pekan Manado
Gunung Berapi Mati
Makam Pahlawan Nasional Maria Walanda
Gunung Dua Bersaudara di Bitung
Pangkalan Laut TNI
Majlis hantar pulang
Assalamualaikum uncle..
ReplyDeletemesti uncle dan auntie bangga mempunyai anak seperti alongkan? dan angah semestinya...
alhamdulillah...
Salam Uncle,
ReplyDeleteLawatan atau latihan bersama, uncle?
Che
salam bapak, tudung boleh on off ke?
ReplyDeletedulu memang saya tak ' gemar ' dengan askar ni
ReplyDeletetapi setelah 3 tahun di PLKN.....
ada BANYAK baiknya hidup dengan mengambil kira sedikit pendekatan askar ni...
disiplin.
tahniah kepada anak tuan.
Assalamualaikum Pakcik,
ReplyDeleteNi yg seronok jika merantau negeri/negara org.Jauh berjalan luas pengalaman..
Mmg kelik ari cuti 1mei-3mei..
org tua sy pn dh tak sihat benar..
Hajat2 mmg nk keja kt kelate tp blom ada rezeki..
wa alaikumussalam T.
ReplyDeleteMemang bangga yang bercampur baur T. Di atas kapal tu hanya along sorang aje perempuan daripada ratusan crews.
Bangga kerana anggota tenteralah yang akan mempertahankan tanah air bila terancam, bangga dengan semangatnya. Cuma satu yang merisaukan, adakah dia patuh dengan tuntukan agama bila berjauhan dengan keluarga?
Sejahtera ke atas Che
ReplyDeleteKatanya lawatan muhibbah.
W'salam anakanda mai.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan memberikan peringatan. Uncle sebagai orang tua memang sudah menasihatinya. Tetapi bila anak-anak dah dewasa mereka sendiri akan menilai buruk dan baiknya. Orang tua berjauhan.
Uncle rasa along akan buka dan baca blog ini. Dia akan baca komen anakanda dan mungkin dia akan berfikir.
Saudara jinggo.
ReplyDeleteTerima kasih dan saya pasti along akan membacanya nanti.
W'salam UXOP.
ReplyDeleteElok benarlah sekiranya UXOP boleh menjaga orang tua kat rumah kerana keuzuran.
Pak Cik doakan semoga UXOP pulang dan bekerja di sini. Rezeki boleh dicari, tetapi Ibu Bapa tiada gantinya. Hargailah semasa mereka masih bersama kita.
salam bapak, insyaAllah, saya doakan along mendapat hidayah dari Allah utk melaksanakan tuntutan muslimah Islam yg satu itu.
ReplyDeleteW'salam anakanda mai.
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga anakanda diberkati Allah.
Salam Abe Din,
ReplyDeleteBab ibadat nie,bila dah meningkat dewasa nie...rasanya dah boleh jawab sendiri...kita sebagai mak ayah nie cuma boleh bagi nasihat dan cakap untuk bagi peringatan aja..
Memang bila dlm tugas,khususnya dlm 'board',soal ibadat nie sedikit sukar nak tunaikan...tetapi tak boleh jadi alasan utk tidak buat..
W'salam Induk Yati.
ReplyDeleteMemang saya faham kesukaran itu. Tetapi saya nasihatkan walau payah macam mana cara pun kena buat sebab itu wajib.
Tapi bila dia bersendirian dan jauh dari kita, maka dia sendirilah yang memikir dan menilainya.
Terima kasih Induk Yati kerana melapangkan sikit kebimbangan saya tentang itu.