Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 29, 2009

Desktop Screen

Tag dari sakura

Screen ini akan mendekatkan
saya dan anak (Along) yang berjauhan.
SiAdik hanya di Penang
10 atau 11 May akan pulang setelah tamat final exam.

10 comments:

  1. Tuan
    terima kasih kerana sudi menunaikan permintaan sakura, pastinya yang jauh selalu dekat dihati... dan semoga selamat pulang..

    salam dari sakura

    ReplyDelete
  2. Sakura

    Terima kasih di atas doa sakura.

    ReplyDelete
  3. Salam Abe Din..
    bergaya sungguh dgn uniform Navy...Along nmpknyer semakin yakin dan mengerti akan komitmen dan tugas yang perlu dipikul dibahu...'alah bisa tegal biasa'

    ReplyDelete
  4. Ayahanda,
    Doa ayahanda sentiasa mengiringi Along walau di mana beliau berada. Adik dah nk balik kan..nanti bolehlah ajak dier makan anginnn..hehe

    ReplyDelete
  5. W'salam IndukYati.

    Along memang berkeyakinan tinggi dan percayakan diri sendiri. Ini sikap dia sedari sekolah rendah lagi.

    Bayangkan semasa dia di dalam darjah satu dia mendaki separuh perjalanan ke puncak gunung Tebu bersendirian. Semasa di dalam tingkatan 2 dia menuruni separuh Gunung Ayam bersendirian pada waktu malam.

    Saya cukup bimbangkan keselamatannya tetapi dia buat dek ajer. Satu masalah dia, kalau dia rasa yakin, dia tidak akan ikut sangat nasihat orang lain.

    ReplyDelete
  6. Anakanda Galuh Cendra Kirana.

    Sebagai bapa, begitulah sentiasa. Berdoa dan berharap. Ya, tak lama lagi akan balik. Adalah juga teman mamanya bersembang bab tv. Uncle bukan suka tengok tv sangat kecuali bola sepak.

    ReplyDelete
  7. aaaaa...ni mesti Adik nk berborak ngan mama pasal Akademi Fantasia ek? kihkihkih

    ReplyDelete
  8. Anakanda Galuh Cendra Kirana.

    Mereka ni kalau ada di rumah bukan setakat akademi fantasia, drama Indon pun jadi. Entah apa-apa lagi. Tapi kalau uncle tengok EPL tu adik akan tunggu juga.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Uncle.Salam ziarah dari saya.

    Sedang saya blog hopping,saya tersinggah pula di blog Uncle.memang rezeki agaknya.tulisan Uncle sangat menarik.

    untuk pengetahuan Uncle saya juga pelajar di kampus yang sama dengan Adik,dan saya pernah bekerja bersama Adik di dalam satu kumpulan untuk kerja bengkel dan hasil kerja tangannya adalah cantik.saya sendiri belajar daripada Adik tentang kimpalan.

    tahniah Uncle kerana berjaya mendidik anak-anak Uncle dengan baik sekali.saya kagum melihat kejayaan Along dan Adik.

    semoga Uncle sihat selalu di samping isteri tersayang.(tanyakan pada Adik jika beliau masih ingat rakannya ini.hehe.)

    salam dari saya-Dinie Asyraf

    ReplyDelete
  10. Wa alaikumusslam anakanda Dinie.

    Terima kasih di atas kunjungan Dinie. Uncle mendidik mereka sekadar mampu dan selebihnya berserah kepada Allah dan diri mereka sendiri.

    Apa-apa kejayaan mereka adalah takdir ke atas mereka. Kami Ibu Bapa hanya tumpang bergembira. Begitu juga Dinie, uncle doakan Dinie akan berjaya di dunia akhirat. Insya Allah.

    Adik balik nanti uncle akan beritahu dia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa