**Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
***********FAMILY*************
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = ATHER ND OTHER OVE OU
Di bawah ini adalah cerita saya Mountdweller
Ini mengingatkan saya pada satu peristiwa. Masa itu anak kedua saya Fakhron Elliyana baru berumur 3 tahun. Saya berhentikan kereta di pintu pagar dengan agak mengejut. Botol perfume dari atas dashboard tertanggal dan jatuh di atas kaki saya. Kerana sakit saya ambil botol itu dan saya baling ke tepi pagar. Masa itu hari hujan.
Esoknya bila saya pulang dari pejabat, saya dapati botol itu sudah dibasuh terjemur di atas simen pagar. Saya tanya siapa yang ambil dan basuh botol itu. Anak saya itu menjawab "Adik pungut dan basuh, sayanglah papa, botol itu cantik nanti bila kering papa boleh beli lagi air dia dan isikan. Nanti adik lekatkan betul-betul jangan jatuh lagi" Hampir menangis saya dengan kata-kata anak saya itu. Dia yang kecil mengajar saya bapanya dengan ilham dari Allah pastinya.
Salam Pakcik,
ReplyDeleteAllah Maha Pengasih dan Penyayang sbb itu Dia yg menjaga anak2 kecil yg belum terdedah dgn dosa pahala..
Rasulullah S.A.W juga seorang yg penyayang terhadap anak2 kecil.Dia tidak pernah marah terhadap anak2 kecil malah mengusap lembut kepala anak2 itu..
Harta yang paling berharga adalah anak2 yg soleh dan keluarga yang bahagia
Subhanallah..Maha Suci Tuhan yang memelihara hambaNya yang beriman..
W'salam UXOP.
ReplyDeleteSebenarnya banyak perkara yang melibatkan anak-anak membuat Pak Cik berfikir dan insaf
Salam Ayahanda,
ReplyDelete"Anak-anak adalah cermin diri kita sendiri."
Nasihat/N3 ini, sekurang-kurangnya menyedarkan ibubapa yang alpa kerana pelbagai masalah dan tugasan sehingga mengabaikan anak-anak tanpa di sedari.
Satu peringatan dan pesanan yang bagus, perlu ada artikel sebegini sekali-sekala sekurangnya menyedarkan kita semua tentang kehidupan ber"FAMILY".
(Kali ini saya dah tak mamai lagi.. kok bisa mamai yea...)
perihal2 yang ajaib tanpa disedari.
ReplyDeleteW'salam anakanda Isa.
ReplyDeleteSebenarnya lagi lama kita hidup lagi banyak buat silap. Dengan anak, isteri, boss, kawan-kawan. Semuanya perlukan kita muhasabah diri. kita adalah makhluk yang lalai.
Cuma yang pasti ialah tindakan memohon maaf dan bertaubat adalah jalan yang membuatkan kita rasa damai dan aman.
Anak-anak adalah diri kita sebenarnya. Menyakiti anak adalah menyakiti diri tanpa kita sedar.
TokBatinSenoi.
ReplyDeleteSemuanya adalah atas kehendak Allah.
uncle..
ReplyDeletetak tahu nak cakap mcm mane..tapi saya takut nanti terkasar bahasa dengan darah daging sendiri.
( kene belajar kontrol panas baran saya nie..camner yer)
salam uncle,
ReplyDeleteSayapun pernah terfikir akan perkara sebegini..
Sesungguhnya kita selalu lupa kepada yang dekat dan selalu bersama di sisi kita.. tetapi kita selalu fikirkan perkara yang besar-besar dan jauh dari kita..
Dan yang pastinya.. mereka yang dekat dengan kita itulah yang selalunya akan bersama dengan kita - tak kenal erti susah dan jemu..
Sdr. Mogen
ReplyDeleteUncle pun jenis panas baran juga. Tetapi sifat itu akan berkurangan dan akan hilang 90% bila umur meningkat dan banyak berfikir serta berusaha mengatasi kelemahan kita dengan cara mengenal pasti akan kelemahan dan kelebihan yang ada pada kita.
Cari sebab kenapa kita lemah dan kenapa kita lebih dengan meneliti dan mencari puncanya. Bila berjumpa puncanya kita akan boleh atasi kelemahan kita dengan beransur-ansur dan di samping itu insya Allah kita akan berjaya juga meningkatkan lagi kelebihan yang ada pada kita.
W'salam Rashid.
ReplyDeleteSifat semula jadi kita menganggap remeh yang dekat di sekeliling kita. Tetapi kita akan nampak yang jauh dari kita. Samalah dengan sesuatu yang berharga kepunyaan kita, kita hanya pandah remeh dan tidak menilainya sebagaimana sepatutnya. Tapi kita akan merasai dan menghargainya sesudah tidak ada lagi bersama kita. Kita akan teramat merasai kehilangannya.
Salam Abe Din,
ReplyDeleteMemang tak terkata akan kebenarannya itu,kita sering ambik mudah atas apa yg berlaku sekeliling..
Kehilangan sering dirasai bila kita merindui seseorang,
Assalamu'alaikum..
ReplyDeleteSalam Kenal Pak cik...
Nama anak pak cik, same sikit dengan name saye. cerita yang banyak memberikan hikmah, subhanallah, ada ketikanya anak kecil lebih banyak mengajari banyak hal.
Pak cik orang Kelantankah...??? saye miris membaca berita2 yang ade kat media online sekarang. Semoga ianya cepat di klarifikasi oleh yang bersangkutan.
Tuan
ReplyDeletecoretan yang mengusik perasaan...
kadang kala bila orang yang tersayang telah meninggalkan kita buat selamanya....
barulah kita sedar betapa penyelasan yang telah kita lakukan....
sewaktu dia masih disisi kenapa kita tidak bersungguh menyanyinya dan mengambil berat tentang dirinya...
Dari itu sayangilah keluarga dan teman2 disekeliling kita seolah kita betemu hari ini adalah hari yang terakhir kerana esok belum pasti masih ada untuk kita....
Salam dari sakura
W'salam IndukYati.
ReplyDeleteMemang begitulah kita manusia yang tidak berterima kasih dengan apa yang dianugerahkan. kita lupa apa yang di keliling kita amat berharga.
Setelah hilang, barulah kita terasa ketiadaannya.
W'salam anakanda Anazkia.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah. Itulah seorang bapa atau ibu akan memilih nama yang tercantik untuk anaknya. Dengan harapan anaknya akan membesar dan secantik nama, semurni maknanya, seikhlas maksudnya. Tapi adakalanya apa yang diharapkan oleh ibu bapa tidak kesampaian kerana Allah juga yang menentukan.
Ya anakanda, banyak maklumat dari media alternatif lebih tepat dan telus dari media-media di luar sana.
sakurasa.
ReplyDeleteBetul sakura. Layanlah, sayangilah dan hargailah mereka sepertimana yang kita atau pun mereka akan pergi pada hari esok.
Ambillah langkah yang patut semoga kita tidak menyesal nanti.
Salam Uncle,
ReplyDeleteTouched..
Che
tersentuh hatiku...
ReplyDeletenice blog!
http://reformisjalanan.blogspot.com/
http://diarireformis.wordpress.com/
Salam Reformis Jalanan.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah. Insya Allah saya akan melawat ke sana.
Che,
ReplyDeleteSeiapa pun yang punya hati dan perasaan akan tersentuh. Kecuali yang buta hati dan perasaan. Terima kasih Che
saya tak pernah merasa kasih sayang seorang bapa kerana bapa saya meninggal semasa saya baru berumur setahun lebih. Membaca entri tuan membutkan saya bertambah insaf betapa jauhnya hati anak-anak jika tidak mendapat perhatin dan penghargaan dari ibu bapanya sendiri.
ReplyDeleteSaudara fital.
ReplyDeleteKita adalah sama. Saya kehilangan ibu dalam umur sebaya dengan saudara. Tetapi saya rasa agak bertuah kerana selepas itu disayangi oleh ibu angkat begitu juga ibu tiri. Ibu tiri saya di hari tuanya, nak makan ubat pun tunggu saya datang. Jadi sekarang saya kehilangan kedua-duanya, ibu angkat dan ibu tiri. Memang terkenang selau. Itu tentang kita.
Tentang anak pula, anak-anak saya banyak membuatkan saya berfikir dan menyedari kesalahan diri. Sama ada dari keletah perckapan atau pun dari perbuatan mereka. Sebenarnya mereka perlukan layanan dan kemesraan. kekurangan nilai-nilai inilah yang menjebakkan anak-anak ke dalam kemelut sosial.
tersentak juga kita dibuatnya...
ReplyDeletesaya selalu ingtkan diri saya utk sentiasa gunakan perkataan yg berlemah lembut di rumah.. saya amalkan dari anak yg pertama lagi. tapi bila anak2 dah keluar, lain pula yg didapatnya. dan ajaran dan latihan saya beri selalu tak diingati :(
ReplyDeletecabaran menjadi ibu yang berharapan besar :(
Anakanda Hanis.
ReplyDeleteKesilapan lumrah dilakukan oleh Ibu Bapa. Ini adalah salah satu punca anak-anak akan mencari tempat lain untuk mengadu. Silap tempat akan membawa padah.
Mak Su.
ReplyDeleteKami pun sama. Semua perkataan negatif kami tidak sebut di rumah seperti : "Takut", "Kurang ajar", "Padan muka", "Hantu" dan perkataan yang berbentuk sumpah seranah.
Tapi bila sudah ke Tadika, anak-anak kita terdedah kepada pergaulan dan sosial. Maka semua yang tidak diajar di rumah sudah didownload ke minda mereka. Kadang-kadang Cikgu pun 2x5 juga.
Pernah satu masa semasa mereka darjah tiga saya melarang mereka ke Kelas Fardhu Ain sebabnya seorang yang bergelar Ustazah memarahi budak dengan perkataan "Kepala Bapak Kamu". Sejak itu saya mengajar sendiri apa perkara yang perlu untuk masa depan di rumah saja.
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteMalaikat juga hampir dan sentiasa sayang pada kanak-kanak.
Bertuah kita yang dikurniakan Illahi anak-anak, Syukur. Cerita adik ini menyentuh hati saya...
wa alaikumussalam Puan melayuangkat.
ReplyDeleteSememangnya adik dari kecil petah bercakap dan kedua-dua anak saya memang tidak telor/pelat sejak mereka mula berkata-kata.
Sesungguhnya gelagat dan kata-kata adik saya tidak lupa sehingga sekarang. Begitu juga slogan yang tertampal di biliknya semasa dia di sekolah Rendah yang berbunyi "SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PAPA DAN MAMA"
Salam Sahabat !
ReplyDeleteTahniah .... dari wak !
salam ayahanda, huhu.. sememangnya kita sering terlalai, kann.. lebih mengutamakan orang lain dari keluarga sendiri.. dan saya cuma dapat berharap agar saya dapat berkumpul bersama2 'keluarga' saya..
ReplyDeleteW'salam Wak.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah. Saya selalu juga bertandang ke wartamaya.
W'salam anakanda nurdaniella.
ReplyDeleteSemua orang berperasaan dan mengharapkan begitu. Tapi sayangnya kita sering lalai dan kurang menghargai.
Uncle, saye nak jadi ibu yang penyayang dan memanjakan anak dengan bertempat. Amin.
ReplyDeletesalam saudara..sgt menyentuh hati..
ReplyDeleterasa air jernih mengalir di kelopak mata bila membaca kelemahan diri ini..lebih2 lagi pada anak2 yg tiada ayah di sisi..sering terlupa..membaca kisah di atas seperti terkejut dari lena nan panjang..
mudah2an peribadi mulia ibubapa akan jadi contoh pada anak2
Anakanda Galuh.
ReplyDeleteUncle doakan agar Galuh berjaya dalam mendidik dan membentuk insan yang baik di sisi Allah dan masyarakat.
lusia.
ReplyDeleteThanks for your visit and sharing.
W'salam Idalara.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah.
Kesian dengan anak-anak yang baru ingin mengenal dunia tetapi ditinggalkan. Harap saudari bersabar dengan telatah dan kerenah anak-anak. Sebenarnya kenakalan dan kedegilan anak-anak ada kerana mereka memerlukan perhatian. Dan itulah salah satu dari cara mereka.
salam uncle..terkesan sy dgn cerita uncle...semoga kita dapat melihat sesuatu perkara dgn mata hati...
ReplyDeleteW'salam Jue.
ReplyDeleteSama-samalah kita berdoa semoga Allah sentiasa membukakan mata hati dan lapangkan dada dengan semua insan terutama yang amat rapat di sekeliling kita.
Tersentuh abca kisah uncle...Betul tuh uncle...masa suami sakit di hospital...erisya tak terasa sedih kalau2 ditinggalkan...kerna semua orang pasti kembali..tapi apa yang erisya pikirkan adalah...seandainya itu adalah detik terakhir kami...erisya nak luangkan masa yang ada bersamanya...
ReplyDeleteAssalamualaikum uncle..
ReplyDeleteYa Allah.. tersentuh hati t membaca coretan uncle pasal anak dara uncle tu. .. sekecil itu dah pandai berfikirnya dia!!
itu pun hasil didikan uncle dan auntie.. pastinya..
alhamdulillah..
selamat berhujung minggu...
have a great weekend ya uncle..
sampaikan salam hormat t buat auntie ya! :-)
salam erisya.
ReplyDeleteKita pasti redho' atas apa yang ditaqdirkan. Cuma apa yang kita mampu buat, kita lakukan terbaik sepanjang kehadiranya.
Apa yang uncle cuba sampaikan melalui n3 ini ada 2 perkara.
Pertama hargailah dan fahamilah kehadiran orang-orang penting bagi kita terutamanya anak, suami/isteri dan ibu bapa.
Kedua ialah berbakti dan penuhilah kehendak mereka kekadar kemampuan sementara mereka masih bersama kita. Berikanlah kasih sayang sedaya mungkin di kala mereka memerlukan.
Wa alaikumussalam T.
ReplyDeleteSbenarnya peristiwa itu adalah memulangkan paku buah keras. Uncle mengajar mereka menghargai sesuatu milik kita walau pun nilainya tidak seberapa. Tetapi akibat baran kerana sakit, uncle baling botol itu walau pun cantik pada mereka. Tentunya mereka menghargai botol itu.
Itu sebabnya apa yang adik lakukan adalah ilham yang dicampakkan oleh Allah kepadanya untuk mengajar uncle, bapanya.
Weekend uncle tidak boleh ke mana-mana. Rumah under renovation dan petang ini uncle angkut pasir-pasir untuk menambak dengan wheelbarrow untuk memberikan laluan pasir halus diletakkan di situ dengan lori esok.
Letih juga woo.. jawab komen T ni sementara tunggu peluh kering.
salam uncle..
ReplyDeleteapa kabar..
moga uncle sehat selalu dan dilindungi. abg azza dlm trip k g.raung, indon skrg...
W'salam azza.
ReplyDeleteTerima kasih di atas doa buat uncle dan begitu juga uncle doakan untuk azza.
Haah.. seronoknya dia ke sana. Dengan geng mana? azza tak ikut ke? kalau tak naik pun jalan-jalan.
Along sekarang kat Minando. Visit trip.