Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 10, 2009

Dihukum Mati

Satu kejadian yang anih. Kejadian membuatkan kita tertanya. Kejadian yang membuatkan kita ragu, kesihan. Kejadian membuatkan kita bertanya "Apa sebenarnya berlaku, siapa yang lakukan, siapa saksi sebenar dan apa motifnya?"

Berdasarkan link ini, apakah pandangan kita. Walau apa pun kita tidak mempertikaikan Mahkamah kerana Mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti yang ada dan tidak ada keraguan dari pandangan Mahkamah.

32 comments:

  1. Entah la..

    Malaysia skang mcm dah takde undang2..
    Yg bersalah tidak dipersalahkan..
    Keadilan seakan-akan dah kabur..

    Apa nk jadi dgn M'sia akan dtg.
    Teringat bacaan sebentar tadi..
    Mungkin kita akan jadi seperti Saddam Hussein.
    Bekas PM yg dhukum bunuh..
    Jadi,, Wahai Najib..
    Anda belum lagi selesa w'pun title PM telah anda pegang..

    Bukti akhir zaman..
    Pemimpin adalah di kalangan org2 yg jahil..

    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. Putera asQalan.

    Terima kasih kerana ziarah ke sini.

    Kita sama-samalah berdoakan agar kita tidak ditimpa bala oleh Allah akibat dari perbuatan dosa orang lain.

    Mohon Allah tunjukkan hidayah atau hukumlah pesalah sebenar sekiranya yang kena hukuman sememangnya tidak bersalah.

    ReplyDelete
  3. apa pendapat uncle mengenai perkara ini?

    ReplyDelete
  4. Mahkamah dunia yang tidak berasaskan Quran dan Sunnah masih banyak kepincangannya..Terlepas di mahkamah dunia, tidak bermakna terlepas juga di mahkamah akhirat nanti..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah kau maha kaya dan maha mengetahui selamatkanlah orang yang dizalmi dan musnahkanlah orang yang menzalimi.

    ReplyDelete
  6. hanis.

    Pada uncle, perkara ini agak pelik kerana ramai saksi yang sepatutnya dipanggil tetapi mereka tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

    Perkara ini melibatkan nyawa. Kenapa pihak Pendakwa dan Pembela nampak tidak serius. Nyawa pertama ialah Altantuya sendiri, kedua ialah 2 orang yang kena tuduh.

    Bagi uncle, walau pun bukan di dalam bidang undang-undang perkara begini jarang berlaku kecuali kes anwar. Jadi perbicaraan (bukan keputusan Mahkamah) ini tetap diselubungi misteri.

    Dari pertuduhan sehinggalah rekod immigration kemasukan simati ke negara ini begitu juga motif tetap meniggalkan persoalan.

    ReplyDelete
  7. Puan Tirana.

    Ya puan, mahkamah dunia boleh diolah sebagaimana sahaja. Bergantung kepada siapa yang dituduh tetapi Mahkamah Allah tidak ada kompromi atau pilih bulu.

    Cuma sama-samalah kita beredoa semoga Allah tidak akan menurunkan bala kepada negara ini di atas keengkaran segelintir manusia menurut perintahnya.

    ReplyDelete
  8. Sdr. fital

    Amiin, ya Rabal Aalamin!

    ReplyDelete
  9. Salam Ayahanda,

    Itulah namanya "Perogol Undang-Undang".

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda Isa.

    Ayahanda jahil di dalam segi perundangan. Anakanda lebih arif.

    ReplyDelete
  11. salam ziarah..
    saya pun hairan dengan kes ni..cuma saya terfikir sendiri..jika benarlah ada orang atasan terlibat seperti yang selalu disogokkan..siapa lagi klau bukan PM kita sekarang..(betul atau tidak hanya Allah yang tahu)..takkanlah dua pesalah ni sedikitpun tidak mahu bersuara?sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri..?kalaupun dibayar..nakbuat apa duit tu?bawak sekali masuk kubur?..itulah yang bermain difikiran saya..tq..

    ReplyDelete
  12. Salam kembali Ayahanda,

    Samalah kita, sedangkan kita dan rakyat biasa yang jahil ini boleh melihat dan mempertikaikan perjalanan perbicaraan serta sistem perundangan yang nampak jelas penyelewengannya.

    Apatah lagi pada mereka yang arif mengenainya. Perkara sebeginilah yang perlu dibenteras, walaupun nama beberapa individu disebut, tetapi mengapa tidak dipanggil untuk soal siasat atau inquiry di mahkamah.

    Banyak bukti yang terpampang, tetapi bagai disorokkan pula... nauzubillah dengan sikap sebegini.

    (kadang2 terfikir juga takda ka? hero macam dalam filem Tamil, yang menuntut keadilan undang2 dengan cara lone ranger, habis semua pengkhianat negara ditebasnya, termasuk dengan hakimnya sekali. ha..ha..ha.. maaf tension dengan cara perjalanan perundangan mahkamah Malaysia)

    ReplyDelete
  13. W'salam sdr. azmi yusof

    Terima kasih kerana sudi bertandang. Memang banyak perkara yang meragukan tetapi gagal diperjelaskan di Mahkamah.

    Nak menuduh tu saya tidak mahu cuma yang pasti perkara ini tentu melibatkan "Big Fish". Rekod terpadam, saksi tidak dipanggil, gambar yang ada tidak dikemukakan, kedua-dua tertuduh pula tidak pernah menampakkan wajah.

    Terlalu banyak perkara yang mengelirukan. Dan apabila baca pengakuan si terduduh dilink di bawah,lagilah pelik.

    ReplyDelete
  14. W'salam anakanda Isa.

    Nak tunggu hero macam dalam film, sehingga kucing bertnaduk pun belum tentu ada.

    Yang ayahanda peliknya ialah Peguam-Peguam kedua-dua tertuduh seolah-olah kaku. semacam berserah saja pada pendakwa dan hakim.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Saudara,

    Saya tak boleh komen isu ini sebab memang Tidak tahu langsung apa yang sebenarnya berlaku dan tak berani nak komen kalau hanya ikut dengar kata orang. Sekarang ini bermacam fitnah bermaharajalela. I wish I know and can comment on this very interesting subject matter.

    Tentang renovate rumah ini saya boleh comment sebab al-maklum bila ada rumah memang kena maintain. Malasnya nak tunggu contractor buat repair apatah lagi renovate rumah.

    Berabuk satu hal, janji jarang mereka tepati. (Maaf ini melalui pengalaman dan bukan tuduhan melulu). Contohnya kata boleh siap dalam dua minggu. Tapi bila tiba dua mingu, dia kata dua minggu lagi..macam macam.

    Semoga perancangan pengubahsuaian di rumah Saudara berjalan lancar. InsyaAllah.

    *Satu tip: Alang-alang buat kerja pembesaran atau pengubahsuaian rumah, betulkan sahaja apa yang patut dibetulkan. All one go. Next time less headache.

    ReplyDelete
  16. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Saya pun tidak nak mengata atau berandaian lebih takut nambah dosa. Cuma apa yang saya nakkan maklum balas dari teman bloggers semata-mata menghilangkan pertanyaan ada keraguan di kepala saya.

    Tentang renovate rumah ni memang sakitkan kepala juga. Sebelum ni dia janji 20 hari jer tetapi sekarang dah sebulan, nampaknya baru 70% siap. Tapi tak apalah niat nak tolong Melayu. Kenalah korban sikit.

    Masalahnya kitalah pula macam kena tambat. Nak tingglakan rumah pun bimbang sebab di kawasan saya ni, kasut buruk kat depan pintu pun hilang. Rumah saya pun dah rasanya 6 kali atau lebih kena pecah sehinggakan saya lupa bilangan sebenar kena pecah. Saya syak mat dadah punya kerja.

    Yerlah puan itulah yang saya lakukan. Mulanya nak tambah store ajer tapi bila dah bincang dengan orang rumah lain pula jadinya.

    ReplyDelete
  17. Salam MD,
    Akibat tidak mengikut petunjuk dari Allah Yang Maha Adil.

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan,

    Saya pun tak berani nak komen lebih2, sebab tak ada bukti, setakat hearsay saja sapa pun boleh cakap.
    Sama juga dengan kes liwat.

    Kalau ikuti perkembangan perbicaraan, banyak perkara yang boleh disangsikan, macam tak logik saja.

    Wallahuaklam...

    ReplyDelete
  19. Salam

    Kalau uncle nak tau, saya pernah ditanya suatu masa dulu oleh seorang mat salleh di sini, "So your country will be ruled by a murderer?" Saya tergamam tak tau nak cakap apa.

    ReplyDelete
  20. salam ayahanda, macam suatu kebetulan pula.. bertukar pemimpin, terus dijatuhkan hukuman gantung.. saya setuju dengan ayahanda, sepatutnya ramai lagi saksi yang perlu dipanggil..

    ReplyDelete
  21. W'salam Dr.

    Itulah hakikatnya. Bila lupakan Allah dan hukumNya, maka segala perkara buruk boleh berlaku.

    ReplyDelete
  22. UdangLipan.

    Memang "hearsay" tidak boleh dijadikan bukti tetapi banyak sangat perkara yang seolah sengaja dilepas pandang oleh Mahkamah.

    ReplyDelete
  23. W'salam Azyyati.

    Memang memalukan seantero dunia. Sepatutnya kita perlu membuatkan orang luar percayakan perundangan dan sistem kita.

    Kini manusia di luar sana memperlekehkan kita.

    ReplyDelete
  24. Jennifer,

    Thanks and you are welcome to this blog.

    ReplyDelete
  25. W'salam nurdaniella.

    Ya, seolah kebetulan. Tetapi uncle tidak mempertikaikan masa keputusan Mahkamah dan hukumannya, cuma yang uncle doubtkan ialah perkara-perkara yang melibatkan bukti dan saksi yang tidak tunjukkan dan dipanggil oleh sama ada peguam bela atau pun pendakwa.

    ReplyDelete
  26. saya tunggu je masa nya Bapa Altantuya bawa kes ni ke mahkamah antarabangsa.

    org tak mempersoalkan sgt hubungan Najib dgn Altantuya sbb yg tu sukar dibuktikan.yg ada pun cuma fitnah bergambar yg disuper-imposed.

    tetapi yg dipersoalkan penggunaan C4 dan pemadaman rekod imigresen. tangan ajaib tu yang perlu dibawa ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  27. kakLuna.

    Memang uncle pun begitu juga. Apakah tindakan bapa altantuya seterusnya. Uncle pasti dia tidak akan mendiamkan diri tambahan pula ianya sudah menjadi isu diplomatik.

    ReplyDelete
  28. Salam En. Din,

    Dunia dah nak berakhir En. Din yang pasti ketentuan Allah siapa pun takkan pertikaikan tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  29. W'salam Opah.

    Saya pun berpendapat demikian juga. Jalan kejadian bagi menyempurnakan takdir Allah. Kita tengoklah nanti.

    ReplyDelete
  30. pasal senjata pembunuhan yang digunakan ppon x byk di bwk ke mahkamh.tu yg pelik..sbb klau tgk kt channel C&I , mmg bnda2 tu antra yg terpentng..n pendakwa2 kat sana tu mmg nmpk kesungguhn diorng mncri bukti2..tp kt tmpt kita,sgt2 berlainan keadaannya...harap2nya malaysia x d timpa bala sbb byk sgt kezaliman berlaku.

    ReplyDelete
  31. leiah.

    Kalaulah anggotan UTK berdua ini sememangnya tidak bersalah tetapi terhukum(dikambing hitamkan) betapa malangnya Malaysia dengan sistem perundangannya sebegitu.

    Rakyat kita di luar sana cukup malu. Sepertimana komen Azyyati. Cukup mangaibkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa