Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 3, 2009

Sentuhan Pertama PM Baru

Saya katakan ini adalah salam silaturrahim untuk dari PM baru dilantik DS Najib. Kita memang patut berterima kasih dan alu-alukan tindakan beliau. Selepas ini kita mengharapkan beribu lagi kebaikan dari beliau.

Berita ini saya copy dari n3 Malaysiakini.

PM umum bebas 13 tahanan ISA, benarkan akhbar PAS, PKR

Apr 3, 09 8:16pm:

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.


"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA berkuatkuasa serta-merta," kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1.

Dalam ucapannya bersempena jawatan barunya itu, beliau juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

"Sudah tepat masanya, kita mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk mengendalikan ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini."

16 comments:

  1. kita rakyat mahu kan kebaikan.
    kalau benda baik, tak kira dari siapa, kita puji.

    terima kaseh najib.

    tapi jangan hangat hangat taik ayam sebab nak pilihan raya ni.

    bila lepas pilihanraya, bilik di isi semula.

    tak ke naya nama nya tu.

    (ori ke tipu ni?)

    ReplyDelete
  2. seperti kata Profesor ishikawa setiap isu tidak akan selesai walaupun punya kuci dan proses yg hebat. Seperti hal ini jaminan berterusan diperlukan.
    begitu juga penyeragaman dan pemantaun adalah penting. Acapkali rakyat di yakinkan sebegini rupa namun akhirnya balik ke asal.

    bukan kita tak menyokong namun adakah ad antara mereka sendiri menyokong usaha2 begini. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Salam rentakjari.

    Yang baik kita berterima kasih kepada makhluk dan bersyukur kepada Allah. Kita terima apa yang baik dengan gembira dan terima yang buruk dengan kesedihan dan merintih.

    Walau apa pun niat DS Najib, yang baik bagi kita tetap kita terima baik. Tentang niat adalah hak Allah. Berniat baik Allah akan memerikan ganjaran baik yang buruk juga Allah tentukan.

    ReplyDelete
  4. Shitsurei shimashita,

    Betul, kita mengharapkan kebaikan berterusan dan berpanjangan, tidak hanya bermusim.

    Ketelusan dan keikhlasan dari pemimpin dan sokongan dari rakyat akan menjamin kesejahteraan kita.

    Memang kita tidak mahu lagi pemimpin yang lembut gigi dari lidah bila terdesak dan melupakan janji bila lama berlalu.

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Dalam posting saya semalam, saya dah isytiharkan untuk kosong-kosong dengan Najib selama 100 hari pentadbiran beliau.

    Tiada kutukan atau artikel berkenaan beliau. Cuma nak bertanya sahaja, bayangkan... ayahanda sebagai seorang bujang yang angau..

    Ayahanda ada awek dan imej ayahanda tercemar, jadi untuk beli semula jiwa awek tu, apa yang ayahanda akan lakukan?

    p/s: jangan berenang dalam lautan api sudah la...

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    Jangan bimbang ayahanda tidak akan berenang di lautan api malah tidak berhasrat pun untuk berbuat demikian.

    Ayahanda puji DS Najib atas kebaikan perbuatannya hari ini dan mungkin juga beliau lakukan untuk memujuk sibuah hati yang merajuk macam kata anakanda.

    Walau apa pun dosa merompak tidak boleh ditebus dengan memberikan kebajikan kepada si miskin macam Robin Hood.

    ReplyDelete
  7. salam TUAN

    SEKIRANYA USAHA MURNI DAN KEIKHLASAN DATANG DALAM DIRINYA, BELIAU AKAN MENJADI PM YG DISUKAI OLEH RAKYAT DAN MENGAPA HARUS SERTA TIDAK ADA SEBAB UNTUK KITA MENENTANGNYA. NAMUN JIKA KEILHLSANNYA ITU NANTI DINODAI OLEHNYA SENDIRI, NESCAYA RAKYAT SEDIA MENANTI SEBUAH PM DAN KERAJAAN YG BARU PADA PRU13 NANTI.
    WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
  8. salaams uncle...ya, seharusnya kita beri penghargaan di atas perbuatan baik seseorang..tak kira sekecil mana sekalipun :)

    ReplyDelete
  9. Sdr. kulatlapok.

    Betul kata saudara. Yang baik tetap baik tetapi bila janji serta perbuatan baik di nodai, rakyat akan bangun.

    ReplyDelete
  10. W'salam erisya.

    Ya erisya, setiap perbuatan baik harus mendapat kepujian dan yang jahat harus dikeji.

    ReplyDelete
  11. betul tuh uncle...amar makruf nahi munkar kena ada keseimbangan keduanya.

    uncle, sekarang awang dah tak mahu makan buah2an....nak makan nasi pulak! kegemarannya: nasi goreng dan cucur jagung. hmmm....dulu reckle camtu jugak ka? pelik betul si awang tuh. cadangnya nak ziarah awang di kedah....suami pulak tak dapat cuti di saat akhir ....

    ReplyDelete
  12. erisya.

    Itulah sebenarnya kalau mahukan hidup kita bermakna.

    Reckle dulu tidak makan nasi tapi roti. Kalau nak dia makan nasi kena blend bersama apple baru dia makan.

    Kalau buah pula pisang dia tak makan. Dia hanya makan apple, strawberry, tomato. Kalau bagi pisang goreng dia hanya kopek dan makan tepung saja, pisang dibuang.

    Kalau kueh pula yang paling dia suka ialah akok. Air hanya susu dan air kosong. Boleh tahanlah juga cerewet dia tuh.

    Awang pun dah berjangkit tabiat manusia. Manusia yang bela, tabiat dia pun ikut manusia agaknya.

    ReplyDelete
  13. salam uncle,

    saya pun sama, mana yg baik, kita puji.. kalo buat tak baik, tentu lah kita komplen.

    ada lagi hadiah utk uncle..
    http://ibualiya.blogspot.com/2009/04/pengunjung-setia-mar-2009.html

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Saudara,

    BAGI SAYA, yang paling saya suka bila DS Najib kata akan berbuat sesuatu pada Perajurit Tanah Air.

    Arwah Abang angkat saya dulu ATM, dia yang bela saya, saya membesar separuhnya dari rezeki Angkatan Tentera. Dia bertugas di Garisson Camp, Port Dickson.

    Saya amat berharap DS Najib akan naikkan Gaji, Elaun dan lain lain kemudahan seperti pinjaman Perumahan, biasiswa untuk anak anak tentera dan juga Anggota Keselamatan yang lain termasuk Polis kerana tugas mereka berat dan bukan calang calang tugasan untuk Negara.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  15. W'salam kakyong.

    Puji biar berpada complain biar bertempat. Itu insan yang bijak.

    Terima kasih kakyong di atas penghargaan itu.

    ReplyDelete
  16. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Saya percaya rakyat Malaysia akan menghargainya sekiranya beliau mampu menunaikan janjinya dan satu lagi yang diharapkan ialah pembahagian kek ekonomi sama rata dengan tidak hanya dimonopoli oleh sang yang berkuku sahaja.

    Kita sama-sama lihat dan nilai nanti. Masa untuk beliau masih panjang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa