Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 16, 2009

Kali Pertama Kenal Rakit Dan Air Deras

Tingkatan Empat, ramai pelajar menganggap tahun “Bulan Madu” termasuklah saya dan kawan-kawan. Pada cuti penggal satu persekolahan kami merancang akan melakukan satu ekspedisi yang tidak pernah kami lakukan sebelumnya iaitu “Ekspedisi Berakit”.


Setelah semua peralatan ala kadar yang kami mampu disiapkan, kami bertolak dengan bas ke Kuala Krai dan tiba di sana lebih kurang jam 6.00 petang. Dari stesen bas kami berjalan kaki menuju ke hulu mengikut aliran Sungai Kelantan dari Tangga Bradley ke Kg. La. Kami hanya mengikut naluri dan tanggapan. Setiba di Kg. La hari sudah malam tiba di hujung jalan, kami mencari sungai untuk berkhemah. Setelah menemui sungai, kami mendirikan khemah di tepi sungai itu. Ekspedisi ini disertai oleh empat orang iaitu Fauzi yang paling tua masa itu dia di tingkatan lima, Shafie, Rosli (abang angkat saya) dan saya sendiri.


Pada malamnya selepas makan, sedang kami bersembang datang seorang anak muda yang umurnya agak sebaya dengan kami (dah lupa namanya) bertanya khabar dan tujuan kami. Kami pun berceritalah tentang tujuan dan hajat ke situ. Dia cadangkan esok kami minta buluh untuk ditebang dan dibuat rakit dari orang kampung. Kami bersembanglah macam dah kenal lama. Larut malam barulah anak muda itu pulang.


Lebih kurang jam dua atau tiga pagi salah seorang dari kami yang tidur berhampiran gigi air bising mengatakan khemah di masuki air. Rupanya itulah masanya air sungai pasang. Oleh kerana kami masih buta tentang hukum rekreasi, tanpa memikirkan aras sungai akan naik bila air pasang, kami dirikan khemah. Di atas tebing sana ada sebuah wakaf dan kami naik bermalam di atas wakaf dengan meninggalkan khemah di situ. Kami hanya ambil beg dan peralatan sahaja.


Bila kami bangun paginya barulah kami tahu rupanya wakaf tempat kami bermalam adalah wakaf yang didirikan oleh orang kampung di tengah-tengah perkuburan!. Kami turun ke sungai dan kami dapati khemah kami tenggelam terus, tidak kelihatan walau pun bumbung. Terpaksalah kami tunggu air surut untuk mengambil khemah yang sudah pun berada di dasar sungai. Lebih kurang jam 11.00 pagi barulah air surut dan kami ambil khemah dan berjalan menyusuri sungai. Kami terjumpa satu perdu buluh yang besar dan pada kami memang boleh dibuatkan rakit.


Setelah mendapat kebenaran dari tuannya kami tebang buluh-buluh itu dan kami bawa ke satu pulau kecil di tengah-tengah sungai dan mula mengikat buluh-buluh untuk dijadikan rakit. Sedang kami asyik membina rakit di atas pulau itu hujan turun dengan lebatnya. Kami masih tidak berganjak sehinggalah tiba-tiba air dari hulu sungai menerpa dan naik denga cepat (banjir hulu). Kami berenang ke darat tanpa sempat menyelamatkan rakit yang sedang dibuat dan juga peralatan yang kami bawa seperti gergaji, parang, tali dan sebagainya. Kami hanya sempat menyelamatkan diri berenang dengan ke darat. Semua barang-barang dan rakit tadi telah hanyut dibawa arus deras. Kami terkulat-kulat memandang antara satu sama lain.


Kami berpatah balik ke Pekan Kuala Krai sehinggalah tiba di satu Pengkalan yang terdapat banyak rakit buluh yang digunakan oleh orang hulu untuk membawa produk pertanian seperti pisang dan labu untuk dijual kepada orang tengah di Kuala Krai. Saya cuba bertanya orang-orang di situ siapa tuan punya rakit-rakit ini. Saya diberitahu semuanya telah dijual kepada tauke Cina di pekan itu. Kami seakan putus harap. Kami berbincang sama ada untuk pulang tanpa melaksanakan hasrat kami atau akan buat sesuatu. Setelah berbincang Shafie memberikan idea supaya kami mencuri saja salah satu rakit yang ada di situ. Kami bersepakat akan curi salah satu rakit dan bertolak melayari sungai dengan rakit yang dicuri!


Petangnya lebih kurang jam 4.00 petang di tengah hujan lebat dan rebut petir, kami nekad mencuri rakit yang terbaik pada pandangan kami. Setelah bersusah payah mengendalikan rakit di celah-celah rakit yang banyak di situ akhirnya kami berjaya membuat kerja bodoh itu dan bertolak menghilir sungai. Setelah hujan reda, kami sudah jauh meninggalkan pengkalan.


Kami meredah jeram………………akan bersambung

10 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Orang tua tua dulu dulu cakap. Barakit rakit dahulu berenang-renang kemudian..agaknya memang mereka tahu risko berakit.

    Saya selalu dengar anak-anak jiran pergi white water rafting. Saudara tahu di mana dan bukankah sukan ini juga agak banyak riskonya?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Puan melayuangkat

    Yang paling popular ialah camarron descent, bermula di camarron highland ke Jeram Besu di Pahang. Dan satu lagi yang pernah saya buat ialah di Lubuk Tedung. Ulu Kelang.

    Di Kelantan pula tempat yang saya cerita di n3 saya dulu yang mana saya ditelan pusaran air.

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahanda,

    Wow... nakal juga ya masa remaja dulu. Apa pun saya tak pernah ada pengalaman berkhemah dan mengikuti adventure semacam itu.

    Ada juga hasrat untuk mengikuti mana2 perkhemahan atau nak mendaki Gunung Kinabalu, tapi tak tahu bila lagi, kerana sibuk dengan tugas.

    Selain itu untuk menunaikan hajat isteri, iaitu aktiviti keluarga sambil "berkhemah", tapi tak tahu dimana? Ada cadangan atau lokasi yang baik dan selamat? Bolehlah berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa.

    Masa tu memang baru nak kenal dunia. Semua nak try.

    Di sini ada satu lokasi yang sesuai untuk keluarga. Ayahanda dan famili pun selalu gak ke sana. La Hotspring di Kg Keruak, pendalaman Pekan jerteh.

    Di situ ada hotspring, ada anak sungai jernih tapi air cetek(selamat untuk kanak-kanak. Boleh trekking. Facilities pun cukup. Jalan Tar, Chalets, Cabin, Warung kopi dan ada bekalan letrik.

    ReplyDelete
  5. Tuan
    sakura pernah naik sampan tapi
    lum pernah naik rakit...
    harap satu hari nanti sakura dapat merasai pengalaman menaiki rakit....

    salam dari sakura

    ReplyDelete
  6. Sakura,

    Yang paling seronok dan mencabar ialah tubing, kayak dan canoe di air deras (white water)tapi syaratnya kena tahu berenang.

    ReplyDelete
  7. Salam Abe Din,
    Naik rakit...best betul...,sy dulu masa duduk kat Ipoh..hendak gak pergi main sungai kat Ulu Kinta dan Chepor sana,tapi emak dak bagi...sebab area tu masih 'Black Area'masa tu..
    Cuma bila dah besar nie..join Team Building dan Bina Semangat..merasalah buat itu semua..
    Puas hati..buat benda baru,cabaran yang baru dan pengalaman yang berharga.

    Kisah sambungan rakit nie...pastikan penuh intrig yea...mcm kisah abg jumpa penunggu kat kaki gunung tu yea...haa haa haa, ada kaa hantu nak tipu manusia..ada akai kaa!!

    ReplyDelete
  8. W'salam Induk Yati.

    Dekat ngan Ipoh ada satu tempat 2 tempat. Satu di kawasan Gopeng, ada satu kem kendalian Haji Johar masuk ke dalam sikit merentasi jambatan lebuhraya. Satu lagi kat Ulu kinta, kawasan lebih ke dalam melepasi kampung orang asli di Kuala Termin.

    Kat cepor sekarang air dah cetek sangat. Tidak sesuai langsung.

    ReplyDelete
  9. salam subuh yg tenang buat uncle. moga sntiasa dalam rahmat dan perlindungan Ilahi. lama azza tak jengah sini..moga uncle tenang2 selalu..

    ReplyDelete
  10. W'salam azza.

    Alhamdulillah, uncle sihat dan semuanya masih ok. Terima kasih azza. Uncle pun agak lama tidak menjelajah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa