Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 18, 2009

Satu Renungan

Saya petik secebis dari article yang ditulis oleh YAB. Menteri Besar Kelantan dari blognya. Cuba kita fikir dan renung dengan hati nurani yang jernih tanpa secebis pun unsur sentimen kepartian atau fahaman politk terhadap rangkap yang saya perturunkan di bawah dari sudut keperluan dakwah.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung di dalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tidak berbangkit sama sekali soal keperluan laporan Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam di dalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya. Satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca? Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini adalah permulaan. Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha. Lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.


20 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Memang benar, Al-Quran diturunkan khusus untuk semua umat manusia tidak kira Islam mahupun Kafir.

    Siapakah kita dan apa hak kita untuk membezakan atau melarang orang kafir membacanya.

    Ini yang dikatakan sebagai Islam Baka, dimana budaya telah menjadi satu kewajipan pula. Apatah lagi apabila dipolitikkan.

    ReplyDelete
  2. Alangkah moleknya kalau nas tersebut dibaca dikalangan orang bukan Islam. Mudah-mudah ada orang bukan Islam di majlis tersebut. Umar (sebelum Islam) mendengar nas berserta rasa gementar dan dari situ timbul keimanannya. Bagaimana dengan Nga? Bukankah kisah Abdullah bin Ubay menjadi teladan untuk kita semua?

    Apa pun hak Allah jua untuk memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakkiNya. Siapalah saya untuk menghukum.

    ReplyDelete
  3. Mungkin ALQURAN ini diperuntukan untuk ulama2 Muslim sahaja membacanya. Pelik kan?

    ReplyDelete
  4. W'salam Isa.

    Di dalam n3 ayahanda yang lepas sudah ayahanda nyatakan pandangan ayahanda tentang alQur'an untuk seluruh manusia. Terlalu banyak ayat yang bermula dengan "Ya ayyuhannas".

    Memang betul. Tugas kita hanya menyampai tetapi hidayah itu hak Allah. Ini termasuklah hidayah bagi kefahaman Islam yang sebenar dan keteguhan Iman kepada yang dikatakan sudah Islam.

    ReplyDelete
  5. A'kum sdr. azlan.

    Selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah.

    Betul saudara, kita kena waspada dengan golongan yang menyerupai Abdullah bin Ubai. Kita juga wajib berdakwah/menyeru kepada agama Allah.

    Untuk makluman, ramai juga kawan saya dulu yang selalu menuggu saya solat untuk keluar bersama dan ada juga yang berdiri di belakang saya cuba ikut solat dan akhirnya alhamdulillah mereka sekarang sudah Islam.

    Itulah yang saudara maksudkan hidayah adalah hak Allah yang akan dicampakkan ke dalam hati siapa saja yang dihajatiNYa.

    Kita yang sudah Islam ini pun memerlukan hidayah untuk memahami dan menghayati Islam yang sebenar-benar sebagaimana yang Allah kehendaki dan menyuburkan iman serta kuatkan iktikad.

    ReplyDelete
  6. TokBatinSenoi.

    Huumm... semua Ulamak ni agaknya terus menjadi Ulamak dari kecil kot? Tidak telor, terus membaca qur'an dengan betul. Tajwid dan semua rukun.

    Terima kasih tok batin.

    ReplyDelete
  7. Salam uncle,

    Bagi saya, perlunya pendekatan berhemah dalam menangani isu nonmuslim membaca petikan dari ayat al-Quran.. bukannya terus 'menembak' tepat ke kepala..terus rebah berdarah..

    Suka bahasa dan kiasan oleh tok guru..

    ReplyDelete
  8. W'salam Rashid.

    Uncle setuju dengan pandangan Rashid. Kalau dirasakan patut melarang pun atas sebab-sebab tertentu mestilah berhemah supaya orang tidak katakan kita "mengexclusivekan" Alqur'an.

    ReplyDelete
  9. Salam sdra MountDweller,
    Benar, muslim baka tak mesti mendapat hidayat. Contoh: menolak alQuran berpolitik ertinya tak mendapat hidayatlah tu. Rujuk, umpamanya, ayat 2 surah Baqarah.

    ReplyDelete
  10. Salam

    Tok guru pun ada blog? Caya lah! Heheheh

    Memang kelakar bunyinya, orang Islam marah bila orang bukan Islam baca al-Quran? Pemikiran yang cetek dan tak masuk akal. Lepas ni habis la orang Cina & India takut nak rujuk quran, sebabnya? Orang Islam marah. Dalam kes ni, yang tak betul tu bukan Islam, tapi ORANG ISLAM atau lebih tepatnya ORANG MELAYU.

    ReplyDelete
  11. LUAR TAJUK BEB,,,,,
    (Lt.(N) Fakhron Diyana Fakhruddin)sepatut Lt Fakhron Diyana Fakhruddin (RMN)kalau bahasa melayu nya will be TLDN
    jgn lah hang pandai pandai nak ubah... :)

    ReplyDelete
  12. salam pagi uncle..
    azza datang menjengah..
    demam belum kebah..batuk masih menyakitkan dada..


    azza nak amik award..maaf tlewat..kesihatan dan kekangan tugas tak mengizinkan berlama2 depan lptop macam dedulu..

    moga uncle sekeluarga sehat2 dan dirahmati Allah selalu..

    ReplyDelete
  13. W'salam Dr.

    Memang begitulah realitinya. Apa yang kita tahu tidak semestinya betul.

    ReplyDelete
  14. W'salam Azyyati.

    Ya, Tok Guru MB pun dah ada blog. Jadi lidahnya senang dibaca.

    Ada blogger bukan Islam complain
    yang katanya sebagaiman yang Azyyati katakan itu.

    ReplyDelete
  15. Pak Oncu,

    Terima kasih di atas teguran. Sebenarnya saya terlupa untuk ubah setelah anak saya complain dulu.

    ReplyDelete
  16. W'salam azza_irah.

    Terima kasih kerana sudi. Lambat bukannya masalah.

    Ooo.. azza batuk dan deman. Kena banyak berehat dan makan ubat. Uncle doakan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  17. itulah masalahnya uncle..org2 melayu yagn bangang ni lah yg mencemarkan imej islam sendiri...malah yg lg teruk,quran diletakkan sebagai hiasan atas meja smata2 dan jadi macam tempat utk meltakkan tangan utk bersumpah x pulak di kecoh2 kannya...

    ReplyDelete
  18. Salam leiah.

    Ramai manusia yang mengaku Islam merendahkan martabat alqur'an setaraf dengan bible untuk melakukan sumpah dan dijadikan hiasan di dalam almari atau rak buku.

    Yang tidak tahu baca qur'an pun ada. Tapi yang ada usaha tu adalah juga membeli qur'an yang mempunyai terjemahan.

    ReplyDelete
  19. SAlam.

    Betul mcm abg kata. Masalah utamanya Melayu di Malaysia, mereka hanya tahu membaca, tetapi mereka tak tahu pun apa yg mereka baca. Mcm mana tu.hehe.

    ReplyDelete
  20. W'salam alang.

    Kita hanya jadi Burung Kakak Tua. Tahu cakap tapi tidak tahu apa yang tuturkan. Takkah lucu tu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa