Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2009

Meredah Jeram (Sambungan)

Bila hujan sudah teduh dan berhenti, kami memasang khemah di atas rakit untuk berlindung dari panas dan hujan sepanjang perjalanan kami menyusur sungai ke Kota Bharu. Setelah bersusah payah mengendali rakit sebab itulah kali pertama berakit. Laluan rakit macam ular kena palu. Nasib baiklah sungai itu lebar. Entah berapa jauh dan entah di mana tetapi yang pasti sungai itu melalui di tengah rimba, hari pun gelap. Masalah sekarang kat mana nak mendarat dan tidur. Sedang kami mengintai-intai tempat yang sesuai, tiba-tiba terdengar bunyi harimau mengaum di darat. Kami ambil keputusan mencari beting (pasir timbul dipermukaan sungai) dan cacakkan kayu untuk diikat rakit. Kami sudah merasa tidak selamat kalau bermalam di darat.

Tidak lama selepas itu kami menemui beting yang dihajati dan hunjamkan galah ke dasar sungai yang cetek berpasir. Kami ikatkan rakit, pasang lampu dan memasak makan malam. Masakan simple dengan nasi dan ikan masin goreng berkuahkan tomato. Kerana letih dan lapar kami makan dengan lahap. Malam itu kami tidur nyenyak dengan diiringi bunyi ngauman harimau dan tempikan gajah di darat.

Esok, pagi-pagi lagi setelah bersarapan dengan lempeng cecah gula dan minum teh kami mula menolak rakit dengan galah buluh sehinggalah menemui arus deras. Rakit hanya ikut tolakan arus cuma perlu dikemudi sahaja. Bila matahari sudah terik kami tugaskan Fauzi sebagai jurumudi dan yang lain berehat di dalam khemah sementara mengambil giliran menjadi jurumudi secara bergilir-gilir seorang untuk dua jam. Kami masuk ke dalam khemah dan bersembang. Tidak lama kamudian si Fauzi berteriak "Teluk! teluk! teluk". Kami buat dek ajer sebab apa nak risaukan teluk, kalau rakit termasuk ke dalam teluk pun bukannya bahaya. Cuma rakit akan berpusing mengikut arus yang berpusar di dalam teluk. Lama-lama boleh keluar juga, bukannya rakit akan pecah atau pun tenggelam.

Lepas seketika Fauzi berteriak lagi dengan menghentakkan kaki di lantai rakit macam budak mengamuk. Saya keluar dari khemah dan saya dapati bukannya teluk tetapi olak besar. Olak ialah air yang berolak dan berombak disebabkan laluan air yang deras terhalang oleh sesuatu yang besar di dasar sungai seperti bongkah batu atau pun balak besar yang tenggelam. Kalau rakit meredahnya kemungkinan besar akan pecah atau terbalik. Saya panggil kawan-kawan yang sedang berehat untuk sama-sama membantu mengemudi rakit untuk mengelak dari melanggar olak. Selepas mengerah tenaga dan berhempas pulas kami berjaya mengelak walau pun sudah hampir benar. Puuh... lega, lepas satu bala. Rupanya tadi Fauzi tersasul di dalam kegugupan di antara "Teluk" dan "Olak".

Rakit bergerak dengan tenang selepas itu sehinggalah di sebelah petangnya dari jauh saya nampak air sungai memutih berombak dan memercik ke permukaan sungai. Rakit kami mula laju seolah tidak boleh dikawal. Kami rupanya sudah memasukan satu zon air deras. Kami cuba mengawal untuk mengelak dari satu aliran sempit di bahagian kanan sebuah pulau. Di aliran sempit ini air cukup deras tetapi kalau berjaya mengemudi rakit ke aliran besar yang satu lagi itu, arusnya tidaklah deras sangat. Kami mencuba mengubah haluan rakit tetapi kerana tolakan air yang kuat kami gagal dan rakit kami memasuki laluan air yang amat deras.

Rakit dihanyutkan terlalu laju, terasa macam naik motosikal. Memang rakit tidak boleh dikawal. Kami hanya berserah kepada takdir. Sekiranya terlanggar sesuatu pasti akan pecah dan kalau kami sempat berenang ke tepi kami akan selamat tetapi kalau gagal, ajallah jawabnya. Kami hanya tunggu takdir dan bersiap sedia untuk apa-apa saja. Melihatkan arus dan gaya air menerjah cukup menakutkan.

Setelah lebih kurang empat puluh minit dengan keadaan begitu, rakit kami memasuki semula ke sungai yang besar dan arus mula perlahan dan akhirnya kami selamat tanpa apa-apa kecelakaan. Malamnya kami tidur di atas rakit dengan memacak galah di tengah sungai sebagaimana yang kami lakukan malam tadi juga.

Pada hari ketiga di sebelah siangnya tidak ada apa-apa yang memerlukan kecekalan dan tenaga . Kami telah melewati Pekan Tanah Merah dan kami bersepakat akan terus belayar tanpa berhenti walau pun malam sebab nampaknya keadaan sungai tidak bahaya. Kami tiba di kawasan Lemal lebih kurang jam tujuh malam dan kami teruskan perjalan sehinggalah bertentangan dengan Pasir Mas Salor. Sedang kami releks dan bersembang sambil perhatikan lampu-lampu di Pekan Pasir Mas, tiba-tiba saya nampak sesuatu yang besar di dalam air, semacam boat besar yang tenggelam. Tidak sempat mengelak, rakit melanggar bongkah itu dan kami berempat tercampak ke dalam air dengan kuat.

Terpaksalah kami berenang di dalam gelap mengejar rakit yang telah hanyut meninggalkan kami. Setelah bersusah payah berenang dengan pakaian sejuk dan berkasut, kami berjaya juga akhirnya naik ke rakit. Setelah diperiksa, kami dapati pisau dan parang hilang, kamera hilang, kompas pun hilang. Maka tidak adalah gambar kenangan kami. Kami teruskan perjalanan dan tiba di Kota Bharu jam 12.00 tengah malam. Setalah ikat rakit dan makan roti di satu warung, kami terus pulang ke rumah.

Di rumah, setelah makan arwah Emak memberi tahu, kalau saya tidak pulang esok, dia akan buat laporan Polis sebab saya janji akan balik dalam masa lima hari. Maknanya esok adalah hari keenam. Arwah Mak sudah merasa bimbang. Esoknya bila saya ke sungai tengok rakit, sudah ada orang yang tanya nak beli buluh rakit. Saya jual dengan harga RM100.00. tapi rakit curi!


16 comments:

  1. pakcik,

    seronok membaca kenangan kisah masa remaja. memang pakcik ni jenis yg adventurous dan berani. hehehe nakal pun ada sbb jual rakit tu.

    ReplyDelete
  2. dahsatlah pengalaman mountdweller, a real survivor. tapi.. rakit curi? ahaks.

    ReplyDelete
  3. Tuan
    jemput ke blog sakura terima arwad tq

    ReplyDelete
  4. paloi bin mulau.

    Itulah kali pertama mengenal rakit dan arus. Buat perkara itu tanpa nasihat sesiapa, maknanya kami lakukan kehendak hati yang ingin mencuba tetapi buta ilmu di dalam perkara itu. Nasib baik selamat tapi pengalaman memberikan ilmu yang berbaloi untuk masa depan.

    Ya, kalau dikenangkan memang teruk. Curi lepas tu jual.

    ReplyDelete
  5. Mak Su.

    Masa itu tidak fikir pun tentang survivor dan bahaya. Yang kami fikir bagaimana keadaan ketika kami berakit dan sukakan thrillnya.

    Rakit curi dapat RM100.00. Enjoylah masa tu, zaman pertengahan 70'an. Banyak tu!

    ReplyDelete
  6. Sakura.

    Terima kasih banyak. Saya akan ke sana nanti.

    Saya cukup-cukup menghargainya.

    ReplyDelete
  7. Salam Pakcik..
    Nampak seronok ja aktiviti berakit ni..tp terlalu adventure dan menakutkan dgn arus deras..nasib baik rakit tu tahan lasak juga..

    ReplyDelete
  8. W'salam UXOP.

    Kalau berakit di air tenang tidak ada apa masalah. Tapi lebih thrill kalau berakit di air deras (white water) memang mencabar.

    Biasanya di air deras kita gunakan tube atau kayak sebab lebih senang di kemudi.

    ReplyDelete
  9. hebat lah pak mountdweller,

    Kalau ada turun di perak boleh cuba whitewater rafting d sg kampar.Tapi level 2-3 sahaja.best jugak la.Kalau minat nak dtg contact2 la bleh saya join.hehe

    Saya bukan penganjur..minat2 rekreasi sahaja.

    ReplyDelete
  10. Xenan.

    Insya Allah, saya memang ada contact kat Gopeng. Haji Johar Ariffin and the geng.

    Saya memang selalu juga balik Manjoi rumah mertua tapi tidak lama. Itulah msalahnya nak join geng sana pun masalah. Masalah masa yang terlalu terhad.

    ReplyDelete
  11. Samer lah saya,skang masa takdak,geng pon dah tadak.Kenkadang jeles tgk budak university mcm2 wat rekreasi.

    Dulu saya bergiat banyak kat KL.Penah juga sampai kltn tuk rafting negiri,climb course kat gua musang ngn hiking stong-ayam.Tapi tu cita dulu la.huhu.

    Haji johar..tak bape ingat nama.Johar pengetua OBS ke?

    ReplyDelete
  12. maaf saya tersalah org,
    Ni haji johar persatuan mendaki perak kot?

    ReplyDelete
  13. Xenan.

    Betul. Haji Johar Persatuan Mendaki Perak.

    Macam juga uncle, dulu kita mangajar dan mengendalikan kem, juga jadi Trekker. Tapi sekarang anak buah kita dulu pun dah jadi Guru. Makna kita telah berjaya membentuk mereka menjadi Leader.

    ReplyDelete
  14. Xenan.

    Sekarang uncle masih lagi buat aktiviti itu. Tapi di gunung-gunung yang berdekatan kerana auntie takut tinggal sorang lama-alam kat rumah. Anak-anak dah kat luar Kelantan.

    ReplyDelete
  15. Pak Moutdweller,

    Saya harap sgt boleh bergiat balik.Insyallah bila kelapangan.

    Haji johar ni level tok guru saya gak ni.Pernah die jd ketua instructor tuk Outdoor leadership Camp sy.

    Sy baca posting n comment lama2 pak mountdweller,teringin nak tanya kot2 knal geng2 lama.Ni semua tok2 guru rekreasi sy.Kebanyakan ex-PNM n geng ex-everest 1st yg controversy sket tu.hehe.

    Haji Zahari - CC kat majlis perbandaran kelang.dah bersara skang.

    Haji Romzi - Engineer jln Cameroon-gua musang.

    Cik shafiee - Skang pegawai sukan MMU.

    ReplyDelete
  16. Xenan.

    Nama-nama tu rasanya biasa tapi ingat-ingat lupa.

    1'st team yang rapat dengan saya tu Hj. Jamaluddin, meg, mohan, arwah Nor ramle, norijah dan pihak pengurusan PMM pada masa itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa