Thursday, August 26, 2010

55 Tahun Aku Di Sini

Hari ini 26 Ogos 2010

Pada hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang di bumi Allah ini

Hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang kasihnya Allah
di alam fana ini

Hari ini genaplah 55 tahun Allah limpahkan aku dengan rahmatNya.

Hari ini genaplah 55 tahun aku menumpang Rahman Allah
dengan nikmat rezeki yang melimpah dan kesihantan yang baik.

Hari ini genaplah 55 tahun Allah hidayahkan aku agamaNya
dan itulah Rahmat terbesar dariNya

Syukur alhamdulillah........

Upload pula Kek hadiah dari Adik

Terima kasih Adik

16 comments:

kulupSakah said...

selamat ulangtahun pak din..semoga sejahtera..
ya Hu!

Man Kuchai said...

salam,

Selamat hari lahir uncle,semoga dianugerahkan kesihatan yang baik,keluarga bahagia serta dimurahkan rezeki amin....

Anonymous said...

Apa apa pun "MOUNTDWELLER" All The Best La!Biar macam kelapa tua, makin tua makin diperlukan .Sisih malaikat 44 ,moga moga tak jadi macam UMNOBN makin tua makin teruk perangai,tak reti reti nak berubah , seolah olah nak hidup seribu tahun.

muraisenja said...

Salam pk Din... Hari ini hari ulang tahun Pak Din yer.... Selamat hari ulang tahun dari muraisenja kami sentiasa mendoakan agar Pak Din dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan serta diberkati segala amalan...Amin.

Galuh Cendra Kirana said...

Selamat Hari Lahir, Ayahanda Mountdweller yang kami kasihi! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik... Happy Birthday Uncle!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

asalamulikum ayahnda
selamat ulang tahun ,semoga di murahkan rezeki dipanjangkan umur

melur said...

Salam Pak Din,
Kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT ULANG TARIKH KELAHIRAN. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi ALLAH SWT sentiasa.
Terimakasih kerana Pak Din tidak kedekut berkongsi ilmu dan pendapat. Satu blog yang amat jujur.

mr edz said...

selamat selamat selamat....

KiTTuN said...

Salam..

Selamat ulang tahun ke 55 thn "Ayahanda". Semoga dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yg baik. Dimurahkan rezeki & kekal dalam hidayahNYA...Ameen.

afnan said...

Salam..
Selamat Hari Jadi Yg ke 55 ayah din... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. amin..

A Mum Of Three Mohd said...

Salam Mountdweller,

Selamat Hari Lahir!!

Semoga 55 tahun hidup anda di bumi Allah SWT ni, telah mendapat berkatNya dan Mum doakan semoga hari-hari yang mendatang juga, anda sentiasa dalam lindungan dan barakahNya... insyaAllah.

Salam pada adik dan akak.

Isa said...

Salam Ayahanda,

Perghh... dah 55 tahun, Selamat Ulangtahun Kelahiran di Bumi Allah ini.

Semoga ceria dan sejahtera selalu.

melayuangkat said...

Happy Birthday!

AlhamdulillahiRobbilAlamin! May Allah swt continue to bless you and your family.

Salam.

mountdweller said...

Wa alailumussalam Sdr.kulupSakah, Man, Anonymous, muraisenja, Anakanda Galuh Cendra Kirana, Anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o, melur, mr edz, Anakanda KiTTuN, Anakanda afnan, Puan A Mum Of Three Mohd., Anakanda Isa, Puan melayuangkat.

Terima kasih di atas ucapan dan doa anda semua.

Saya juga doakan saudara/ri sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Insya Allah.

Hanz Newman said...

wish u all the best all times.

mountdweller said...

Hanz

Thanks. May Allah bless you.