Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 8, 2010

Gunung Brinchang Yang Dianggap Mudah

Gunung Brinchang bukan asing bagi Pendaki atau Ahli Rekreasi. Gunung yang kononnya mudah dan mengambil masa yang singkat untuk didaki. Satu lagi Gunung Berembun. Tetapi Gunung Berembun terlalu mudah dan tidak mencabar.

Tetapi Gunung Brinchang juga ada taboonya. Sudah ramai yang hilang arah di situ. Dulu Tentera Pencen yang saya kenal dan Anak Saudaranya hilang di situ. Dan sekarang Anggota TLDM pula (Tentera) terbabas arah sehingga 120km.

IPOH:
Seorang anggota tentera yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Brinchang di Cameron Highlands 135km dari sini pada Ahad lepas ditemui di Kampung Sungai Teres, Gua Musang, pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa ditemui berada di dalam masjid di kampung berkenaan pada pukul 8.30 pagi oleh penduduk di situ yang kemudian melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Cameron Highlands.

Polis yang bergegas ke kampung itu mendapati Lt Mohd Al-Amin Rohizat, 27, ditemui dalam keadaan selamat tetapi badannya agak lemah dan dia dihantar ke Hospital Cameron Highlands untuk pemeriksaan, katanya ketika dihubungi Sabtu.

Wan Mohd Zahari berkata Mohd Al-Amin dilaporkan tersesat sejauh 120km dari tempat dia mula mendaki di Gunung Brincang.

"Anggota tentera itu tidak banyak bercakap dan masih dalam keadaan lemah. Polis belum mengambil keterangan berhubung kejadian dan menunggu keadaannya kembali pulih," katanya.

Pada 31 Julai, anggota tentera itu tiba di Cameron Highlands dan bermalam selama sehari sebelum mendaki gunung pada keesokan harinya.

Dia sepatutnya keluar dari Gunung Brinchang itu pada Isnin dan pulang ke Lumut untuk kembali bertugas semula di Pangkalan TLDM tetapi gagal berbuat demikian.

Ibunya membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini pada petang Selasa selepas anaknya tidak pulang ke rumah seperti yang dijadualkan.

Pangkalan TLDM Lumut membuat laporan berhubung kehilangannya itu pada Rabu lepas.

Wan Mohd Zahari berkata bahawa selepas mendapat laporan daripada ibu Mohd Al-Amin, polis bersama tentera dan unit anjing pengesan telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 2.30 petang Rabu. - BERNAMA

6 comments:

  1. Salam uncle,

    Kes sesat sebegini,pandangan uncle bagaimana yer..adakah kurang pengalaman atau disesatkan oleh makhluk halus(syaitan)?

    ReplyDelete
  2. cpj ingat lagi lebih kurang 8 tahun lalu, cpj mendaki ikut tebing hutan dan menurun ikut jalan kebun sayur dalam keadaan kesihatan cpj tidak berapa baik, tetapi Alhamdulillah semuanya ok dan selamat.Memang bagus untuk menguji daya tahan minda dan fizikal.Lebih baik mendaki secara berkumpulan dan jangan berpecah dari kumpulan walau apapun yang berlaku.

    ReplyDelete
  3. mengikut rasionalnya mungkin saja dia atau sapa-sapa yg sesat dalam hutan adalah kerana:

    # tiada ilmu membaca peta + guna kompas atau kalau ada peta & kompas dia tak cekap baca. Harus juga.

    # tiada papan tanda penuju jalan di tempat-tempat strategik dalam hutan tu seperti papan tanda di jalan raya? Selain tiada wujudnya barisan lampu jalan setiap 30 meter menuju ke puncak kejayaan, er, puncak bukit...hehe

    # ada ganguan lalu lintas. Bukan kerana 'traffic jam' atau road accident tetapi kerana 'lintasan' oleh makhluk Allah yg menghuni hutan tersebut. Untuk ulasan lebih lanjut sila hubungi Tok Bomoh AT.

    # Hutan kita semak sangat. Iklim Khatulistiwa mungkin tak boleh disalahkan. Tetapi mungkin kita boleh salahkan tiada kerja-kerja memotong rumput, semak samun yg menghalang pemandangan mata kasar manusia di bawah pokok-2 besar sepanjang jungle-tracking menghala ke puncak bukit & gunung di banjaran kita.

    ReplyDelete
  4. W'salam Man

    Utamanya Pengalaman. Membaca Peta dan tunjuk arah, Pengecaman laluan dan tanda-tanda gangguan.

    ReplyDelete
  5. cikgupj

    Benar. Ini adalah salah satu aktiviti yang menarik dan berupaya membentuk ketahanan fikzikal dan mental.

    Tentang mendaki dan rekreasi cikgupj boleh baca di label Rekreasi Dan Mendaki pada side bar sebelah kanan.

    ReplyDelete
  6. Hanz

    Perkara-perkara itu betul. Tetapi banyak lagi faktor yang menyumbang ke arah itu.

    Contohnya keliru kerana keletihan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa