Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 8, 2010

Syukur, Sedih Dan Marah Berbaur

Pertamanya syukur yang teramat sangat.

Jam 6.00 petang tadi, terdetik di hati nak keluar round dengan motor cari Fluffy. Bila saya nak buka kunci motor ternampak sesuatu yang kelabu seakan bangkai ayam dicampak di tepi pagar berhampiran motor. Bila saya dekati dengan seribu persoalan, rupanya itu adalah Fluffy yang hilang selama 9 hari kerana dicuri.

Solat hajat saya dan dua orang rakan selama seminggu Allah makbulkan. Alhamdulillah.

Keduanya sedih yang mendalam bila melihat dan mengangkat Fluffy yang langsung tidak bermaya memang seakan bangkai yang kotor dan busuk. Fluffy nak angkat muka pun tidak mampu kerana kelaparan dan dahaga. Kedua-dua matanya tidak boleh dibuka kerana bernanah dan tertutup dengan debu. Fluffy terlalu lemah. Badannya terlalu kurus dengan bulunya yang dulu gebu dan cantik sudah jadi macam carpet buruk di dalam limbah.

Ketiganya marah kerana manusia itu mencuri tetapi tidak menjaganya. Malah berinya makan pun mungkin tidak. Memandangkan keadaan fizikalnya memang Fluffy terseksa. Kenapa mencuri dan menyeksa binatang yang tidak pernah pun berdosa kepada kita?

Kurang asam punya manusia. Harap Allah akan menimpakan balasan.

Zalim memang zalim!

Saya cuba berikan makan tetapi enggan makan dan minum terlalu lemah. Esok saya akan bawa ke Klinik Haiwan.

Tengoklah keadaan Fluffy petang tadi.

Fluffy sebelum hilang

Petang tadi selepas saya berikan air melalui hisapan dari jari

Sebelum dicuri

Semasa sihat bersama kami

3 comments:

  1. Salam
    kesiannya..siapalah yg tergamak buat begitu...insyallah akan sembuh dgn kasih syg dan perhatian dr semua yg menyayanginya.

    ReplyDelete
  2. W'salam Idalara

    Terima kasih kerana sudi singgah. Insya Allah dan kami berdoa rendah hati. Kami cukup bimbang jika berlaku sabaliknya.

    Manusia yang lakukan itu lebih binatang dari binatang.

    ReplyDelete
  3. Paan Ovrtd

    If I get him, I don't know what will happened

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa