Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 9, 2010

Peluang Buat Sial

Rupanya sebarang projek atau sebarang kerja tidak sah kalau tak kedarah duit rakyat!

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urusan pembelian 38 unit Electrical Multiple Unit (EMU) 6 gerabak oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bernilai RM1.89 bilion, satu jumlah yang jauh lebih tinggi daripada harga asal RM500 juta.

Mesyuarat PAC pada 27 Julai lalu yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azmi Khalid mendapati pembelian 38 EMU 6 gerabak itu wajar disiasat oleh SPRM atas dakwaan pembelian gerabak EMU itu melebihi harga asal tender.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau telah menerima salinan surat yang dihantar oleh PAC kepada SPRM selepas mesyuarat tersebut.

"Saya diberitahu oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam yan dipengerusikan oleh Datuk Seri Azmi Khalid melalui salinan surat yang mereka hantar ke Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa mereka telah bermesyuarat bagi membincangkan laporan tentang pembelian 38 EMU 6 gerabak, yang mana aduan telah saya berikan kepada mereka sebelum ini.

Baca sepenuhnya di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa