Sunday, August 15, 2010

Subhanallah..... Sekiranya Ianya Benar

Sila baca ulasan di blog Isa dari Youtube.

Sama-samalah kita renung dan yang bijak pandai tu tolong kaji video ini, ori atau bikinan.



Kun fayakuun adalah milik Allah!

16 comments:

al-lavendari said...

salam.

kalau benar .. subhanallah. kalau tidak benar pun, kita tetap beriman dengan malaikatNya.

melurjelita said...

Salam tuan,
berkenaan dengan visual ini sebenarnya sudah kecoh di kalangan kami ketika berada di Mekah di tahun lepas...beberapa hari ini dalam fb kawan - kawan saya pula...saya baru terniat nak masukkan dalam blog saya juga untuk meminta semua umat Islam berhati - hati dengan apa yang dilihat ini. . Berkenaan dengan ganbar malaikat di atas kaabah itu, suami saya menyatakan ia mugkin adalah teknik superimpose. Bukannya kami tidak mempercayai kewujudan malaikat, WAJIB beriman dengannya kerana termasuk dalam rukun iman, persoalannya benarkah itu ialah malaikat sedangkan tiada sesiapa yang pernah melihat malaikat dan mengesahkannya? seterusnya visual ini telah diedit dan digabung menjadi satu visual dari 4 atau 5 visual yang lain. Maafkan saya semoga tuan faham apa yang saya cuba jelaskan. Nak terang lebih - lebih tak pandai...maklumlah ilmu cetek.

Anonymous said...

Salam,

Sy setuju dangan melurjelita.

1. Manusia tak pernah melihat rupa sebenar malaikat kecuali para nabi dan rasul.
2. Mungkin itu makhluk Allah yang lain? Jin?

Wallahua'lam

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

asalamulikum ayahnda :
setuju denagan al-lavendari

fariz said...

my personal opinion. yg awal2 tu cuma reflection dri cahaya yang banyak kat sekeliling kaabah tu... bila kena lens kamera, tu yg nampak macam ada byg2. tapi part yg ada angel atas kaabah tu mmg dah kena edit la tu... nampak ketara.,

mountdweller said...

W'salam al-lavendari

Memang benar. Beriman tetapi wajib.

mountdweller said...

W'salam melurjelita

Pada saya bagi perkara-perkara yang sebegini keraguan harus didahulukan. Cari dulu kebenarannya dan lojikanya, barulah Islam tidak dipermainkan.

Saya juga tidak berani nak komen banyak sebab saya bukan ahlinya. Jadi saya minta sesiapa yang pakar di dalam bidangnya(Photo)untuk mengesah atau menafikannya.

Terima kasih melurjelita.

mountdweller said...

W'salam Anonymous

Pandangan anda ada benarnya. Tetapi ada juga manusia terpilih telah melihat Rasulallah di dalam mimpi.

mountdweller said...

W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Ya, benar atau tidak wajib tetap wajib setelah menjadi Rukun.

mountdweller said...

fariz,

Kalau faris yakin begitu, bagus juga untuk orang lain meneliti dan berfikir.

Uncle yang tidak tahu apa-apa tentang photo ni akan menilai dari sudut pendapat dan pandangan pengunjung.

Drebar Lori said...

Hishhh...Malaikat apa cam tu...macam sotong kurita jaa. Jangan percayalah benda karut macam ni. Alam malaikat termasuk dalam perkara ghaib yang Allah tak izinkan kita melihatnya. Tak perlu kita fikir nak lihat zahirnya namun kita WAJIB percaya kerana ia nya adalah salah satu rukun iman.
Jangan sesekali kita mempercayai gambar video melalui internet. Saya takut suatu hari nanti akan ada pula video yang menunjukkan zahir Allah. Kacauuuu...

mountdweller said...

Drebar Lori

Terima kasih di atas peringatan.

Hahh.. memang nampak lembik dan lemah. Cute pun tidak!

Anonymous said...

Salam,

Baru discussed dengan Ust tempa kitaorg, kata ust, 999.999% jinn. 0.0001% Maalaikat........

mountdweller said...

W'salam Anonymous

Saya pun lebih cenderung ke arah yang sama.

baduk said...

suadah dikaji dan dipublish dalam FB..terbukti bohong berdasarkan bukti,,jin tidak malaikat pun tidak..Sedangkan nabi pengsan melihat malaikat inikan kita pula..rilek je lihat sambil isap rokok..mainan org kafir..

mountdweller said...

baduk

Jalan selamat itulah dia!