Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 23, 2010

Salam Buat Along

Assalamu alaikum wbt. Salam dari Papa, Mama dan Adik untuk Along yang sekarang berada di tengah Samudra. Along sedang bertugas.

Papa, Mama dan Adik ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Selamat Belayar
dan
Selamat Berbakti untuk Agama dan Tanah Airmu

Papa, Mama dan Adik sentiasa doakan Along selamat serta sihat dan gembira. Dan yang paling penting tidak lupakan Yang Maha Pencipta.

Maafkan saya, N3 ini adalah untuk Along yang memang susah dihubungi kerana sedang belayar di atas KD PAHANG membuat Rondaan. Walau pun N3 ini untuk tatapan Along kerana cyber adalah salah satu dari medium antara kami untuk menyampaikan pesanan dan berhubung, namun ia semestinyalah terbuka juga untuk semua yang bertandang dan komen dari semua tetamu juga terbuka.

Warga Baru - Boboy Jr.

Boboy Jr. sedang tidur lena di Tapak Tangan Adik.
Boboy Jr. ni tidur memang lama



Lulu yang gelojoh dengan Kangkong dipasangkan dengan Boboy Jr.
Tapi Lulu masih tidak boleh terima Boboy Jr kerana masih rindukan Boboy Sr.
Malam tadi pun Lulu masih meneroka segenap ceruk rumah mencari Boboy Sr.



Lucky @ Snowball
Bulu tebal sehingga mata tidak kelihatan


Lucky dan pasangannya Baby

8 comments:

  1. Assalamualaikum Uncle..


    cutenya arnab2 ni!!

    along.. jaga diri baik2 eh? ingat pesanan org tua.. buat mereka bangga dengan u ok?

    sampaikan salam buat Auntie..

    selamat menjalani ibadah berpuasa..

    ReplyDelete
  2. comel gile yg berbulu lebat sampai tak nampak butir mata tu...kat mana beli? heheh...

    rasanya arnab tak digalakkan makan kangkung...sbb kangkung bergetah...boleh menyebabkan dia cirit birit..

    ReplyDelete
  3. Semoga selamat sentiasa di perantauan.
    Sekrang ni tgh heboh krisis sempadan ngn Indonesia yg mana nelayan kita ditangkap manakala penguatkuasa Indonesia ditangkap oleh Polis Malaysia. Taktau mana satu yg betul.

    ReplyDelete
  4. salah sekor kucing cpj namanya juga lulu, tapi dia jenis kurang mesra tidak seperti yang lain sangat manja.Arnab juga lebih kurang kucing, bulunya gebu dan mukanya cute.Mereka ada budaya hidup mereka sendiri, betul kata pak din kekadang kita lihat mereka lebih mulia drpd sesetengah manusia.

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumussalam T

    Terima kasih di atas nasihat kat Along.

    Entah mengapa sejak akhir-akhirnya Uncle sukakan Arnab.

    Salam auntie insya allah uncle akan sampaikan.

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Yang tu uncle beli kat kedai binatang di Jalan Dato' Lundang. Ada lagi sekor, cantik juga warna putih.

    Setakat ini saya bagi kangkong ok sebab sudah dibubuh ubat di dalam air minuman dia.

    ReplyDelete
  7. alang

    Pak Din pun tak tahu tentang itu. Along pun tidak cerita apa-apa sebab segala pergerakannya rahsia.

    ReplyDelete
  8. cikgupj

    Pak Din tengok pada Lulu. Dah empat hari boboy Sr. mati tapi siLulu masih mencari.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa