Tuesday, August 10, 2010

Kah...Kah... Ngata Dulang Paku Serpih!

Dia ni, bangun tadi dah basuh muka ke? Bangang sampai ke buntut!

Dia lupa rupanya Poster "Kami nak Deris, Natang!"

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang tidak memperdulikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke satu majlis di negeri itu pada bulan lepas sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.


Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri memohon maaf sehingga hari ini juga dianggap tidak wajar dan seolah-olah terlalu mengikut telunjuk sekutunya, DAP yang cenderung tidak menghormati kaum Melayu dan institusi diraja.

"Saya percaya perkara ini timbul bukannya salah kerajaan negeri, tetapi budaya yang dibawa oleh DAP, budaya yang tak hormati orang Melayu, institusi Diraja, kalau budaya orang Melayu, bila pemimpin datang kita akan hormat ada wakil kita.

"Kalau faham Perlembagaan negara, mesti hormatinya," katanya ketika mengulas insiden itu yang menyaksikan kerajaan negeri tidak membuat persediaan sewajarnya semasa menyambut keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada 4 Julai lepas.

Noh yang ditemui pemberita selepas ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan di sini Jumaat malam juga berpendapat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya lebih arif tentang protokol dalam majlis yang dihadiri orang-orang kenamaan.

-- BERNAMA

8 comments:

Anonymous said...

oh hormatnya UMNO kat sultan melayu..abis tu , insiden polis tahan konvoie sultan/raja perempuan kelantan kat kubang kerian beberapa bulan lepas tu apa?

ijoks2009 said...

Selamat menyambut ramadhan Ayahnda..

Cheguman... said...

lepas dia kata kita, kita kata dia pulak. Lepas ni, dia kata kita pulak. Pastu kita kata dia balik... pastu, dia kata kita balik...

meriahnya bangsa kita.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salamualikum ayahnda
selamat berpuasa

mountdweller said...

Anonymous

Itulah sebabnya saya jadikan tajuk itu.

mountdweller said...

Anakanda ijoks2009

Terima kasih dan ucapan untuk anakanda juga.

mountdweller said...

Salam Ramadan Cheguman.

Ya, dimeriahkan oleh orang-orang politik yang berkepentingan.

mountdweller said...

Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Terima kasih dan Selamat Berpuasa juga untuk anakanda.