Kesihan Aku Dengan Anak Tok Lebai Nih!
Dari kes DS Anwar sehinggalah kini dengan perbagai negatifnya.
Petikan dari blog ALHUSSEYN - Mohon izin
Semua orang kampung tahu, bahawa KPN Musa Hassan ingin menyingkirkan Ramli Yusuff supaya dia dapat kekal sebagai KPN meskipun dia sepatutnya bersara pada Sept 2007.
Sebab kedua adalah kerana Ramli telah berjaya membongkar hubungan KPN dengan sindiket pelacuran, perjudian haram, ah long dan dadah yang membabitkan kongsi gelap Cina. Sebelum ini, Malaysia Today sudah pun memaparkan lebih daripada dua belas Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh anggota kongsi gelap dan juga pegawai polis, termasuklah ADC-nya sendiri.
Harus dingat bahawa KPN Musa Hassan adalah saksi utama SPRM yang telah memberikan keterangan semasa perbicaraan Ramli berkaitan dakwaan penyalahgunaan kapalterbang Cessna milik PDRM bagi kepentingan peribadi.
Keterangan Musa penuh dengan putar belit hingga kan Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalau menggelar Musa sebagai penipu dan segala keterangannya telah diketepikan. Ini sudah tentu menjejaskan kredibiliti Musa sebagai seorang Ketua Polis Negara.
Hakim boleh sebut kepada seorang berjawatan penting seperti itu sebagai penipu ? Tidakkah ini satu kemaluan yang amat besar bagi sebuah negara yang sedang membangun ini?
Sangat mengaibkan.Tetapi entah tebal macam manalah kulit muka Musa ini.Tentu mengalahkan kulit baaaa ….
Baca sepenuhnya di sini
20 comments:
Salam Ayahanda,
Minta maaf cakap yeaaa...
Malaun ni muka dia tebal 14 inci bertampal dengan kulit babi... jenis tak tau malu, kalau 14 september 2010, lepas hari raya nanti masih tak bersara jugak... (reserve bahasa... ha..ha..ha... memang sadis punya perkataan kalau taip kat sini, geram dan menyampah tahap supergaban dengan malaun sekoq ni)
hehehe.. saya dah rembat n3 ni... izinkan yeaaa...
Salam tuan,
Payah oii nak cari orang yang mengaku Islam boleh hidup dengan imej bercoriang macam ni...
Bukan sikit sikit punya tebai muka dia noo...
selamat Sejahtera.
Biasanya tulisan anda hanya mengenai alam dan kehidupan serta pengalaman-pengalaman yang jarang dilalui orang lain tetapi akhir-akhir ini anda juga tidak terlepas dengan perangai buruk sesetengah para politikus yang sering membicarakan soal-soal politik yang hanya bersifat baca dan dengar sahaja.
Kita tidak pasti kebenaran maklumat itu kerana entah orang yang ke berapa menggarap berita seperti itu. Kita bukan berada di 'belakang pintu' sewaktu ia berlaku.
Ingatlah bahawa yang tidak benar akan menjadi fitnah.
Apapun, Selamat Berpuasa!
MADiSYAK..ko ni baru lahir ke ape?.
Salam MountDweller,
Hhhhmmmmmmmm, ayahnya pun dah tak kuasa nasihat ...?
Memang sudah dibuktikan dia menipu.. Sudah terang lagi bersuluh
Fitnah boleh berlaku walau ia benar-benar berlaku juga. Tapi setiap penipuan pastinya 1 fitnah. Tak suka dengar 'buruk orang' eloklah hindari politik acuan Malaysia kini a.k.a. budaya politik lama. Mungkin baik mereka jenis ini sibuk hal lain saja. Usah bicara pasal politik langsung. Taim undi pun tak payah pergi undi la gamaknya. Masalahnya, dia nak undi sapa? Sebab dia tak ikut perkembangan semasa & hanya melihat 'luaran' maka terkesima melihat 'kemajuan negara' & 'pembangunan' ibu kota & bandar-2 lain. Jasa'mu' dikenang? Undi mana? Tentulah UMNO-BN kan? Untung UMNO-BN ada orang macam ni.
Ada orang saja suka-suka politik kerana sukakan fitnah (dengar & baca) & dia sendiri buat fitnah. 1 hiburan kepadanya. Sebahagian penyokong & ahli mana mana parti, mungkin.
Ramai juga suka politik kerana ingin mencari fakta, menilai kebenaran sesuatu isu, perkara di sebalik yg dikatakan 'fitnah' tu. Pengkaji, pemerhati politik & pengundi senyap (silent majority).
salam.. dia muka tebal adik dia Jalaludin Hassan muka artis.. huhu
apa leh buat.. KPN kan ada degree pelsu...
Salam ziarah,
kita dilingkungi suatu sistem yang mengagongkan kedurjanaan dan memalsukan kebenaran.
Seumpama ikan yang buruk di kepala, seluruh badannya tidak berguna lagi.
Di mahkamah atau di mana-mana saja penyakit perlu diubati oleh rakyat. Jika tidak bersedialah kita untuk terus menggunapakai undang-undang rimba.
"Siapa kuat, dialah iradat".
Salam jihad.
salam
ermm... terlalu banyak drama dan sandiwara dari kisah benar. Itulah yang buatkan kita semakin keliru melihat kebenaran..
W'salam anakanda Isa
Silakan. Tak ada hal punya.
W'salam Pak Long
Bersalutkan Tembaga kot?
W'salam MADiSYAK
Terima kasih di atas peringatan.
ANUAR
Pada saya itu adalah peringatan.
W'salam Dr.
Kalau dah nasihat tak makan, maknanya tugas sebagai bapa sudah tertunai kerana hidayah adalah hak Allah.
Anonymous
Kalau Mahkamah pun dia tipu, nak kata apa lagi. Tapi tak pula dituduh menghina Mahkamah!
Hanz
Entahlah Hanz. Di dunia kita ni macam-macam ada. Fitnah, tipu, balun yang bukan hak sudah menjadi perkara biasa.
Jadi siapa yang harus kita percayai?
baginda®
Kalau Pak Din agaknya koyak kulit muka taruk dalam seluar dalamlah jawabnya.
Rashid
Betul. Kita terpaksa renung dan fikir secara mendalam.
W'salam luaskanmata
Terima kasih kernan ziarah.
Sebenarnya sistem kita sudah punah ranah bermula bila Mahathir terlalu berkuasa satu ketika dulu. Yang ada hari ini adalah pusaka darimnya.
Post a Comment