Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 28, 2010

Bengong Aku Bila SiBangang Bertutur

Bila masa pula Kerajaan Kelantan akan berurus niaga menggantikan RM kepada Dinar? Salahkan berniaga Emas/Dinar dan Perak/Dirham di Pasaran Terbuka sepertimana barang dagangan yang lain?

Inillah yang buat aku jadi bingung ni.......!

Awang Adek: Dinar untuk disimpan bukan diniaga

Kerajaan pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kerajaan pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia dan boleh menganiyai orang ramai selain peniaga.

"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di Bachok, hari ini.

Seramai 1,000 fakir miskin di kawasan dewan undangan negeri Perupuk masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM70 sumbangan institusi kewangan kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), UDA Holding Sdn.Bhd dan Bank Rakyat.

Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.

Awang Adek yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa.

Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan.

"Saya tidak fikir penggunaannya melebihi RM1 bilion dalam tempoh berkenaan," katanya.

- Bernama

4 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Awang Takda Adek ni.. bukannya tak faham, tapi sengaja membangangkan diri demi politik...

    Jenis puak2 takda maruah dan harga diri macam tulah gayanya, hidup bertuhankan RM...

    ReplyDelete
  2. asalamulikum ayahnda:
    selama ni memang duit kertas tak pernah di tipu tak caya tanya zetty aftar aziz
    wakaka wakaka
    70 ringgit nak raya apa orang kelantan..(perupuk) menjadikan jiwa miskin..ceh...tau ambik tak tau bagi

    jangan dilayan sangat adek-adek kita ni.. bukan ada orang pilih pun .jawatan yang ada pun jalan belakang ( tang di boleh pulak )

    ReplyDelete
  3. W'salam anakanda Isa

    Itulah uncle dengar si Awang ni dulu cukup cerdik dan bijak. Tapi bila masuk politik dan jadi menteri dah jadi bangang dan baghal pula!

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Tak maluke seorang Menteri cakap ikut sedap mulut tanpa pakai otak!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa