Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 30, 2012

Kalau Dah Jenis Auta, Temberangnya Tak Kan Hilang


Isu Lynas : Rupanya Si Tua Kutuk Ni Ada Makan Sher Dengan Anak Beranak

PETALING JAYA: Apa motif Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau  mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan projek kontroversi pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan meskipun projek tersebut menerima bantahan keras daripada para penduduk di sekitar?

Menurut satu kenyataan media dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Malaysia Stop Lynas’ (SMSL), ironinya bekas perdana menteri itu dalam blognya mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

Pada mulanya beliau berkata pengalaman yang dapat dipelajari dari sudut perubatan ialah pendedahan berlebihan kepada radioaktif boleh memudaratkan kesihatan jika tidak berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Kemudian beliau menyatakan bahawa beliau menentang pembinaan kilang kuasa nuklear kerana bahan sisa nuklear akan terus mengeluarkan radioaktif yang berbahaya untuk berjuta-juta tahun lamanya dan tidak ada kaedah yang betul-betul berkesan untuk menghapuskannya.

“Adakah beliau sedar bahawa arang batu dari Mt Weld mengandungi thorium dan uranium yang merupakan radioaktif? Lebih-lebih lagi thorium yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan untuk lebih 14 juta tahun, jauh lebih lama dari uranium.

Kata kenyataan itu, selain dari aspek radioaktif, jumlah lambakan bahan sisa pepejal Lynas sudah cukup untuk memenuhi 126 buah kolam renang bersaiz Olimpik setiap tahun. Ia mengandungi bahan tosik lain yang berbahaya seperti sulphur dioxide dan oxide dari nitrate dan bahan besi seperti lead,” tambah kenyataan itu.

SMSL dalam kenyataannya juga hairan dengan sikap Dr Mahathir yang memandang ringan tentang kilang Lynas meskipun kerajaan pimpinannya dahulu gagal menangani masalah nadir bumi di Bukit Merah, Perak.

“Sudah berapa banyak nyawa yang hilang dan berapa banyak tanah dan air yang tercemar sebelum kita sedar untuk menghalang projek yang memudaratkan kesihatan ini di mana Malaysia tidak mempunyai pengalaman untuk mengurusnya dengan selamat?

Dua anak Mahathir

SMSL menyoal, “adakah Dr Mahathir mengeluarkan pandangan berdasarkan pengetahuannya yang cetek tentang sains nuklear dan fizik atau beliau lebih selesa sebagai bapa kepada dua orang anak yang secara langsung dan tidak langsung mempunyai kepentingan dalam projek Lynas ini?”

Menurut NGO tersebut, semua orang tahu bahawa anak kedua Dr Mahathir, Datuk Mukhriz ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang meluluskan projek pembinaan kilang Lynas ini.

“Kedua, anak sulung Dr Mahathir, Mokhzani ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum yang mempunyai sahamnya dalam projek nadir bumi Lynas. Kencana Torsco Sdn Bhd ialah anak syarikat Kencana Petroleum.

“Syarikat itu memenangi kontrak yang lumayan dari Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk merekabentuk, fabrikasi, saliran, pembekalan, pemasangan dan membekal karbon dan tangki besi keluli bernilai RM9.1 juta,” kata kenyataan itu
.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa