Veteran tentera 'terhina' dengan dakwaan pendirian pro-Israel
Protes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan hari ini dengan kira-kira 50 anggota tentera bersara mengadakan kempen mengutip tandatangan di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, kerana mendakwa mereka telah "dihina" dengan kenyataan ketua pembangkang itu mengenai Israel.
Berpakaian baju putih dengan logo 1Malaysia, dan disertai anggota NGO pro-Umno, mereka berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo di ibunegara pada jam 3 petang.
Mereka membawa kain rentang antara mendakwa Anwar mengkhianati perjuangan Palestin dan 'Musuh dalam selimut'.
Mereka turutkan menggantung dua kain rentang besar di atas pokok menggesa orang ramai untuk merakamkan bantahan mereka terhadap kenyataan Anwar itu, dengan menandatangani petisyen mereka.
"Sebagai bekas anggota tentera, kita terhina apabila Anwar berkata dia menyokong Israel - sebuah rejim yang kejam yang melanggar undang-undang antarabangsa," kata Pengerusi Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom. Baca berita penuh
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa bantahan secara aman itu disertai ahli Gabungan Keselamatan Negara dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia.
Anggota NGO itu mempamerkan sepanduk yang "mendesak Anwar Ibrahim pohon maaf secara terbuka pada rakyat Malaysia di atas kebiadaban Anwar sokong Israel".
Mereka juga menyediakan satu kain rentang untuk orang ramai menurunkan tandatangan sebagai desakan agar Anwar memohon maaf.
Penganjur demonstrasi itu, Arman Azhar Abu Hanifah berkata perhimpunan itu merupakan satu inisiatif untuk mengambil tandatangan rakyat yang tidak sokong kenyataan Anwar terhadap Israel.
"Kalau seminggu Anwar tidak meminta maaf, kita anggap ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya adalah kedutaan Israel secara tak rasmi," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.
Beliau juga menegaskan pihaknya akan menyerahkan kain rentang yang mengandungi tandatangan orang ramai itu kepada PAS Jumaat depan, jika parti itu tidak secara tegas menunjukkan pendirian mereka kepada rakan sekutu, PKR, berhubung sokongan kepada Israel itu.

baper sen pulak depa kene byr ni...ape kene mengena veteran askar ngan statement anwar tu? hadoi...wat malu pasukan je la..ni mesti army ni...melantong...
ReplyDeleteAskar pencen x dak kerja nak buat.. ikut umnosex je laha...
ReplyDeleteanggota tentera adalah merupakan individu yang memastikan keamanan negara. pengorbanan mereka menghapuskan PKM adalah penyebab kenapa mereka boleh bersuara dan menyatakan apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah sama seperti pembangkang. apa yang dilakukan oleh pembangkang mengugat keselamatan negara.
ReplyDelete