Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 26, 2012

Bila Sibingai Membuka Mulut...


Zahrain Dakwa Anwar Saman Nallakaruppan Bermotifkan Politik
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim mendakwa tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Senator Datuk S. Nallakaruppan RM100 juta kerana memfitnahnya adalah sandiwara politik.
Beliau berkata Anwar sepatutnya menyaman Nallakaruppan atas kenyataannya yang didakwa memfitnah Ketua Pembangkang itu sejak dulu lagi dan bukan hanya pada masa kini.
Zahrain mendakwa tindakan Anwar menyaman Nallakaruppan pada Selasa lepas hanya bermotifkan politik untuk meraih undi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir.
Beliau berkata demikian bagi menggulas kenyataan Nallakaruppan semalam yang tidak akan berganjak daripada kenyataannya yang didakwa Anwar sebagai "tuduhan memfitnah dan berniat jahat" .
Selasa lepas, Anwar memfailkan tindakan undang-undang ke atas Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) terhadap kenyataan Nallakaruppan itu yang disiarkan oleh akhbar tersebut.
Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh telah menghantar surat tuntutan bagi meminta Nallakaruppan dan UMMB menarik semula berita itu, memohon maaf serta membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta ekoran penyiaran artikel tersebut.-BERNAMA

Saya kata : Wahai MP yang bingai, pendedahan demi pemdedahan kononnyalah. Atas motif apa pulak ngok?
Buat malu Pengundi Bayan Baru jer!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa