Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 24, 2012

Tunggulah Masanya Nanti Sekira Diizinkan Allah

Cukup-cukuplah. Tak payahlah menyalak. Takkanlah Perompak akan menghukup Perompak. Sabar dan tunggulah masanya sekiranya diizinkan Allah. Makhluk tidak akan hidup menongkat langit!
PM: Tribunal siasat AG tak akan ditubuhkan
Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang didakwa memerangkap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Ramli Yusuf.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, perdana menteri berkata ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

"Tidak (akan ditubuhkan). Itu merupakan dakwaan. Dakwaan perlu disahkan," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa