Kenapa di dalam hal berkaitan dengan Syaitan Amerika serta tali barutnya semuanya diam membisu?
Yahudi: Kenyataan Hadi bersifat politik
21 Mac 2012
KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan isu umat Islam dibenarkan menjalankan perniagaan dengan orang Yahudi sebagai kenyataan politik semata-mata.
Menurutnya, ini kerana, umat Islam secara amnya tidak mengiktiraf bangsa berkenaan yang banyak membawa kerosakan terhadap negara Palestin.
“Bagi saya, ini hanya kenyataan politik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perbandingan Ahli Sunnah dan Syiah di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, pada dasarnya, hukum berniaga dengan orang Yahudi yang bersikap baik terhadap umat Islam dibolehkan, tetapi berniaga dengan negara Yahudi iaitu Israel yang merampas tanah dan hak kehidupan rakyat Palestin, hukumnya adalah haram.
Menurutnya, meskipun Yahudi dan Zionis berbeza, iaitu Yahudi merujuk kepada bangsa manakala Zionis pula merujuk kepada fahaman atau pegangan, matlamat orang Yahudi pada hari ini kebanyakannya sama iaitu melakukan kerosakan serta kemusnahan terhadap umat Islam.
“Berurusan dengan mereka boleh diibaratkan menyokong setiap penindasan yang dilakukan terhadap saudara kita di Asia Barat,” katanya.

Itu muka Yahudi atau muka Zionis?
ReplyDeleteSesetengah puak di Malaysia ni bukan dia tahu pun dia orang beli makan minum dan pakai produk syarikat antarabangsa yang pemiliknya adalah Yahudi. Barang kali puak-puak ni nak berenti pakai software Microsoft sebab pemiliknya adalah Yahudi.
ReplyDeleteRasa macam nak hantar spy lihat komputer orang-orang yang anti-Yahudi.