Pengorbanan Shahrizat wajar dihargai, kata Umno
11 Mac 2012
SHAH ALAM - Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai anggota Kabinet adalah demi mendahulukan kepentingan pandangan umum berbanding kepentingan jawatan rasmi beliau sebagai menteri dan ia wajar "dihargai."
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun kes NFCorporation masih disiasat, namun yakin Shahrizat mahu persepsi rakyat diperbetulkan dalam isu berkaitan.
"Ini adalah suatu pengorbanan yang wajar dihargai oleh semua pihak.
"Beliau masih tetap diperlukan khidmatnya sebagai Ketua Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana ramai akui kegigihan dan usaha beliau memimpin wanita sejak memegang jawatan itu," katanya pada satu kenyataan, hari ini.
Petang tadi, Shahrizat mengumumkan akan berundur dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini, tetapi akan mengekalkan jawatannya Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu.
Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet.
Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.
Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.
Sementara itu, Ahmad berkata, hak lantikan jawatan seorang menteri adalah tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri sama ada mahu menyambung penggal sebagai senator atau tidak.
Sehubungan itu katanya, semuanya terserah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan mengenai jawatan Kabinet itu.
"Pembangkang juga tidak wajar membuat kesimpulan yang mengelirukan berhubung peletakan jawatan itu seperti menuduh ia sebagai tanda Shahrizat bersalah... kes suami beliau belum dibawa ke mana-mana mahkamah lagi.
"Kita ada prosedur perundangan dan seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah," katanya.
Menurut Ahmad, beliau yakin Shahrizat telah mengkaji kesan tindakan beliau untuk meletak jawatan bagi memudahkan penyiasatan seterusnya dilakukan.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa