IGP Musa Hassan: Saya bersih...
Bekas Ketua Polis Negera Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan beliau melindungi tokoh kongsi gelap atau berkonspirasi dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menganiaya bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuf.
Sebaliknya, menurut Musa, dakwaan tersebut adalah taktik mereka yang mempunyai niat tidak baik untuk mewujudkan kekeliruan.
"Ramli, peguam negara dan saya telah melalui siasatan dan undang-undang yang telah membersihkan kami. Apa lagi yang mereka tidak puas hati? Semua perkara ini tidak mempunyai asas," katanya yang dipetik dari akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News.
"Sekiranya mempunyai bukti terbaru, kenapa mereka tidak menimbulkannya pada masa tersebut, tetapi hanya menunjukkannya selepas sekian lama?"
Akhbar harian The Star pula melaporkan Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab berhubung dakwaan itu.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini berhubung dakwaan dirinya berkonspirasi dengan Abdul Gani dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga menganggu siasatan terhadap ketua kumpulan kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau dikenali Tengku Goh pada 2007.

-mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa