Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 31, 2012

Saja Cari Nahas!


11 Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Di Hat Yai
KANGAR: Sebanyak 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel terkemuka di bandar Hat Yai pada Sabtu.
Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan yang dihubungi Bernama berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.
Beliau berkata butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.
Mohd Aini berkata pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.
Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan manakala lebih 300 lagi cedera.
Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand. - mStar
Dah tahu tempat yang bergolak, cari jadah apa ke sana?

1 comment:

  1. I visited various blogs but the audio quality for audio
    songs present at this site is genuinely wonderful.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa