Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 1, 2017

Celaka: Tak fikir ke mereka ni ada anak isteri?

Keluarga anggota TLDM meninggal dunia tuntut keadilan

  | October 1, 2017
Kakak sulung Nik Muhammad Baihaqy, Nik Norliliwati, 44, berkata keluarganya terkejut dan tidak menyangka kematian adiknya itu akibat dipukul iaitu selepas bedah siasat dijalankan.
PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, salah seorang daripada 2 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia dipercayai akibat didera semasa latihan, mahu kes kematian itu diberikan keadilan dan pihak yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.
Kakak sulung arwah, Nik Norliliwati, 44, berkata keluarganya terkejut dan tidak menyangka kematian adiknya itu akibat dipukul iaitu selepas bedah siasat dijalankan.
Dipetik Bernama, beliau berkata keluarganya diberitahu keadaan mangsa agak teruk dengan kesan kecederaan di bahagian belakang leher selain ada pendarahan di bahagian paru-paru.
Menurutnya buat masa sekarang keluarganya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci dan tindakan selanjutnya.
“Keluarga kami mungkin akan melantik seorang peguam dan yang selebihnya kami akan tunggu keputusan penuh daripada pihak berkuasa.
“Kami akan tegakkan keadilan terutamanya kepada keluarga arwah iaitu isteri, Noor Bazlin Mohamad, 28, serta 3 anaknya, Nik Adam Mikhail, 4, Nik Aishah Azzahra, 2, dan Nik Anas Naufal, 10 bulan,” katanya.
Nik Norliliwati berkata pihak keluarganya mahu supaya balasan yang setimpal diberikan kepada sesiapa yang melakukan perkara itu terhadap mangsa.
Isteri Allahyarham yang masih bersedih enggan ditemu bual wartawan.
Sementara itu, jenazah Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bahru hari ini.
Jenazah Allahyarham yang tiba dari Ipoh, Perak pukul 5 pagi tadi, selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira sejam kemudian disaksikan anggota keluarga, penduduk kampung dan pegawai-pegawai TLDM.
Turut hadir Panglima Udara TLDM Laksamana Pertama Datuk Alias Baharuddin yang menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada ibu arwah, Maimun Yasok, 61, selepas majlis pengebumian tersebut.
Allahyarham LK 1 PNK Nik Muhammad Baihaqy, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Perak, Jumaat lepas.
Polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

* Harap gambar muka-muka yang ditangkap ini dan dibawa ke Mahkamah tidak diblurkan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa