Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 24, 2017

Gesaan wujudkan kerjasama UMNO-PAS: Alaa.....terima jerlah, boleh pakat-pakat tibai!

Perlu ambil serius gesaan wujudkan kerjasama
WARTAWAN SINAR HARIAN 24 OKTOBER 2017
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM,Md Shukri Shuib


SHAH ALAM - Kenyataan veteran Pas, Datuk Mustafa Ali berkaitan mewujudkan kerjasama parti tersebut dengan Umno perlu diambil serius kerana ia melibatkan politik orang Melayu yang juga majoriti di negara ini.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpendapat, apa diperkatakan Mustafa membuktikan berlaku perubahan pemikiran dalam kalangan pemimpin Pas dan ahlinya agar polemik orang Islam perlu dihentikan.

“Kita lihat sebagai veteran Pas yang juga pernah menjadi pemimpin kanan Pas, Mustafa mengambil pendekatan memperkatakan tentang kerjasama dengan Umno demi kebaikan orang Islam.

"Mungkin dia melihat dalam politik mutakhir ini, wujud agenda pihak tertentu untuk memanipulasi orang Islam.

“Saya berpandangan, Mustafa cuba menghantar mesej kepada Pakatan Harapan agar tidak menjadikan orang Islam sebagai bahan polemik mereka demi kelangsungan politik,” katanya, semalam.

Jelasnya, gesaan Mustafa agar Pas menyambut cadangan daripada Umno untuk duduk bersama mencari titik persamaan demi kepentingan Islam memberi petanda bakal berlaku gegaran daripada orang Melayu.

“Pengalaman Pas ketika dalam PR cukup menyatakan motif utama pakatan pembangkang. Dalam hal ini, wabak yang cuba dibawa Harapan cuba dihentikan oleh Pas.

“Pas hari ini dilihat sebagai pembangkang kepada Harapan dan salah satu sebab kenapa mereka tidak menyertainya adalah kerana mengetahui bahaya bakal menanti umat Islam di negara ini. Ini boleh kita katakan sebagai politik realiti Pas yang cuba untuk melawan politik fantasi Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau menyatakan, pendekatan Umno yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini berbeza berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin menyebabkan pemimpin Pas lebih terbuka.

3 comments:

  1. Kah Kah Kah...... Admin mcm sakit hati je sbb parti PAN dok laku...... Kah Kah Kah. Kata tak suka PAS tp setiap perkembangan ttg parti sentiasa diikuti dan siap dgn sumpah seranah lg...... Kah Kah Kah. Kasihan dgn himpunan klepetokrasi.

    ReplyDelete
  2. Presideng tunjuk spender. Terpaksalah uturn. Akur dgn presideng.

    ReplyDelete
  3. Muncul lagi seorang bakal professor kangkong menampilkan hujah-hujah dangkal untuk menonjolkan ciri-ciri mengampu bagi meraih publisiti murahan. Patutlah standard universiti-universiti tempatan jatuh merudum...tengoklah gaya berhujah pensyarah kanan mereka.

    "Pendekatan UMNO dibawah pimpinan DS Najib hari ini berbeza dari era TDM menyebabkan pemimpin PAS lebih terbuka..." kata kangkong setahun jagung itu.

    Hujah dangkal dan mengampu tahap apakah ini wahai sang kangkong. Apa yang boleh kamu banggakan dengan kepimpinan Najib ini wahai pensyarah kanan. Budak tadika PASTI pun tahu kerosakan demi kerosakan yang dibawa oleh makhlok ini. Pendekatan terbuka Najib ialah menipu dan mencuri duit rakyat secara terang-terangan dan memberi habuan kepada pemimpin PAS. Sebab-sebab itulah pak-pak lebai ini terpelanting serban mereka jatuh terkena najis mughallazah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa