Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 2, 2017

Panglima ATM kata dera bukan amalan di pusat tahanan

Dera bukan amalan di pusat tahanan, kata panglima ATM
Kow Gah Chie       Hari ini, 1:35 tengahari
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyerahkan kes kematian dua anggotanya Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28 dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26 kepada polis untuk siasatan lanjut.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata selain itu pihaknya akan cuba membantu pihak berkuasa itu dalam siasatan mereka.

"Kami akan biarkan polis ambil kes itu dan kami akan bantu mereka dengan apa juga cara yang kami dapat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan terdapat amalan penderaan dalam pasukan tentera laut dan menyatakan kejadian itu hanya membabitkan kes terpencil.

"Ia bukan budaya atau amalan, jika budaya (kematian akan berlaku) hampir setiap hari, ia adalah kes terpencil," katanya sambil menambah insiden serupa berlaku lima atau sepuluh tahun lalu.

Menurutnya lagi, pusat tahanan di kem tentera juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Tetapi orang mungkin tak ikuti SOP," katanya.

Polis kini mengklasifikasi kes dua anggota TLDM yang meninggal dunia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan itu sebagai kes bunuh.

1 comment:

  1. saya tegaskan sekali lagi Dera bukan amalan pusat tahanan?pusat tahanan wujud untuk mendisplinkan angota yang terlibat dgn Salah laku...jika melibatkan kematian,petugas dipusat tahanan telah melangar standard oppression prosidur?jika mendatangkan kecederaan ringan luka yang tidak kelihatan itu juga mematuhi sop? penderaan fizikal dipusat tahanan telah lama berlaku tetapi yg melibatkan kematian terlalu kecil nisbahnya.. ini satu tragedy yang perlu kerajaan pandang serious the question is berapa orangkah suspect jenayah yang mati dlm tahanan pdrm? tahanan politics dan berbagai latar kesalahan.. dan pdrm bernahu yang sama tak mematuhi sop?... sampai masanya jabatan atau rankaian diterap dgn nilai nilai islam megenal diri dan tuhan... jikalau dibiarkan semuanya akan berkeadaan kekafiran...hidup dlm satu pola sistem yg unknown semuanya akan jadi unknown

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa