Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 21, 2017

Nasib Shafie sehingga hari ini.......

Shafie dibawa keluar hospital, rumah digeledah
Radzi Razak, Jason Santos · Diterbitkan pada 21 Oct 2017 5:11PM 
Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal dibawa keluar dari Hospital Queen Elizabeth oleh SPRM bagi memeriksa kediaman beliau di Taman Golf View, Kota Kinabalu hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Oktober, 2017

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini menggeledah kediaman Shafie Apdal di Taman Golf View, Kota Kinabalu, kata peguamnya.

Shafie sebelum itu dibawa keluar dari Hospital Queen Elizabeth II dan diiring ke kediamannya untuk diperiksa oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Shafie, Norazmi Minhat mengesahkan presiden Parti Sabah itu dibawa keluar dari hospital lebih kurang pukul 3 petang tadi.

Katanya, Shafie kemudian akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu untuk disambung soal siasat.

“Dia keluar (hospital) dalam jam tiga tadi, dan dibawa ke rumahnya untuk digeledah dan diperiksa.

"Selepas itu dia akan dibawa ke lokap SPRM di Mini Putrajaya,” kata beliau kepada The Malaysian Insight, merujuk kepada kompleks pentadbiran di Jalan Sulaman.

Seorang lagi peguamnya, Loretto Padua Jr yang mengikut pasukan SPRM dari hospital mengatakan pasukan penyiasat mengambil masa kira-kira sejam di kediaman Shafie.

“Mereka meninggalkan rumah kira-kira jam 4 petang untuk ke Pejabat SPRM di Jalan Sulaman,” beliau berkata ketika ditemui The Malaysian Insight.

Seorang jurucakap SPRM yang enggan dinamakan turut megesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insight dan berkata Shafie memberi kerjasama baik untuk meneruskan siasatan.

“Dia (Shafie) beri kerjasama untuk teruskan siasatan,” kata beliau yang enggan mengulas lanjut.

The Malaysian Insight difahamkan tiada dokumen yang diambil dari rumahnya setakat ini.

Shafie tiba di Pejabat SPRM kira-kira jam lima petang dengan kenderaan SPRM.

Penyokong Shafie dan Parti Warisan akan mengadakan vigil lilin di hadapan pejabat parti mereka di Komlombong malam ini diketuai Timbalan Presiden Warisan Derell Leiking.

Shafie semalam direman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan bagi tujuan pembangunan projek rakyat di Sabah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas permohonan SPRM.

Dia bagaimanapun dibenarkan ditahan di hospital kerana masih menjalani rawatan akibat tekanan darah tinggi, sejak ditangkap oleh SPRM pada Khamis malam. – 21 Oktober, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa