Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 1, 2017

Pemenjaraan Tian Chua: Komen Ezam Mohd Nor

SUNDAY, OCTOBER 01, 2017
PANDANGAN EZAM TERHADAP PEMENJARAAN YB TIAN CHUA Tian dan makna keadilan.

1.Malam ini malam kedua Tian tidur didalam sebuah sel didalam penjara.Tidur didalam sel sama sekali tidak nyaman.Tiada kipas angin.hanya tingkap kecil buat ruang udara.

 2.Ada yang sinis berkata hanya satu bulan.Mereka yang tidak pernah hilang kebebasan dan dipenjara tidak akan faham makna satu kebebasan walaupun satu hari dan satu malam.

 3.Namun soalnya bukan Tian dan penjara.Soalnya ialah proses keadilan didalam negara ini.Tian keluar masuk penjara walaupun dia tidak pernah melakukan jenayah.Atau definasi jenayah di Malaysia berbeza.Berhimpun secara aman satu jenayah.Mencuri dan menyamun wang rakyat berbillion ringgit bukan satu jenayah.

 4.Jho Low yang terang-terang melakukan jenayah mencuri wang negara lepas bebas.Shahrol yang disebut secara jelas didalam Laporan PAC sebagai orang yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB masih lepas bebas.Nik Faisal yang mengaturkan wang negara puluhan juta melalui SRC masuk ke akaun Najib lepas bebas.

5.Di Malaysia tidak apa menyamun duit negara dan rakyat berbilion ringgit.Yang salah diMalaysia ialah berhimpun secara aman.Sebab itu Tian ke penjara dan mereka tidak.

6.Apakah kita telah lupa kisah yang menyebabkan Rasullulah SAW amat marah hingga bersumpah akan memotong tangan anaknya sendiri kalau Fatimah mencuri?

7.Rasulullah SAW berang bilang mendapat tahu ada usaha untuk melepaskan seorang bangsawan bernama Fatimah Makzumiyyah yang mencuri wang baitulmal,harta negara.Fatimah bangsawan ini melobi melalui anak angkat kesayangan Nabi sendiri Zaid ibn Harithah untuk lepas bebas dari proses keadilan.

8.Makanya Rasullullah SAW bersumpah tiada beza sesiapapun yang melakukan jenayah mencuri wang negara mesti dihukum termasuk putri kesayangannya sendiri.

9.Di Malaysia hari ini yang tidak menyamun ke penjara.Yang menyamun berbillion ringgit bukan sahaja bebas malah tidak ada satu proses keadilan pun berlaku ke atas mereka.

10.Hari ini kita lihat ramai pemimpin Islam berebut mahu menjadi hero Islam.Tetapi sumpah nabi mereka yang paling jelas diketepikan prinsipnya oleh pemimpin negara ini terus berlaku dan berlalu.

Selamat menghayati Asyura.

Mohamad Ezam Mohd Nor
30 September 2017/ 10 Muharam 1439H 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 9:57 am

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa