Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 25, 2015

Aku pun tertanya-tanya apa sebenarnya motif Mahfuz?

Pas Selangor malu telesidang Mahfuz-Sirul gagal
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI SHAH ALAM - 24 FEB 2015 

Pas Selangor mengakui malu dengan tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengadakan telesidang bersama Sirul Azhar Umar yang berada di pusat tahanan imigresen, Sydney, Australia semalam.
Menurut sumber, Pas Selangor tidak tahu apa motif Ahli Parlimen Pokok Sena itu berbuat demikian kerana kes berkenaan telah diputuskan oleh mahkamah.
"Pendedahan apa yang ingin dibuat? Saya pun tidak pasti," kata sumber itu kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.
Semalam Mahfuz memohon maaf kepada sekumpulan wartawan yang menghadiri telesidang beliau dengan Sirul Azhar di Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, telesidang itu gagal kerana Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul Azhar yang dikatakan sebelum itu telah menjawab 'Ok' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) diterimanya.
Sementara menunggu Mahfuz membuat panggilan yang sudah pasti gagal itu, beberapa wartawan mengajukan soalan panas yang menyebabkan beliau tidak senang duduk dan beberapa kali cuba mengalihkan topik.
Menurut sumber itu, ramai ahli Pas Selangor kecewa dengan kegagalan telesidang semalam, di samping meminta Mahfuz bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkan imej parti yang tercalar akibat perbuatannya itu.
Sementara itu, Jabatan Imigresen Australia menafikan meluluskan sesi wawancara televiseyn dengan bekas komando polis itu berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurut sebuah portal berita Australia, The Age, Sirul Azhar, yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney memberitahu sebuah portal berita tempatan bahawa dia telah berunding dengan stesen televisyen Australia untuk mengadakan sesi wawancara khas itu.
The Age memetik jurucakap Jabatan Imigresen, Peter Dutton sebagai berkata, jabatan itu tidak memberi kelulusan dengan mudah terhadap proses untuk menemubual tahanannya.
Beliau menambah, Sirul memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam wawancara bersama media dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Bagaimanapun menurut laporan itu, Dutton tidak menolak kemungkinan satu temu bual boleh diadakan pada masa akan datang jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi. - MalaysiaGazette

2 comments:

  1. Mahfuz ingat dia dapat buat pukulan maut secara 'live' bersaksikan wartawan2 tempatan. Kira dia hero lah dapat pengakuan Sirul secara exclusive. Kalau pun Sirul nak buat pengakuan adakah Mahfuz orang yg dipilih diberi keistimewaan tu? Bengap ke? Baru dapat message OK dah panggil wartawan buat gempar. Mahfuz, you ejaculate prematurely and worse, shooting blanks. Making a fool of yourself 'life'. Amateur.

    ReplyDelete
  2. He trying. PAS Selangor biasalah bengap.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa