Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 26, 2015

Tak semena-mena driver ni jadi kaya!

Bekas pemandu menang saman RM150,000 terhadap Zahida Rafik
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 26 February 2015 10:38 AM
Pelakon Zahid Mohamed Rafik di luar Mahkamah Tinggi selepas didapati bertanggungjawab memfitnah bekas pemandunya Noor Azman Azemi, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 26 Februari, 2015. 

Bekas pemandu dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon Zahida Mohamed Rafik (Zahida Rafik) bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.
Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya.
Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.
Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November  2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.
Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.
Zahida sebelum ini juga didakwa mempunyai hubungan romantik dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan seorang menteri Kabinet. – 26 Februari, 2015.

4 comments:

  1. Rezeki drebar , Allah SWT nak bagi.

    Gaji drebar pun kechik boleh buat duit pencen.

    ReplyDelete
  2. Dah kena saman bolih tersengeh lagi macam kerang busuk, bukan dia yg bayar kerang bucuk tu , abe cayang dari company umno bayar kah kah kah . Macai ape dapat kentut pun tarak .

    ReplyDelete
  3. jangan tuduh-tuduh..kan dah kena :)

    ReplyDelete
  4. Hello, Neat post. There is a problem together with your web site in internet explorer, might
    test this? IE nonetheless is the market chief and a big part of other people
    will pass over your fantastic writing due to this problem.


    My website: print your t shirt

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa