Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 25, 2015

Di sini pun ada pekan dalam air?

Hidup ‘bersama’ air
12:30PM Feb 24
oleh Tan Jee Yee
PETALING JAYA: Saya tinggal di Kajang. Ramai mengenalinya sebagai “bandar sate”, ataupun “stesen KTM sebelum Seremban”. Kajang adalah bandar kecil, namun membangun. Di sana, anda boleh jangka yang harga hartanahnya agak mahal, dan makanan pula sudah hampir seperti “harga KL”.

Baru-baru ini, Kajang dilanda siri banjir kilat. Paling terbaru pada 21 Desember tahun lalu. Walaupun ia tidak seteruk apa yang terjadi di pantai timur, ia agak mengganggu bagi sebuah bandar yang jarang dilanda banjir.

Apa yang saya lihat setakat ini, langkah yang telah dibuat adalah dengan membina tembok berhampiran pasar di bandar, di sepanjang tebing sungai. Seperti yang dijangka, ia tidak banyak membantu apabila air sungai melimpah.

Agak pelik juga, penyelesaian paling bijak yang saya dengar setakat ini datang daripada penjual mee kari tempatan yang beroperasi berhampiran pasar. “Cara terbaik adalah luaskan sungai, buat lebih banyak saluran, dan dalamkan dasar. Namun, apa yang satu tahu, kan? Saya ‘orang biasa’ sahaja, bukan pegawai kerajaan,” katanya kepada saya.

Dan memang benar. Penyelesaian masalah banjir bukan dengan membina tembok yang hanya mampu menghalang kenaikan paras sungai untuk sementara. Dalam beberapa tahun lagi, lebih banyak pasir akan terkumpul di dasar dan paras air akan meningkat. Dan jika pada ketika itu, penyelesaian kita adalah untuk “membina tembok yang lebih tinggi, maka kita menanganinya dengan cara yang salah.
Tidak, bukan dengan melawan. Sebaliknya kita perlu hidup “bersama” dengannya.

Banjir adalah bencana alam utama yang melanda negara kita. Tibanya musim tengkujuh setiap tahun, hujan turun mencurah-curah dan sebahagian negara kita akan ditenggelami banjir. Pantai timur biasanya paling teruk, seperti yang kita lihat sendiri sebelum ini.

Tentulah, itu bukan kali pertama insiden banjir besar melanda negara kita. Ia sudah berlaku sejak 1920-an. Paling diingati adalah banjir Kuala Lumpur pada 1971 yang mengorbankan 61 nyawa dan menyebabkan kerugian RM200 juta.

Sekitar 2006 hingga 2007, banjir di Johor pula menyebabkan kerosakan berjumlah RM1.5 bilion.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa