Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 25, 2015

Inilah jadinya bila musuh dianggap kawan!

Jadi bila dah tak ada musuh, halakan senjata ke arah rakanlah pula.......

PAS berperang sesama sendiri menjelang pemilihan parti
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 25 February 2015 6:53 AM
Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2015.

Pada waktu dianggap terbaik selepas PAS membantu merampas undi popular dalam pilihan raya lepas daripada Barisan Nasional (BN), parti Islam itu bercakaran sesama sendiri, di antara kumpulan yang mahu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan yang menentangnya.
Keadaan menjadi semakin buruk dalam satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu, apabila serangan siber digunakan di antara kumpulan yang bertentang, ketika PAS berada di persimpangan sama ada mahu terus bersama PR atau bergerak secara bersendirian.
Pergaduhan secara terbuka dalam parti pembangkang terbesar di Malaysia itu menyebabkan ramai pengundi merasakan kepercayaan yang diberikan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dipersiakan.
Peperangan dalaman PAS berlaku menjelang muktamar ke-61 pada Jun ini dianggap para pemerhati sebagai pemilihan parti paling panas selepas Tan Sri Asri Muda dijatuhkan pada 1982.
Pemilihan parti kali ini akan menentukan sama ada PAS akan terus bersama PR yang memenangi 52% undi popular dalam PRU13 lalu atau bakal bersendirian.
Bergantung kepada siapa yang bakal memimpin PAS selepas Jun, parti Islam itu mungkin bekerjasama dengan musuh utamanya Umno, untuk bersama-sama memanfaatkan undi Melayu-Islam dalam pilihan raya umum akan datang.
Oleh kerana kepentingan sangat tinggi kali ini, pergaduhan dalam PAS kini menjadi lebih dahsyat berbanding sebelumnya dan tidak mencerminkan sebagai sebuah parti berteraskan Islam.
Kini terdapat beberapa akaun Facebook diwujudkan untuk menghina sesama sendiri, memberikan gelaran dan terbaru rakaman audio didedahkan tentang sesetengah pemimpin yang dikatakan mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka.
Penganalisis politik Norazlan Hadi menyalahkan pucuk pimpinan PAS kerana tidak menyekat apa yang berlaku sejak awal lagi seperti dilakukan sebelum ini.
"Perkara ini perlu dihentikan sejak awal lagi, tetapi bagaimana kalau ia direstui pihak atasan sendiri?” soal penganalisis dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) itu.
“Itulah tanggapannya apabila ia dibiarkan."
Pada 23 Februari lalu Mohamad Sabu menjadi sasaran terbaru kempen hitam apabila rakaman audio mengatakan timbalan presiden PAS itu berbincang untuk menggulingkan Hadi disebarkan.
Rakaman itu dimuat naik buat pertama kali melalui akaun Facebook Tuc Tok Usin Ceroi bertajuk "bukti rakaman audio Mat Sabu sedang bagi taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Tok Guru Haji Hadi".
Selain Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, pemimpin lain seperti Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohamad Hatta Ramli turut dikatakan menjadi dalang menggulingkan presiden.
Sebelum ini Tuc Tok Usin Ceroi melabelkan sebahagian besar pimpinan PAS sebagai “Jebon”, sejenis binatang perosak, untuk memberikan imej buruk kepada mereka. Moto akaun Facebook itu adalah “Pemburu Jebon untuk selamatkan PAS.”
Seperti akaun Facebok lain seangkatan dengannya, identiti pemilik kekal misteri.
Beberapa tahun lalu, akaun Facebook El-Haraki diwujudkan, yang kononnya menyokong kepimpinan ulama tetapi sikap dan cara beroperasinya langsung tidak membayangkan watak seorang ulama Islam apabila pelbagai tuduhan dilemparkan tanpa mengemukakan sebarang bukti.
Tanpa diketahui siapa di belakangnya, akaun Facebook itu menyerang secara terbuka sebahagian pimpinan PAS dan pelbagai label diberikan kepada mereka termasuklah liberal, anai-anai dan “Anwarinas”. Ia merujuk kepada kumpulan yang dikatakan pro kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persoalan timbul di kalangan ahli PAS tentang siapa di belakang kedua-dua akaun ini, apakah mereka benar-benar penyokong ulama atau pihak yang menyamar dan mahu memporak-perandakan PAS dengan berselindung di sebalik jubah ulama.
"Saya rasa PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin perlu siasat dan ambil tindakan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.
"Apabila saya jumpa orang ramai, tukang kebun, orang kedai kopi, penjual ikan dan sebagainya, semua tahu apa yang berlaku dalam PAS, tetapi tiada tindakan," kata Dr Rani.
Namun Norazlan berpendapat apa yang berlaku dalam PAS bukan sekadar pertembungan melalui laman-laman Facebook sahaja tetapi sudah menjadi "pertembungan berjemaah" dan mewakili proksi masing-masing apabila ia melibatkan banyak pihak.
"Dahulu saya rasa ia angkara beberapa individu sahaja tetapi nampaknya ini kerja sistematik berasaskan pemikiran sekelompok pimpinan dalam PAS," katanya.
Menurut Norazlan, kumpulan ini berfikiran mereka yang mendapat pendidikan agama dan ustaz dan ulama merupakan PAS tulen.
Manakala yang datang daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) adalah “muhajirin” yang masuk ke dalam PAS untuk menguasai parti itu.
"Mereka yang dianggap berhijrah inilah yang diserang sekarang," kata Norazlan.
Sesetengah media melabelkan fraksi yang bertelagah sebagai ulama dan profesional akan tetapi ia tidak tepat kerana kedua-dua kumpulan mempunyai kedua-dua jenis ahli.
Menggelar mereka sebagai kumpulan konservatif dan progresif juga tidak tepat kerana ramai berpendapat yang paling jelas ialah kumpulan yang pro PR dan tidak pro PR.
Tema serangan mereka yang tidak pro PR ialah pihak yang pro PR anti-ulama dan tidak wala (patuh) kepada presiden.
Debat berterusan tentang arah mana bakal diambil PAS, bagaimanapun apa yang berlaku pada ketika ini merosakkan imej satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu. – 25 Februari, 2015

5 comments:

  1. Sebagai ahli biasa yang dah banyak habis duit jual getah sekerap untuk belanja perjuangan PAS dan banyak kali dah kena sembur air asid dan gas pemedih mata kerana menghadiri ceramah-ceramah PAS yang diganggu FRU, saya amat berharap semoga geng-geng munafik dalam MSU serta ulama-ulama dan ustaz palsu dalam PAS tewas kesemuanya di dalam pemilihan kelak.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman saya dengan saudara terdekat yang menagih dadah dan panjang tangan... kau boleh buat jahat dengan siapa saja tapi jangan buat jahat pada keluarga sendiri... kerana apabila khianat kepada keluarga, mereka takkan beri sokongan moral pada kita apabila kita susah.... samalah dengan ulama UG apabila anda isytihar perang dengan ahli sendiri... anda memang mengorek lubang kubur yang cetek dan tidak bertanda.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin2 PAS sudah sah tidak waras sejak mula bongkak angkoh bangga dengan gaya kopiah serban dan jubah arab nya yang dapat tarik orang orang gagal menyertai PAS.

    Sikap lahanat ter serlah bila musuh sokong PAS ber perang se sama PAS.

    Ketua No2 Ulamak Dunia lah punca segala kehancuran dalam PAS.

    Bukan Melayu tengok PAS dan UMNO dengan ketawa , gelagat orang orang malas otak lemsh gred 3 menipu se sama untuk cepat kaya ber gaya.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  4. Sama lah dengan mana mana negara islam lain, beli senjata bom untuk belasah rakyat sendiri kerana nak bom israel takut.

    Semua orang, Allah uji.....lebih lebih lagi yang melilit serban bertingkat tingkat. Syaitan yang memujuknya berpangkat jeneral.

    ReplyDelete
  5. Tercatit dalam sejarah org Yahudi yg mahu mencuri jasad Nabi saw itu menyamar sbg org alim dan berjanggut panjang.Amat mudah agen UMNO utk menyusup masuk dlm dewan ulama PAS kerana menyamar sbg org yg alim sangat mudah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa